Temujanji Klinik Kesihatan (Tempah Slot Online di www.malaysia.gov.my)


Temujanji Klinik Kesihatan kini boleh dibuat secara online. Ini adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan di Klinik Kesihatan pada musim wabak ini. Seperti anda sedia maklum, sebelum negara dilanda wabak dan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), suasana di Klinik Kesihatan selalunya agak sesak dan padat.

Jadi bagi mengurangkan risiko jangkitan dan membuat langkah yang sistematik, mari ikuti cara-cara untuk membuat temujanji Klinik Kesihatan di atas talian.

Izinkan kami berkongsi.

1. Senarai perkhidmatan untuk temujanji online yang disediakan di Klinik Kesihatan

Berikut merupakan senarai perkhidmatan yang disediakan untuk temujanji Klinik Kesihatan online:

  • Melibatkan kes-kes ringan dan walk-in sahaja.
  • Perkhidmatan pergigian asas seperti:
    • Konsultasi
    • Cabutan gigi longgar
    • Tampalan gigi
    • Scalling
    • Pembaikan gigi palsu
  • Penyakit kronik seperti:
    • Diabetes
    • Darah tinggi
    • Asma
  • Kes MCH.

 

2. Cara membuat tempahan temujanji Klinik Kesihatan online melalui (malaysia.gov.my)

Ini adalah cara-cara bagi membuat tempahan temujanji online. Ikuti cara-cara di bawah:

  1. Sila layari Portal Rasmi Kerajaan di sini: https://www.malaysia.gov.my.
  2. Pilih bahagian Perkhidmatan Digital.
  3. Klik pada Permohonan Tempahan JanjiTemu Klinik KKM di bawah sub Kementerian Kesihatan Malaysia.
  4. Anda akan dibawa ke laman Sistem Temujanji.
  5. Lihat bahagian Profil.
  6. Klik pada Tempahan Janjitemu Klinik.
  7. Baca Pemakluman dan Penafian.
  8. Tick pada kotak Setuju.
  9. Tekan Seterusnya.
  10. Sila lengkapkan semua maklumat pada bahagian Tempahan Temujanji Klinik seperti:
    • Fasiliti
    • Slot Janji Temu
    • Maklumat Pelanggan
  11. Tekan HANTAR.
  12. Tempahan temujanji anda sudah selesai.
  13. Sila Muat Turun, Cetak, atau Screesnhot Slip Tempahan Temujanji anda untuk rujukan. (Jika ada)
  14. Anda akan menerima e-mel Peringatan.

PERHATIAN

  • Pelanggan akan dibenarkan memilih mana-mana slot janjitemu selewat-lewatnya 1 jam sebelum tarikh janjitemu yang dipilih.
  • Pelanggan hanya perlu memilih slot yang dipaparkan sahaja.
  • Untuk menukar atau membatalkan slot, boleh merujuk semula laman web sekurang-kurangnya 1 jam sebelum masa janjitemu.
  • Pelanggan perlu hadir 30 minit lebih awal untuk self check-in dan menjalani saringan di kaunter pendaftaran.
  • Pelanggan yang tidak mengikut waktu janjitemu tidak akan diberikan slot baru dan perlu menempah slot yang baru.
  • Semua pelanggan yang menggunakan sistem ini dianggap telah bersetuju.
  • Semua maklumat pelanggan akan dijaga kerahsiaannya.
  • Anda boleh mendapatkan aplikasi MyGOV dengan memuat turun aplikasi di Google Play Store atau App Store.
  • Pastikan anda mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum membuat temujanji.

 

3. Cara mendaftar akaun MyGovernment untuk membuat temujanji online

Sebelum menempah sebarang perkhidmatan Klinik Kesihatan secara online, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Layari laman web ini: https://www.malaysia.gov.my.
  2. Sila pilih Bahasa Melayu atau English terlebih dahulu.
  3. Tekan Daftar.
  4. Anda akan dibawa ke bahagian Pendaftaran.
  5. Sila isikan maklumat yang diminta seperti:
    • Status Kewarganegaraan
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nama Penuh
    • E-mel
    • Nombor Telefon
    • Kod Verifikasi
  6. Tekan Hantar.
  7. Anda akan menerima E-mel Notifikasi Pendaftaran Kata Laluan.
  8. Sila semak E-mel anda.
  9. Sila klik pautan di e-mel untuk proses pengaktifan akaun anda.
  10. Tekan butang Klik Di Sini Untuk Mengaktifkan Akaun anda.
  11. Anda akan dibawa ke bahagian untuk Mencipta dan Mengesahkan Kata Laluan.
  12. Masukkan Teks Pengesahan.
  13. Tekan butang HANTAR.
  14. Anda akan menerima notifikasi Akaun Anda Telah Berjaya Diaktifkan.
  15. Sila Log Masuk semula menyempurnakan pendaftaran.
  16. Anda akan diberi pilihan Method untuk Login.
  17. Pilih Password.
  18. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  19. Tekan NEXT.
  20. Masukkan Password.
  21. Tekan LOGIN.
  22. Tahniah! Anda telah berjaya mendaftarkan akaun.

 

4. Adakah anda mempunyai masalah ketika membuat temujanji Klinik Kesihatan Online?

Sekiranya anda menghadapi kesukaran atau mempunyai sebarang soalan untuk diajukan. Anda boleh menghubungi pihak mereka melalui talian 03-8000 8000 atau hantar faks ke nombor 03-8888 3721.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian ini dapat memberikan panduan kepada anda yang memerlukannya. Diharapkan ianya mampu menjawab soalan-soalan yang bermain di fikiran anda.

Sekadar berkongsi, jika ada di antara anak-anak anda yang tidak sihat dan memerlukan rawatan segera, anda boleh merujuk senarai Klinik Pakar Kanak-Kanak untuk pergi mendapatkan rawatan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment