Cara Selesaikan Hutang


Terjebak dalam situasi bebanan hutang terutamanya sejak dilanda dengan pandemik COVID-19? Pasti anda ingin tahu cara untuk mengelakkan hutang secara berlebihan, bukan?

Kalau jawapan anda ya, izinkan kami kongsikan kaedah yang boleh anda aplikasikan bagi mengelakkan hutang berlebihan.

Berikut ialah antara beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan hutang yang jika tidak diuruskan dengan betul, akan bertambah:

Beli yang penting sahaja

Belanja yang perlu sahaja untuk mengelakkan hutang bertambah.

Anda perlu tahu bezakan dan utamakan keperluan dari kehendak diri. Cuba jelaskan komitmen bulanan terlebih dahulu seperti bil-bil penting seperti utiliti, kereta, rumah dan lain-lain yang penting untuk anda.

Kemudian, baru teruskan kepada kehendak diri pula. Kalau keluar beli barangan runcit, amalkan penyenaraian barangan yang perlu dibeli dalam satu kertas dan mengikut bajet anda. Pastikan tidak melebihi daripada bajet dan perbelanjaan yang ditetapkan.

Sentiasa mempunyai wang kecemasan dalam bank sebagai cara menggunakannya sekiranya terjebak dalam situasi hutang.

Anda sentiasa perlu mempunyai wang simpanan kecemasan di bank. Sekiranya anda kehilangan pekerjaan, kereta anda mengalami kerosakan yang teruk atau peralatan elektrik (aircond, TV, peti sejuk) perlu diganti baru. Maka, anda perlukan wang kecemasan tersebut untuk digunakan.

Dengan adanya emergency fund ini, situasi kewangan anda tidak akan terlalu terjejas jika menghadapi masalah hutang atau kesukaran lain.

Pastikan anda tidak menggunakan dana kecemasan ini untuk tujuan kesukaan atau percutian tapi hanya digunakan sewaktu situasi mendesak.

Cari kerja sambilan

Buat kerja sambilan atau sampingan sebagai alternatif meningkatkan pendapatan untuk mengurangkan hutang secara lebihan.

Anda boleh meningkatkan pendapatan dengan membuat kerja sampingan (part –time). Dengan ini, anda bukan sahaja perlu bekerja lebih masa tetapi perlu kurangkan perbelanjaan pada masa yang sama.

Antara kerja sampingan yang anda lakukan ialah penulis kerja sambilan, menjual barang di online, guru tuisyen ataupun sebagai Grab driver.

Dengan ini, anda bukan sahaja dapat menjana pendapatan malah dapat memupuk sifat multitasking serta dapat mengapalikasikannya dalam kehidupan anda.

Jangan buat pinjaman lagi

Pastikan pinjaman yang diambil untuk tujuan produktif untuk elakkan hutang daripada meningkat.

Elakkan mengambil pinjaman semata-mata untuk pergi melancong, membeli barangan bukan keperluan seperti menukar ke telefon baru sedangkan telefon sedia ada berfungsi dengan baik.

Ada juga mengambil pinjaman peribadi untuk mengadakan perkahwinan meriah dan mahal seperti hotel.

Kalau boleh elakkan pembaziran seperti ini. Pinjaman yang bersifat produktif adalah seperti mengambil pinjaman perumahan, kereta, pendidikan dan lain – lain (bersifat keperluan).

Tapi sekiranya anda ada simpanan yang tidak memerlukan anda mengambil pinjaman, lagi bagus.

Guna kad kredit baik-baik untuk mengelakkan hutang

Kalau boleh, jangan hanya bergantung pada penggunaan kad kredit sahaja sebagai cara mengelakkan hutang secara berlebihan. Jika perlu guna, pastikan letakkan bajet bagi penggunaan kad kredit.

Anda boleh baca cara bayar kad kredit untuk mendapatkan pengetahuan serba sedikit tentang pembayaran kad kredit.

Jangan panik sekiranya hutang kad kredit anda berlambak. Anda masih ada jalan penyelesaiannya.

Anda boleh gunakan pinjaman peribadi penyatuan hutang untuk mengurangkan kadar faedah bulanan anda.

Bagi maklumat lanjut mengenai pinjaman penyatuan hutang ini, anda boleh lawati https://www.bankrakyat.com.my/c/perbankan/pembiayaan_i/pembiayaan_peribadi_i_penyatuan_hutang-13/personal atau bank-bank lain yang menawarkan perkhidmatan ini. Ikut kesesuaian anda.

Jangan dress to impress

Anda tidak perlu mengikut atau menarik perhatian orang lain. Hal ini berlaku terutamanya di sosial media.

Sekiranya rakan anda sering upload gambar dengan berpakaian mahal atau tunjuk-menunjuk yang dia hidup senang, anda tidak perlu berbuat demikian sepertinya.

Anda juga tidak perlu mengamalkan sikap tunjuk-menunjuk atau ingin memenuhi tuntutan hidup sekiranya tidak mampu menampung diri daripada gaji yang diperoleh setiap bulan.

Anda perlu mengikut kemampuan dan elakkan berbelanja lebih sebagai cara mengurangkan hutang secara berlebihan.

Jangan pinjam along untuk mengelakkan hutang berlebihan

Penglibatan diri dalam skim wang segera/pinjaman berlesen dapat menjadikan anda menyesal pada kemudian hari.

Sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil pinjaman ini, sila baca pinjaman wang segera terlebih dahulu untuk mengetahui keburukannya.

Skim wang segera yang menjanjikan pulangan yang lumayan dengan terma yang tersembunyi perlu anda syak pada awal. Jangan terpedaya kerana nafsu atau situasi mendesak.

Bagi mengelakkan hutang secara lebihan, cuba selidik dan fikir masak-masak sebelum membuat keputusan terburu-buru. Lakukan pinjaman secara sahih dan selamat.

Jangan invest yang bukan-bukan

Jangan sesekali melibatkan diri dalam pelaburan untuk mengelakkan hutang.

Cara ini anda boleh gunakan setelah menyelesaikan semua hutang anda.

Anda juga boleh mula melibatkan diri dalam pelaburan. Pastikan instrumen pelaburan tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Jangan sama sekali melibatkan diri dalam pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Ikutlah perkataan pelabur yang tersohor iaitu Warren Buffet yang mengatakan, don’t lose your money.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian mengenai cara untuk mengelakkan hutang secara berlebihan telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda. Bukan itu sahaja, sila berfikir dahulu sebelum membuat suatu keputusan.

Jangan tunggu sampai nasi jadi bubur barulah nak menyesal.Kalau boleh, amalkan tabiat menabung dengan simpan RM5 setiap hari.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment