Cara Share Topup Digi


Kepada pengguna servis telko Digi yang tertanya-tanya tentang kaedah untuk anda berkongsi kredit Digi anda kepada servis telko yang lain, jangan risau.

Ini kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara share topup Digi anda kepada beberapa telko seperti Digi ke Digi dan juga berkongsi kredit Digi anda melalui SMS.

Perkhidmatan selular Digi seperti kita tahu, digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia keraa kecanggihan teknologinya, pakej internet yang laju dan juga mempunyai perkhidmatan 4G yang mampu memberikan daya saing yang tinggi kepada perkhidmatan servis selular yang lain di Malaysia seperti Celcom.

Kaedah kongsi topup Digi

Seperti yang kita ketahui anda boleh berkongsi topup Digi anda kepada beberapa telko yang lain seperti yang disebut pada perenggan pendahuluan sebentar tadi. Tak sama dengan cara SOS topup Digi. Jadi kami akan kongsi dengan anda pilihan-pilihan share topup Digi anda tersebut:

Kongsi topup Digi ke Digi

Perlu diingat pemindahan kredit Digi ke Digi boleh anda lakukan dengan kaedah Talktime Transfer. Talktime Transfer membolehkan anda memindahkan kredit kepada pengguna Digi yang lain.

Berikut adalah kaedah memindahkan kredit Digi anda kepada pengguna Digi:

  1. Dial *128#.
  2. Tekan “My Account“.
  3. Pilih “Talktime Transfer“.
  4. Anda perlu masukkan jumlah amaun yang anda ingin kongsikan, pada “Transfer Option“.
  5. Klik “Send“.
  6. Sekiranya perkongsian kredit anda berjaya maka anda akan menerima mesej menyatakan pemindahan kredit anda berjaya.
  7. Selesai perkongsian kredit Digi ke Digi anda.

Share topup Digi ke Digi melalui SMS

Pekongsian kredit Digi anda juga boleh dilakukan melalui kaedah SMS tetapi kaedah SMS ini hanya untuk pemindahan ke luar negara seperti contoh Singapura dan Indonesia.

Kaedah melakukan pemindahan ini adalah:

  1. Taip TN<jarak><kod negara><nombor telefon> di dalam ruangan SMS anda dan hantarkan ke 2000
  2. Kemudian dail *128*1*7# dan tekan pada Talktime Transfer International.
  3. Kemudian ikut sahaja arahan yang diberikan untuk melengkapkan transaksi.

Talktime Transfer 

Berikut kami senaraikan senarai kredit Talktime Transfer dan tempoh sah kredit tersebut.

Anda boleh menggunakan Talktime Transfer lebih dari sekali sehari selagi tidak melebihi had bulanan sebanyak RM100.

Jumlah KreditTempoh Sah Kredit
RM257 hari
RM155 hari
RM52 hari
RM32 hari

Caj sebanyak RM0.50 akan dikenakan untuk setiap pemindahan kredit yang anda lakukan.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara share kredit Digi pada hari ini akan memudahkan urusan anda untuk melakukan perkongsian kredit anda dengan servis telekomunikasi yang lain.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment