Bantuan Raya 2022 (Bonus Aidilfitri, Untuk Penjawat Awam & Pesara)


Ini adalah berita baik kepada penjawat awam. Menurut laman Facebook Jabatan Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan raya 2022 yang dinamakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri. Bantuan khas atau bonus  tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta

Berapa banyak amaun bantuan raya 2022 ini?

Amaun Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini sebanyak RM500. Untunglah pekerja kerajaan, dapat duit raya RM500 yang boleh digunakan untuk berbelanja.

 

Siapa yang layak terima bantuan raya ini?

Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP layak menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022.

 

Ada bantuan atau bonus untuk pesara kerajaan?

Ya, kerajaan juga akan memberikan bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan.

 

Bila tarikh bayaran bantuan khas ini?

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

 

Ada bantuan raya 2022 untuk pekerja swasta?

Maaf, tidak ada. Bantuan ini adalah khas untuk kakitangan awam sahaja.

 

Akhir kata

Kami tahu, ada pekerja swasta yang tidak puas hati kenapa hanya pekerja kerajaan sahaja yang dilayan dengan baik oleh kerajaan.

Untuk maklumkan, bantuan raya 2022 ini sebenarnya sudah termasuk dalam peruntukan setiap tahun kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan yang sudah pencen.

Kalau mahu duit lebih untuk persediaan Aidilfitri 2022, boleh keluarkan duit KWSP 10k yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 1 April 2022.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment