7 Tempat Menarik di Serendah (Makan, Percutian & Penginapan)


Serendah adalah satu tempat yang jarang disebut sebagai satu lokasi pelancangan atau kawasan riadah di daerah Hulu Selangor. Serendah terletak di antara bandar Rawang dan Antara Gapi di daerah Hulu Selangor dan hanya 40 minit sahaja dari Kuala Lumpur. Tetapi tahukah anda sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik di Selangor yang boleh anda lawati atau sebagai agenda weekend gateway anda? Jom kita baca senarai tempat menarik di Serendah Selangor!

Tempat menarik di Serendah

1. Sekeping Serendah

Lokasinya betul-betul di tengah hutan dan sesuai dijadikan tempat percutian yang unik dan penuh dengan privasi. Konsepnya yang dekat dengan flora dan fauna dan sesuai untuk percutian singkat untuk menghilangkan stress di kota raya. Anda juga boleh membuat family gathering secara kecil-kecilan di tempat ini.

 

2. Tasik Kebun

Tempat ini menyediakan beberapa bilik penginapan keluarga berkonsepkan farmhouse. Terdapat juga beberapa unit chalet dan studio untuk keluarga bersaiz kecil. Sesuai dengan konsep penginapan keluarga, antara aktiviti yang boleh dilalukan disini adalah seperti hari keluarga, BBQ beramai-ramai di tengah malam, majlis perkahwinan ataupun majlis peribadi. Terdapat juga kolan renang yang luas yang menjadi daya tarikn bagi keluarga yang menginap. Kanak-kanak boleh mandi dengan riang di samping pengawasan ibu bapa.

 

3. Carpe Dium Orchard Home Serendah

Kawasan peranginan ini berkonsepkan rumah kampung moden yang dikelilingi oleh kebun buah-buahan seluar 18 ekar. Anda semestinya dapat menikmati udara yang segar dan nyaman di samping menikmati kemudahan seperti kolam renang 3 tingkat, kawasan BBQ, berbasikal, memancing, bermain ping-pong dan memetik buah di kebun. Lokasi ini sesuai untuk percutian keluarga dan lokasi yang romantic untuk berbulan madu. Namun, tiada wifi dan televisyen di sediakan dan anda boleh mengeratkan hubungan anda bersama keluarga tanpa sebarang gangguan.

 

4. Air Terjun Serendah

Air terjun Serendah merupakan tempat tumpuan bagi yang berkeluarga dan juga anak muda kerana lokasinya berdekatan ibu kota Kuala Lumpur iaitu lebih kurang 35km dari Kuala Lumpur malah senang dilawati dengan kereta & motosikal.   Di sini terdapat tapak perkhemahan, taman permainan untuk anak-anak  juga tandas untuk kegunaan orang awam. Parkir kereta juga disediakan. Namun anda perlu merancang masa yang sesuai kerana kawasan ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung terutama sekali pada cuti minggu dan cuti sekolah.

 

5. Telaga Tujuh Serendah

Telaga ini berusian lebih dari 100 tahun dan merupakan hasil tinggalan sejarah oleh pemerintah Inggeris. Ia juga mungkin antara khazanah tertua yang masih berdiri teguh di Serendah.

Lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh, kawasan rekreasi yang berlandskap bersih dan rapi itu boleh dikatakan antara lokasi wajib singgah bagi yang melawat Serendah.

Bukan sekadar beristirehat, Perigi Tujuh sebenarnya berkait rapat dengan asal-usul nama dan sejarah pekan yang terletak di daerah Hulu Selangor itu.

Dan bagi mereka yang ingin menjejak permulaan sejarah pekan Serendah, lokasi itu mungkin antara tempat terbaik untuk bermula.

 

6. Rojak Lebai Joe

Sesiapa yang tinggal di Serendah pasti amat sinonim dengan nama Rojak Lebai Joe. Perniagaan rojak ini bermula pada tahun 1995 di Serendah dan masih utuh malah amat terkenal hingga kini. Lebai Joe menggunakan spaghetti sebagai mee rojak dengan kuah rojak yang amat menyelerakan. Jika anda inginkan sesuaty yang kenyang dan pantas, maka rojak inilah pilihannya.

 

7. Nasi Ayam Traffic Light Sungai Choh

Warung Nasi Ayam ini terletak di persimpangan lampu isyarat utama Sungai Choh. Kedai makan ini sangat popular pada waktu tengahari. Sajian utama yang menajdi perhatian adalah Nasi Ayam yang dijual dengan harga berpatutan.

 

Tempat menarik di Selangor yang lain

Sebenarnya, ada banyak lagi tempat menarik di Selangor. Cuma terlalu panjang untuk kami senaraikan di sini. Jadi, jemput langkau artikel ini untuk dapatkan maklumat lengkap mengenai percutian di tempat-tempat lain secara lebih spesifik di negeri Selangor:

#1 Dalam Bahasa Melayu:

  1. Sekinchan: Tempat menarik di Sekinchan
  2. Shah Alam: Tempat menarik di Shah Alam
  3. Kuala Selangor: Tempat menarik di Kuala Selangor

 

#2 Dalam Bahasa Inggeris:

  1. Shah Alam: Things to do in Shah Alam
  2. Banting: Things to do in Banting
  3. Subang Jaya: Things to do in Subang Jaya

 

Akhir kata

Jadi jika anda inginkan ketenangan dari kesibukan bandar tetapi tidak jauh dari Kuala Lumpur, maka Serendah adalah tempat yang paling ideal untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Selamat bercuti!

Leave a Comment