10 Tempat Menarik di Shah Alam (Indoor & Outdoor)


Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor dan terletak kira-kira 20 minit dari bandar Kuala Lumpur. Dengan pemandangan hijau yang indah di kawasan bandar dan seni bina yang unik, Shah Alam telah menjadi sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat dari seluruh dunia. Ada banyak tempat menarik di Shah Alam, samada indoor atau outdoor. Aktiviti-aktiviti ini sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Berikut adalah aktiviti yang menyeronokkan dan mesti dilakukan di Shah Alam sekiranya anda menghabiskan masa percutian di bandar moden ini.

Tempat menarik di Shah Alam

1. Dapatkan kepuasan adrenalin anda di Skytrex Adventure

Destinasi hangat ketika waktu hujung minggu yang popular di kalangan penduduk tempatan, Skytrex Adventure adalah tempat yang mesti dilawati di Shah Alam jika anda ingin memacu jantung anda. Anda boleh terbang, berayun, meluncur, dan bergantungan di pelbagai rintangan udara yang tersedia di atas Hutan Hujan Malaysia tropika yang rimbun. Selain itu mereka juga menawarkan aktiviti luar yang menarik seperti basikal, ATV, Zoo, Four Season House, mendaki dan berkayak.

 

2. Atasi cuaca panas tropika di Wet World Water Park Shah Alam

Wet World Waterpark adalah taman air berorientasikan keluarga yang memberi tumpuan pada tema hutan tropika, lengkap dengan formasi batu unik dan pokok-pokok yang menjulang tinggi yang pastinya menyediakan kawasan teduh yang luas. Dengan pelbagai permainan air seperti Pirate Challenge, Kiddy Typhoon Lagoon, Pirate Cove, dan jangan terlepas luncuran Monsoon Buster, semuanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

 

3. Lihat Haiwan secara dekat di Aviary & Bunny Park

Terletak di Taman Botani Negara Shah Alam, Aviary & Bunny Park adalah tarikan zoo mini untuk kanak-kanak. Selain itu, Pendidikan Haiwan Peliharaan disediakan untuk kanak-kanak mengetahui lebih lanjut tentang binatang dan mendorong mereka untuk mencintai dan memulihara haiwan. Ia juga pasti dapat mengajar mereka tentang empati dan simpati terhadap haiwan. Siapa tahu, mereka bakal menjadi pemulihara dunia haiwan tersohor satu hari nanti.

 

4. Menunggang kuda di Denai Alam Riding & Recreation Club (DARC)

DARC adalah tempat perlindungan kuda sesuai untuk ibu bapa dan kanak-kanak untuk melihat dan menikmati keseronokan dan kegembiraan menunggang kuda. Bukan sekadar kelab rekreasi, DARC juga merupakan tempat yang bagus untuk rakan-rakan berkumpul pada hujung minggu, untuk bersama-sama menikmati aktiviti menunggang rekreasi.

 

5. Berjalan-jalan di sekitar Taman Tasik Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam adalah salah satu tempat percutian terbaik untuk berjalan-jalan dan berkelah pada waktu petang. Ia adalah tasik buatan manusia yang dikelilingi kehijauan yang subur di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam. Terkenal dengan restoran makanan laut terapung yang menyajikan masakan Malaysia yang sungguh enak, taman rekreasi ini juga merangkumi taman permainan kanak-kanak, bangku dan kemudahan sewa kayak. Lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti kawasan letak kereta dan tandas awam, Taman Tasih Shah Alam ini semestinya amat sesuai untuk dijadikan destinasi pilihan untuk bersantai bersama keluarga.

 

6. Alami musim sejuk di SnoWalk @ i-City

Disebut sebagai Winter Wonderland tertutup pertama di Asia Tenggara, suhu dalam SnoWalk dikatakan sentiasa dikekalkan di bawah 5 darjah Celsius dengan salji 100mm di bawah tapak kaki. Ia mempunyai ruang seluas 50 ribu kaki persegi dan lebih dari 100 tan patung ais yang dibentuk oleh pasukan 30 seniman dari Harbin, China. Ia juga mempunyai zon permainan untuk aktiviti yang menyeronokkan seperti membuat orang salji, gelongsor ais dan bermain toboggan.

 

7. Terokai keindahan alam di Taman Botani Nasional Shah Alam

Dahulu dikenali sebagai “Taman Pertanian Taman Cahaya Seri Alam”, taman botani ini adalah rumah bagi taman-taman, empangan, tasik dan chalet. Cara terbaik untuk menikmati taman ini adalah dengan menyewa basikal atau berjalan-jalan perlahan untuk meneroka keindahan semula jadi tempat ini. Jadi jika anda mencari sesuatu untuk dilakukan bersama yang tersayang di sekitar Shah Alam tanpa menggunakan tenaga yang tinggi, kunjungi Taman Botani Nasional Shah Alam ini.

 

8. Baca buku di Perpustakaan Raja Tun Uda

Terletak di seberang Golf Club House, Perpustakaan Raja Tun Uda dijuluki sebagai “perpustakaan dalam taman.” Dikelilingi oleh pemandangan bukit yang hijau, perpustakaan ini menarik banyak pengunjung, bukan hanya peminat buku dengan seni bina kaca kontemporari, malahan pengunjung yang mencari pengalaman berbeza dan unik. Selain pilihan buku yang pelbagai, perpustakaan ini juga dilengkapi dengan komputer yang tersedia untuk disewa dan teater 6D berteknologi tinggi.

 

9. Ambil gambar di Laman Seni 7

Laman Seni 7 di Seksyen 7 adalah kesinambungan dari sebuah projek untuk mengubah lorong-lorong rumah kedai menjadi mural yang penuh warna dan pelbagai. Inginkan gambar berlatarbelakangkan mural menarik untuk pengikut anda di laman social? Jadikan Laman Seni 7 ini sebagai studio anda. Terkenal dengan hashtag #lorongbelakang kerana popularitinya semakin meningkat, Laman Seni 7 menjadi salah satu tempat paling menarik dan paling “hip” di Instagram di Shah Alam.

 

10. Lawati masjid terbesar di Malaysia

Shah Alam dikenali sebagai rumah kepada masjid terbesar di Malaysia yang diberi nama Masjid Negeri Shah Alam atau dikenali secara rasmi sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masjid yang indah samaada di bahagian dalam atau luar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah karya seni bina mutlak untuk dilihat. Mereka juga menyediakan pemandu pelancong percuma, sesuai untuk orang bukan Islam untuk mengetahui lebih banyak mengenai Islam.

 

Tempat menarik di Selangor yang lain

Sebenarnya, ada banyak lagi lokasi menarik di Selangor. Terlalu panjang untuk kami senaraikan di sini. Jadi, jemput langkau artikel ini untuk dapatkan maklumat lengkap mengenai percutian di tempat-tempat lain di negeri Selangor.

#1 Dalam Bahasa Melayu:

  1. Serendah: Tempat menarik di Serendah
  2. Sekinchan: Tempat menarik di Sekinchan
  3. Kuala Selangor: Tempat menarik di Kuala Selangor

 

#2 Dalam Bahasa Inggeris:

  1. Shah Alam: Things to do in Shah Alam
  2. Banting: Things to do in Banting
  3. Subang Jaya: Things to do in Subang Jaya

 

Akhir kata

Nah, kini anda boleh lihat mengapa Shah Alam begitu popular dikalangan semua peringkat umur. Bukan sahaja ia mempunyai aktiviti untuk bersantai, tetapi juga aktiviti lasak bagi mereka yang menggemarinya. Terdapat juga beberapa pusat membeli-belah yang besar dan lengkap untuk anda kunjungi jika anda memerlukan sesuatu.

Selain itu, di bandar Shah Alam juga terdapat pelbagai kafe hipster untuk anda kunjungi di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap dalam konsep suasana yang hip dan unik.

Diharapkan agar perkongsian tempat menarik di Shah Alam ini akan menggembirakan anda dan anak-anak anda.

Untuk yang bekerja sendiri atau freelance yang tidak mempunyai pejabat tetap, bolehlah cuba kunjungi co working space Shah Alam yang selesa dan terbaik.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment