Pada hari ini kami akan kongsikan dengan anda cara nak bayar PTPTN dengan kaedah yang mudah. Panduan ini kami khususkan buat semua peminjam PTPTN yang masih keliru tentang cara pembayaran balik hutang PTPTN anda.
Cara nak bayar PTPTN
Pembayaran PTPTN Secara Online
Siapa di sini yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasionalย atau lebih dikenali dengan nama PTPTN, sewaktu ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan lain-lain peringkat pengajian?
Sudah membuat pembayaran balik atau belum? Belum? Susah? Tidak mempunyai masa untuk pergi ke pejabat PTPTN? Kalau begitu, ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui kaedah pembayaran yang boleh anda pilih.
Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda melakukan pembayaran PTPTN anda. Cara yang paling mudah adalah melalui pembayaran secara online. Terdapat beberapa bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian seperti Maybank, CIMD, RHB, Bank Rakyat dan Public Bank.
Jika anda ingin membuat pembayaran melalui CIMB, berikut adalah kaedah yang boleh anda ikuti:
Pembayaran melalui CIMB
- Pertama sekali, layari laman web CIMB Bank Berhad, https://www.cimbclicks.com.my.
- Pastikan anda sudah mendaftar untuk โcimbcliksโ yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ini kerana anda perlu memasukkan Login ID dan Password anda.
- Pilih โPay Billsโ, kemudian pada ruangan โToโ, taipkan PTPTN, dan anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
- Pastikan anda memilih PTPTN – Bayaran balik pinjaman.
- Kemudian akan keluar ruangan untuk anda isikan nombor kad pengenalan atau I/C dan juga nombor telefon anda.
- Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan pada ruangan โAmount and Whenโ.
- Anda boleh klik โ pada ruangan โSave a favouriteโ untuk tujuan pembayaran secara berkala.
- Klik โMake Paymentโ.
Jika anda ingin membuat pembayaran melalui Maybank, ikuti kaedah pembayaran yang berikut:
Pembayaran melalui Maybank
- Pertama sekali, layari laman web Maybank Berhad, https://www.maybank2u.com.my/.
- Pastikan anda sudah mendaftar untuk โmaybank2uโ. Ini kerana juga perlu memasukkan Login ID dan Password anda.
- Pilih โPayโ, kemudian pada ruangan โPay Fromโ, pilih โSavings Account-iโ
- Pada ruangan โPay Toโ, pilih โPayeeโ. Pada ruangan di bawahnya, taipkan PTPTN, dan anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
- Pastikan anda memilih PTPTN -Bayaran balik pinjaman.
- Apabila anda membuat pilihan pembayaran balik pinjaman, akan โpop-upโ satu skrin untuk anda isikan โAmountโ, โBorrower I.C Noโ, โTelephone Noโ dan โEffective Dateโ.
- Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan.
- Klik โPayโ
- Anda boleh menambah akaun pembayaran ini sebagai โMy Favoritesโ dengan klik pada ruangan โ+ Add New Favoriteโ untuk memudahkan pembayaran secara berkala.
Manakala bagi pemegang akaun RHB Bank, berikut adalah cara pembayarannya:
Pembayaran melalui RHB Bank
- Layari laman web RHB Bank https://logon.rhb.com.my.
- Masukkan Login ID dan Password anda
- Pilih โBill payโ
- โOne Time Passwordโ (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank
- Masukkan OTP yang telah diberikan. Klik โSubmitโ
- Klik โOther Billerโ. Pilih โOpen Paymentโ
- Klik โBillersโ, pilih โPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasionalโ, kemudian klik โNextโ
- Pilih akaun yang ingin dibuat bayaran
- Masukkan maklumat โPayeeโ (Nama peminjam), NRIC Noโ, โHandphone Noโ, dan โAmountโ dan klik โPreviewโ
- Pastikan maklumat bayaran adalah betul
- โOne Time Passwordโ (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank
- Masukkan OTP tersebut dalam ruangan berkenaan. Seterusnya klik โSubmitโ
- Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran
Jika anda pemegang akaun di Bank Rakyat, anda boleh ikuti panduan di bawah:
Pembayaran melalui Bank Rakyat
- Layari laman web Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my dan masukkan โUsernameโ dan โPasswordโ anda
- Klik โPaymentโ dan pilih โBillโ
- Klik โFrom Accountโ, seterusnya pilih โSaving Accountโ
- Kemudian klik โPayee Typeโ dan klik โNon-Registeredโ.
- Kemudian pilih โEducation Loanโ, dan pilih โPTPTNโ
- Masukkan nombor kad pengenalan/ nombor pinjaman di ruangan โTo Bill Account Numberโ
- Masukkan jumlah bayaran
- Sekiranya ingin menjadikan bayaran ini secara berkala, klik โYesโ di ruangan โSet this as a repeat paymentโ serta isi ruangan โFrequencyโ dan โNumber of Payments to be Madeโ seterusnya klik โAddโ
- Tandakan โโโ pada kotak โEducation Loan/ PTPTNโ. Seterusnya klik โSubmitโ
- Pastikan maklumat bayaran adalah betul
- Klik โRequest TACโ bagi permintaan nombor TAC
- โTACย Numberโ akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank.
- Masukkan โTAC Numberโ tersebut dalam ruangan berkenaan dan klik โConfirmโ
- Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran
Pemegang akaun Public Bank Berhad boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk membuat pembayaran melalui akaun bank anda:
Pembayaran melalui Public Bank Berhad
- Layari laman web Public Bank Berhad https://www.pbebank.com serta masukkan โLogin IDโ dan โPasswordโ anda
- Seterusnya klik โPaymentโ dan klik โBill Paymentโ, seterusnya pilih โTo Other Billโ
- Pilih โPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)โ dan klik โNextโ
- Pilih jenis akaun yang ada di ruangan โFrom Accountโ serta masukkan โAmountโ (RM), Borrower NRIC Numberโ, dan โOffer Letter Numberโ. Kemudian klik โAcceptโ
- Pastikan maklumat bayaran adalah betul
- Klik โRequest PAC Numberโ dan โPAC Numberโ akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank
- Masukkan โPAC Numberโ tersebut dalam ruangan yang tersedia, kemudian klik โConfirmโ
- Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran
Bayar secara JomPay, direct debit dan FPX
Pembayaran melalui FPX
Cara nak bayar PTPTN yang seterusnya adalah melalui FPX. Untuk memudahkan peminjam membuat pembayaran balik, anda juga boleh memilih membuat pembayaran melalui kaedah JomPay. Tetapi untuk menggunakan cara ini, anda perlu mempunyai โbiller codeโ dan โreference noโ. Jadi bagaimana untuk mendapatkan kedua-dua nombor ini?
Pertama sekali, anda perlu layari laman web www.ptptn.gov.my. Kemudian cari ikon โJomPayโ. Masukkan no i/c anda, nanti sistem akan memaparkan โbiller codeโ dan โreference noโ untuk membuat pembayaran PTPTN anda. Apabila sudah memperolehi kedua nombor yang diperlukan, bolehlah anda melayari sistem โonline bankingโ anda.
Jika anda ingin melakukan transaksi pembayaran balik melalui โDirect Debitโ berikut adalah caranya. Pertama sekali anda perlu mendaftar permohonan โDirect Debitโ di www.ptptn.gov.my/direct_debit.html. Lakukan pengesahan maklumat akaun bank di โPTPTN Online Payment Gatewayโ. Terima resit pembayaran dan cetak โAkuan Penerimaan Permohonan Direct Debitโ.
Seandainya anda ingin membuat pembayaran menggunakan FPX, anda perlu layari portal PTPTN, masukkan no i/c dan โpasswordโ akaun PTPTN anda. Pilih penyata baki, kemudian โscrollโ ke bawah. Masukkan jumlah bayaran yang ingin dibayar dan klik bayar. Pilih membuat pembayaran melalui FPX atau kad kredit. Rujuk senarai bank pilihan jika membayar melalui FPX.
Sebagai contoh, jika anda memilih membuat pembayaran melalui โMaybank2uโ, masukkan email anda, kemudian โloginโ akaun โMaybank2u dan kemudian sistem akan ke โFPX paymentโ. Teruskan sehingga selesai pembayaran.
Sekiranya anda ingin mengetahui tentang cara nak bayar PTPTN secara online, kami ada sediakan artikel khas buat rujukan anda.
Pembayaran melalui aplikasi
Pembayaran melalui pelbagai aplikasi
Cara nak bayar PTPTN yang berikutnya adalah melalui aplikasi online. Pernah dengar pembayaran melalui โeWalletโ, seperti Touchโn Go dan Boost? Kedua-dua kaedah pembayaran ini memerlukan anda untuk mempunyai aplikasi bagi menggunakan kemudahan yang ditawarkan.
Jika anda sudah memuat turun aplikasi Touchโn Go, langkah pertama adalah pergi ke bahagian โServicesโ dan pilih โBillsโ. Langkah seterusnya adalah untuk memilih jenis bayaran pinjaman. Isikan Nombor Pinjaman dan Jumlah Bayaran. Pilih โNextโ dan sistem akan meminta anda untuk memasukkan 6 digit PIN yang dihantar melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar pada aplikasi ini, tunggu sehingga pembayaran selesai dan transaksi berjaya dilakukan.
Untuk langkah pembayaran melalui aplikasi Boost, langkah pertama adalah anda perlu klik ikon โBills & Paymentโ pada bahagian โDo Moreโ. Seterusnya pilih โAdd New Bill Accountโ. Kemudian pilih jenis pembayaran yang ingin anda lakukan. Dalam kes ini pilih PTPTN. Langkah seterusnya isikan maklumat yang diperlukan. Masukkan 6 digit PIN anda. Selesai!
Bayar PTPTN melalui pemotongan gaji?
Pembayaran melalui pemotongan gaji
Kebiasaannya kaedah pembayaran ini adalah untuk semua penjawat awam di mana mereka yang menerima pinjaman PTPTN wajib membuat pembayaran balik melalui pemotongan gaji.
Bagi anda yang ingin membuat pembayaran balik pinjaman melalui pemotongan gaji, pihak majikan anda perlu mengemukakan Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) yang lengkap kepada Pejabat PTPTN yang berhampiran. Anda sebagai peminjam pula harus menyerahkan Borang Kebenaran Potong Gaji Bagi Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN yang lengkap kepada Pejabat PTPTN berhampiran.
Pihak PTPTN pula akan mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem dan akan mengemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap akhir bulan (sekiranya ada).
Peringkat seterusnya, majikan akan melakukan potongan gaji serta mengemukakan data dan bayaran potongan gaji kepada PTPTN sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya. Akhir sekali, pihak PTPTN akan mengemas kini penyata pinjaman.
Anda juga boleh membuat permohonan pembayaran melalui pemotongan gaji secara dalam online di https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/.
Melalui potongan KWSP juga boleh
Pembayaran melalui pemotongan KWSP
Cara nak bayar PTPTN melalui pemotongan KWSP ini boleh dilakukan denganย akaun peminjam sendiri atau akaun ibu bapa peminjam pinjaman, melalui pengeluaran Akuan II KWSP. Ia sama ada pengeluaran sebahagian atauย keseluruhan daripada Akaun II KWSP ini untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.
Untuk permohonan ini, anda perlu mempunyai i-Akaun KWSP. untuk pendaftaran i-Akun ini, anda perlu dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000, kiosk KWSP atau kaunter KWSP.
Jika anda terfikir untuk menggunakan akaun KWSP pasangan, sama ada suami atau isteri anda, amat malang sekali, kemudahan itu tidak disediakan.
Selepas membuat pembayaran, pastinya anda ingin menyemak pembayaran yang telah dibuat bukan? Jadi untuk semak baki penyata pinjaman, layari laman web www.ptptn.gov.my. Kemudian cari dan klik pada ikon โSemakan Penyata Pinjamanโ. Masukkan no i/c anda di dalam ruangan yang disediakan. Anda perlu โloginโ akaun PTPTN anda. Atau cara yang mudah layari link berikut https://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp.
Mesti ada antara kita yang terfikir, kalau gagal dalam pengajian, maka pinjaman tersebut tidak perlu dibayar, bukan? Itu sama sekali tidak benar. Ini kerana bagi peminjam yang gagal dalam pengajian, mereka atau anda tetap perlu menjelaskan jumlah pinjaman yang diterima sahaja, termasuklah sebarang kos yang terlibat. Jangan culas untuk membayar pula yer!
Akhir kata
Apabila ada individu meminjam duit kita, pastinya kita ingin mereka membayar kembali kepada kita, bukan? Maka sama juga dalam situasi ini, pandai pinjam, pandailah bayar kembali.
Ingatlah pada generasi yang akan datang yang turut memerlukan bantuan bagi melanjutkan pelajaran.
Semoga bermanfaat.