Bagi pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang juga dipanggil small medium enterprise (SME) yang terjejas dek wabak Coronavirus COVID19, berikut adalah cara buat permohonan BSN Micro i Kredit dalam pakej PKS Prihatin yang diumumkan oleh kerajaan.
Jika masih belum ada akaun BSN, kami cadangkan anda daftar MyBSN terlebih dahulu.
Cara permohonan BSN Micro i Kredit Prihatin
Kelayakan untuk mohon bantuan PKS Prihatin
Bantuan ini hanyalah untuk usahawan mikro.BSN telah menetapkan beberapa syarat kelayakan dan kriteria untuk mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro/i Kredit.
- Perusahaan Mikro (Milikan tunggal atau Enterprise, Perkongsian atau PLT, dan juga Sendirian Berhad)
- Perusahaan ini mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia sahaja
- Perniagaan anda dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
- Perniagaan anda telah beroperasi tidak kurang daripada enam bulan
Hubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan BSN
Sekiranya anda layak seperti kriteria di atas, sila layari Facebook BSN Malaysia untuk melihat dan menyemak senarai maklumat Pegawai BSN yang berhampiran dengan anda.Klik sini untuk dapatkan senarai Eksekutif Pembiayaan Perniagaan BSN di seluruh negara.
Semak lokasi Pegawai BSN
Adalah lebih mudah agar anda berurusan dengan Pegawai BSN yang lebih hampir dengan anda.
Negeri dan daerah terpilih di Malaysia adalah seperti di bawah:
Sabah dan Sarawak
Jika anda berada di lokasi ini di Borneo , boleh cuba mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro.Sarawak
- Kuching
- Sibu
- Bintulu
- Miri
- Samarahan
- Kapit
- Limbang
- Mukah
- Sri Aman
- Sarikei
- Betong
Sabah
- Kota Kinabalu
- Tawau
- Sandakan
- Pantai Timur Sabah termasuk:
- Kudat
- Kota Marudu
- Pitas
- Beluran
- Sandakan
- Kinabatangan
- Lahad Datu
- Kunak
- Semporna
Selangor dan Kuala Lumpur
Jika anda berada di lokasi ini di Lembah Kelang , boleh cuba mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro.
- Shah Alam
- Tanjung Karang
- Kajang
- Puchong
- Bukit Tinggi
- Klang
Selatan
Jika anda berada di lokasi ini di Selatan , boleh cuba mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro.Negeri Sembilan
- Seremban
- Seremban 2
- Port Dickson
- Bahau
- Lukut
- Rantau
- Rembau
- Mantin
- Nilai
- Senawang
- Tampin
- Gemenchec
- Kuala Pilah
- Gemas
Melaka
- Bandaraya Melaka
- Alor Gajah
- Jasin
Johor
- Johor Bahru
- Pasir Gudang
- Pontian
- Kulai
- Kota Tinggi
- Batu Pahat
- Segamat
- Muar
- Nusajaya
- Benut
- Kluang
Utara
Jika anda berada di lokasi ini di Utara , boleh cuba mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro.Pulau Pinang
- Pulau Pinang
- Perda
- Kepala Batas
Perak
- Ipoh
- Taiping
- Kuala Kangsar
- Parit Buntar
- Teluk Intan
- Sitiawan
- Meru Raya
- Kampar
- Slim River
- Bagan Datuk
- Tapah
Kedah
- Alor Setar
- Aman Jaya
- Sungai Petani
- Kulim
- Jitra
- Kota Sarang Semut
- Pokok Sena
- Kangar
Pantai Timur
Jika anda berada di lokasi ini di kawasan Pantai Timur , boleh cuba mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro.Terengganu
- Kuala Terengganu
- Jerteh
- Dungun
- Besut
- Setiu
- Kuala Nerus
Pahang
- Kuantan
- Temerloh
- Bentong
- Karak
- Pekan
- Muadzam
- Rompin
- Raub
- Lipis
Kelantan
- Kota Bharu
- Pasir Puteh
- Tumpat
- Kuala Krai
- Machang
- Pengkalan Chepa
- Gua Musang
- Kok Lanas
- Wakaf Bharu
- Rantau Panjang
- Jeli
- Pasir Mas
- Kubang Kerian
Sediakan dokumen sokongan bantuan PKS Prihatin
Setelah menghubungi Pegawai BSN serperti di atas, sila lengkapkan borang permohonan. Anda juga dikehendaki untuk menyertakan dokumen-dokument sokongan seperti:- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah bagi syarikat Sdn Bhd; Pemilik Tunggal bagi syarikat Milikan Tunggal atau Enterprise ; dan Rakan Kongsi bagi syarikat PLT
- Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
- Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan
Permohonan bantuan PKS Prihatin akan diproses
Setelah permohonan dihantar, ia akan diproses oleh pihak BSN. Tidak dinyatakan di laman rasmi BSN, berapa lama proses ini akan mengambil masa.
Keputusan selepas mohon bantuan PKS Prihatin
Setelah diproses, akan ada pengumuman samada permohonan bantuan PKS ini lulus atau tidak. Sila berhubung dengan Pegawai BSN dan ikuti laman Facebook BSN rasmi untuk maklumat terkini.
Pembayaran bantuan PKS Prihatin
Pembayaran kepada syarikat yang mendapat status lulus akan dilakukan.
Ringkasan cara mohon bantuan PKS Prihatin BSN
Berikut ialah ringkasan dalam format bergambar untuk lebih mudah faham.Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian cara permohonan BSN Micro i Kredit untuk usahawan ini dapat memberikan satu sinar baru untuk terus bertahan dalam perniagaan.
Sila ambil maklum bahawa setiap permohonan mestilah dilakukan melalui BSN sahaja. BSN tidak melantik mana-mana agensi atau individu lain sebagai orang tengah dalam membuat permohonan ini.
Sila berhati-hati dengan scammer yang mungkin menyamar sebagai Pegawai BSN.
Rujuk senarai Pegawai BSN dan hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
Semoga bermanfaat.