sspi.imi.gov.my/sspi/ (Cara Semak Status Perjalanan di Jabatan Imigresen)


Anda nak pergi ke luar negara? Anda dinasihatkan untuk membuat Semakan Status Perjalanan Imigresen (senarai hitam) sebelum merancang keluar negara. Semakan ini boleh dibuat melalui sspi.imi.gov.my/sspi/. Beberapa mesin untuk semakan ini juga telah ditempatkan berhampiran kaunter daftar masuk penerbangan bagi memudahkan anda membuat proses ‘self-checking’.

Izinkan kami berkongsi.

1. Siapa kena semak status perjalanan Imigresen?

Sesiapa pun boleh menyemak status perjalanan Imigresen, lebih-lebih lagi jika anda merupakan peminjam PTPTN. Ini kerana jika anda ada tunggakan PTPTN, anda tidak boleh meneruskan perjalanan ke luar negara.

Selain daripada itu, jika anda telah disenaraihitamkan atau blacklisted oleh Agensi Kerajaan seperti:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Polis DiRaja Malaysia
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  • Kumpulan Wang Simpanana Pekerja
  • Jabatan Penjara
  • Mahkamah

Jika anda pernah mempunyai tunggakan bayaran atau senarai hitam dari agensi kerajaan, eloklah jika anda memeriksa dahulu status anda di Imigresen sebelum anda merancang perjalanan atau membeli tiket penerbangan untuk ke luar negara.

 

2. Cara semak status perjalanan di sspi.imi.gov.my/sspi/

  1. Layari sspi.imi.gov.my/sspi.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda di dalam kotak yang disediakan.
  3. Tekan Semak.
  4. Keputusan Semakan akan dipaparkan di skrin.
  5. Sekiranya jawapan yang keluar ialah ‘Tiada Halangan‘, bermakna anda boleh ke luar negara.
  6. Sekiranya jawapan yang keluar ialah ‘Sila rujuk kepada Jabatan Imigresen terdekat‘, anda diminta untuk ke cawangan Jabatan Imigresen kerana kemungkinan anda telah disenaraihitamkan.

 

3. Ada masalah untuk semak status perjalanan di sspi.imi.gov.my/sspi/?

Jika anda mempunyai masalah untuk menyemak status perjalanan anda atau ada masalah untuk dikemukakan, sila hubungi nombor berikut:

  • 03-88882010

 

Akhir kata

Anda digalakkan untuk memeriksa status anda terlebih dahulu di Jabatan Imigresen terlebih dahulu sebelum merancang perjalanan anda ke luar negara bagi mengelakkan kekecewaan dan untuk memudahkan urusan anda.

Jika anda ingin berurusan di Jabatan Imigresen, anda dikehendaki membuat temujanji dahulu sebelum ke cawangan mereka. Anda boleh lihat cara permohonan temujanji online di sto.imi.gov.my.

 

1 thought on “sspi.imi.gov.my/sspi/ (Cara Semak Status Perjalanan di Jabatan Imigresen)”

  1. Asalamualaikum, Saya Konithu Bin K Kunhalan, saya pegan Tel bimbit dlm tagan malam tadi Dari jam 11.26 Sampai Saya dlm talian Na Buat permohonan Di imi untuk mendapatkan sto temu Janji tiba tiba Jam 12.06 mlm dlm keluar message ganguan, Tengu sampai, bila tekan permohonan, Enya keluar sila pilih teken sampai 12.48,keluar Nya Suroh dafter permohonan lepas tip, Keluarlah slot da Penuh, suroh Cari Tarikh lian, saya Buat permohonan itu pada 08/11/21,dlm talian menujuk Dari pada Bulan September Hingga 07/11/21.Penuh Jadi Saya Mohon Pada 08/11/21,Seklip Mata Nya Keluar PENUH, Saya dlm talian Maian Tekan permohonan Macamana Boleh Jadi Itu , Ini Mesti Di , Tuan mesti DiPerhatikan Kenapa. Sekian Terima Kasih

    Reply

Leave a Comment