Anda mungkin dengar, ramai orang kata sistem THiJARI yang terbaru ini boleh buat pindahan dari satu akaun Tabung Haji ke akaun yang lain tanpa caj. Mesti teruja bukan, sebab macam Maybank2u pula. Maka, izinkan kami berkongsi cara daftar THiJARI online dengan langkah yang mudah.
Sekadar mencelah, jika anda ada guna Maybank2u, boleh baca cara link Tabung Haji dengan Maybank. Mudah juga untuk semak baki terkini.
Sedikit mengenai THiJARI
Sebenarnya ramai individu yang tidak mengetahui mengenai kewujudan portal Tabung Haji Online atau dikenali sebagai eTHiJARI. Ia boleh digunakan untuk menjalankan urusan berkaitan dengan akaun simpanan TH.Dulu, ia dikenali sebagai MyTaHa. MyTaHA merupakan nama awal bagi portal TH Online ini. Selepas itu, dijenamakan semula sebagai eTHiJARI.
Kini, penjenamaan terbaru ialah THiJARI.
Syarat sebelum buat pendaftaran THiJARI online
- Kemaskini maklumat peribadi anda di mana-mana kaunter Tabung Haji terlebih dahulu
- Yang paling penting, pastikan anda sudah daftarkan nombor telefon bimbit anda
- Jika nombor telefon telah bertukar, sila kemaskini kepada yang terbaru
- Untuk kemaskini, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji berhampiran anda.
- Anda perlu mendaftar nombor telefon anda untuk mendapatkan penghantaran nombor TAC
- Jangan lupa untuk membawa buku akaun simpanan Tabung Haji sekali dan kad pengenalan kerana terdapat proses pengesahan diri yang akan dilakukan melalui ibu jari.
- Anda mesti menghadirkan diri, tidak boleh wakil
Cara daftar THiJARI online
Sama seperti bank konvensional lain, untuk menggunakan THiJARI ini juga mempunyai cara yang tertentu di mana ia memerlukan anda untuk mendaftar terlebih dahulu.
Bagaimana cara daftar THiJARI buat kali pertama? Ikut langkah seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi https://www.thijari.com.my
- Pilih bahasa di bahagian atas, samada Bahasa Malaysia atau English
- Untuk panduan ini, kami gunakan Bahasa Melayu sahaja
- Di bahagian Pendaftaran Kali Pertama, masukkan Butiran Pelanggan yang dikehendaki
- Masukkan nombor Kad Pengenalan Anda
- Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda
- Klik Seterusnya
- Jika anda menerima ralat [HOST00096]: No telefon anda tiada dalam rekod TH. Sila hadir di mana-mana kaunter TH berdekatan; sila baca syarat seperti yang kami kongsikan di atas.
- Jika tiada ralat, ini bermakna nombor IC dan nombor akaun TH anda adalah sepadan.
- Isikan nombor telefon sekali lagi untuk pengesahan.
- Sila buat semakan dan pengesahan untuk nombor IC, nombor akaun Tabung Haji dan nombor telefon bimbit dengan memasukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.
- Jika tidak terima TAC, sila hubungi penyedia komunikasi anda
- Seterusnya, isikan butiran-butiran yang dikehendaki seperti Kata Nama, Kata Laluan, Nama Pengguna dan juga Negeri Terkini.
- Semak semula butiran yang dimasukkan tadi
- Klik Terima Terma & Syarat
- Pendaftaran THiJARI anda kini sudah selesai
- Kini anda sudah boleh menggunakannya dengan login menggunakan username dan password. Jadi penting untuk ingat kedua maklumat tersebut!
Nota: Tidak lagi perlukan nombor pin eTHiJARI
Untuk sistem eTHiJARI yang dulu, anda perlukan nombor pin.Untuk THiJARI yang baru ini, ia tidak diperlukan lagi.
Cara login THiJARI
- Layari laman web rasmi https://www.thijari.com.my
- Pilih bahasa di bahagian atas, samada Bahasa Melayu atau English
- Untuk panduan ini, kami gunakan Bahasa Melayu sahaja
- Di bahagian ID Pengguna, masukkan ID Pengguna yang anda masukkan semasa proses pendaftaran tadi
- Masukkan Kata Laluan yang dipilih tadi
- Klik Log Masuk
- Kini, anda sudah berjaya login dan melihat baki amaun Tabung Haji
Senarai perkhidmatan Tabung Haji online THiJARI
Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan di bawah eTHiJARI ini, antaranya seperti:
-
Semakan pendaftaran haji
-
Pendaftaran haji
-
Cetakan slip pendaftaran haji
-
Cetakan jadual penerbangan
-
Pertanyaan baki akaun
-
Pindahan simpanan
-
Penyata akaun
-
Kemaskini akaun
-
Favourite account
-
Maklumat keselamatan
Akhir kata
Proses pendaftaran THiJARI tidaklah sesukar mana. Kami harap, dengan adanya artikel mengenai cara daftar THiJARI ini, dapat memudahkan urusan anda.Untuk yang tidak biasa, masih lagi perlu buat panggilan dan tulis surat untuk rayuan haji. Untuk yang celik IT, segala-galanya boleh nampak dalam sistem ini.
Semoga bermanfaat.