Cara Memohon PTPTN Kali Kedua (Permohonan Online di ptptn.gov.my/ionline)


Perkongsian pada hari ini akan ditujukan khas buat semua golongan pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi tidak kira diploma ataupun ijazah. Musim kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Peringkat tinggi bakal bermula. Jadi, pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara memohon PTPTN kali kedua.

Cara memohon PTPTN kali kedua

Adakah anda seorang pelajar yang telah melakukan pinjaman PTPTN sebelum ini dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi namun tidak mempunyai pembiayaan wang yang mencukupi?

Jangan risau kami akan menerangkan kepada anda cara memohon PTPTN kali kedua.

Sebelum itu, kami akan menerangkan syarat-syarat khas yang melayakkan anda untuk melakukan permohonan pinjaman PTPTN kali kedua.

1. Syarat-syarat kelayakan permohonan PTPTN kali kedua

  1. Bagi peminjam PTPTN yang terdahulu, anda perlu pastikan anda telah tamat pengajian terlebih dahulu sebelum anda memohon untuk meminjam buat kali kedua.
  2. Anda perlu memastikan anda telah menyelesaikan baki pinjaman sekiranya anda seorang pelajar yang membatalkan pinjaman atau anda berhenti pengajian (Tidak habis belajar).

2. Syarat khas permohonan PTPTN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak lebih dari 45 tahun.
  3. Telah berjaya mendapat tawaran sambung belajar dari institusi pengajian sama ada pengajian awam ataupun pengajian tinggi.
  4. Tiada penaja.
  5. Telah membuka akaun SSPN-i.

Baiklah, mari kita terus masuk kepada cara membuat permohonan PTPTN kali kedua.

3. Cara membuat permohonan PTPTN kali kedua

Perlu diingat bahawa permohonan PTPTN kali kedua hanya boleh dilakukan secara online.

  1. Pastikan anda telah membuka akaun SSPN-i dan menyediakan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi terlebih dahulu.
  2. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ke cawangan Bank Simpanan Nasional untuk membeli nombor Pin PTPTN yang bernilai RM5.00.
  3. Pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan PTPTN anda.
  4. Setelah mendapatkan nombor Pin, anda perlu membuka laman web PTPTN.
  5. Klik pada Pendaftaran Permohonan Pinjaman.
  6. Kemudian, lengkapkan pendaftaran anda dengan mengisi maklumat peribadi anda seperti nombor kad pengenalan dan kata laluan anda untuk melengkapkan permohonan online anda.
  7. Apabila selesai mengisi maklumat anda, klik Bayar.
  8. Pada halaman berikutnya anda dikehendaki melakukan pembayaran.
  9. Pilih salah satu kaedah pembayaran yang anda ingin gunakan dan tekan pada Bayar Dengan FPX.
  10. Selesai anda melakukan pembayaran, maka anda kini boleh melakukan permohonan pinjaman kali kedua anda.
  11. Permohonan kali kedua anda boleh dilakukan pada pautan ini: https://www.ptptn.gov.my/ionline/
  12. Setelah membuka, klik pada Pendaftaran Yang Belum Lengkap.
  13. Pop-up akan muncul dan anda perlu klik Ok.
  14. Lengkapkan butiran peribadi pada borang yang disediakan dan klik Simpan Dan Seterusnya.
  15. Butiran pekerjaan, butiran pasangan/penjaga dan butiran kurses perlu anda isikan dengan maklumat yang relevan dan sahih. Sekiranya anda belum bekerja maka tinggalkan dan klik Simpan.
  16. Untuk pengesahan permohonan, klik sahaja butang Ya.
  17. Cetak borang permohonan anda sebagai bukti dan rujukan pada masa akan datang.
  18. Selesai.

Akhir kata

Diharap agar perkongsian pada hari ini akan memudahkan urusan anda melakukan pinjaman PTPTN buat kali kedua.

Buatlah pinjaman mengikut kesesuaian dan keperluan anda, janganlah tamak semasa ingin melakukan pinjaman PTPTN kerana anda perlu ingat, ini adalah pinjaman dan sekiranya anda meminjam anda perlu membayar balik pinjaman PTPTN tersebut. Jadi berwaspada dan beringatlah tentang perkara tersebut.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “Cara Memohon PTPTN Kali Kedua (Permohonan Online di ptptn.gov.my/ionline)”

  1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya pelajar di MSU Shah Alam bagi Ambilan April 2022. Semasa DIploma saya ada membuat pinjaman PTPTN dan kini menyambung untuk degree. Saya ingin membuat permohonan pinjaman buat kali kedua tetapi di dalam laman tersebut memaparkan ‘Anda tidak boleh membuat pembelian. Sekiranya anda peminjam PTPTN, pembelian pin boleh dilakukan di pautan http://www.ptptn.gov.my/ionline.’ . Saya harap pihak puan dapat memberi penerangan dan langkah untuk selesaikan masalah saya ini. Sekian terima kasih.

    Reply
  2. salam sejahtera,untuk permohonan kali kedua ni, pinjaman pertama tu masih kene bayar semasa sambung pengajian atau ditangguhkan sampai tamat pengajian?

    Reply

Leave a Comment