SPS KPM (Daftar, Kemaskini & Semak Kehadiran Anak di public.moe.gov.my)


Zaman sekarang ini penggunaan teknologi mestilah diraikan lagi-lagi di dalam bidang pendidikan terutamanya dari peringkat sekolah rendah. Jadi, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan satu Modul Pengurusan Murid dipanggil Sistem Pengurusan Sekolah secara atas talian ataupun online iaitu SPS KPM, bagi memudahkan urusan diantara pelajar, ibu bapa pelajar dan juga sekolah. Ini memudahkan ibu bapa atau penjaga dan para pelajar tidak perlu memberikan sebarang borang secara manual. Cuma ia tidak sama dengan sistem SAPS.

Kerajaan menyarankan agar ibu bapa atau penjaga para pelajar terutamanya yang berumur 6 tahun supaya mendaftar anak Tahun 1 menggunakan sistem SPS KPM ini melalui telefon bimbit mudah alih mahupun komputer. Selepas mendaftar, ibu bapa atau penjaga boleh melakukan apa-apa perubahan ataupun kemas kini pada data maklumat pelajar bermula pada 1 April 2022 ini.

Apakah tujuan sistem pendaftaran SPS KPM ini?

Tujuan sistem pendaftaran atas talin ini dilakukan untuk memudahkan ibu bapa atau penjaga dalam kemasukan anak ke tahun 1 dimana-mana sekolah rendah juga dalam pada masa yang sama, menyemak kehadiran pelajar dan juga boleh kemas kini maklumat profil pelajar.

 

Bagaimana untuk menggunakan SPS KPM ini?

Ibu bapa atau penjaga mestilah mendaftar terlebih dahulu untuk membuka akaun di laman web rasmi SPS KPM iaitu Modul Pengurusan Murid di https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna.

Jika sudah membuat akaun SPS KPM boleh pergi ke laman web rasmi ini https://public.moe.gov.my/?kpm=

 

Jika tiada kemudahan untuk mendaftar atau kemas kini SPS KPM?

Bagi ibu bapa dan penjaga yang tiada kemudahan aplikasi pintar seperti telefon bimbit pintar ataupun komputer, bolehlah menghubungi pihak sekolah pelajar bagi membantu dalam mendaftar atau kemas kini maklumat SPS KPM pelajar.

 

Kenapa SPS KPM mesti dikemaskinikan?

Selepas ibu bapa atau penjaga telah mendaftarkan pelajar dan memasukkan segala maklumat yang ada, kemas kini perlu dilakukan jika ada sebarang perubahan atau penambahan tentang maklumat pelajar, ibu bapa atau penjaga. Ini untuk memastikan :

  • Tiada sebarang maklumat yang sama dimasukkan
  • Guru dan sekolah tahu tentang status pelajar terutamanya dari segi kewangan
  • Guru dan sekolah dapat mengutamakan kebajikan pelajar jika memerlukan
  • Sistem maklumat anak yang bersekolah diketahui oleh ibu bapa atau penjaga, juga sekolah.

Dalam pada masa yang sama ibu bapa atau penjaga mestilah jujur ketika mengemaskinikan maklumat pelajar melalui SPS KPM. Ini supaya tiada pelajar yang betul-betul memerlukan bantuan juga perhatian, yang tercicir.

 

Cara kemaskini SPS KPM

  1. Pergi ke laman web rasmi SPS KPM di : https://public.moe.gov.my
  2. Sila klik daftar masuk.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  4. Kemudian klik Log Masuk.
  5. (Bagi yang baru nak mendaftar)
    • Klik Pengguna Baru
    • Masukkan maklumat di setiap kotak Daftar Pengguna
    • Tekan Daftar
  6. Habis mendaftar, boleh Login.
  7. Log masuk dengan mengisi Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
  8. Klik kotak Kemaskini Maklumat.
  9.  Antara data maklumat mesti dikemaskini:
    • Maklumat Pelajar
    • Profil Pelajar
    • Alamat Pelajar
  10. Bagi ibu bapa atau penjaga yang ada anak Tahun 1 hingga Tahun 3 perlu melakukan kemas kini maklumat kesihatan.
  11. Apabila sudah selesai mengemaskini maklumat pelajar, tekan klik Perakuan Maklumat .
  12. Akhir sekali anda boleh Print Borang SPS KPM.

 

Terlupa kata laluan public.moe.gov.my

Bagi ibu bapa atau penjaga yang lupa kata laluan boleh lakukan langkah ini :

  1. Pergi ke laman web rasmi https://public.moe.gov.my/.
  2. Klik Lupa Katalaluan.
  3. Pilih set semula kata laluan melalui tiga cara iaitu :
    • Set semula kata laluan melalui e-mel
    • Set semula kata laluan melalui Soalan Keselamatan
    • Set semula kata laluan melalui Padanan Anak
  4. Jika memilih set semula dengan menggunakan e-mel;
    • Isi Nombor Kad Pengenalan atau Nombor My Kid / My Kad
    • Isi Pengesahan Kod dengan memasukkan aksara yang diberikan.
    • Klik butang Mohon Kata Laluan.
    • Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
  5. Jika set semula dengan menggunakan Soalan Keselamatan
    • Masukkan nombor kad pengenalan
    • Pilih soalan keselamatan
    • Masukkan jawapan
    • Klik Mohon Kata Laluan
  6. Jika set semula kata laluan melalui Padanan Anak ;
    1. Masukkan nombor kad pengenalan
    2. Masukkan nombor My Kid atau My Kad anak jagaan
    3. Nama anak jagaan
    4. Klik Mohon Kata Laluan

Masalah untuk log masuk dan kemaskini

Jika ibu bapa atau penjaga ada sebarang masalah untuk log masuk atau kemas kini di SPS KPM boleh berhubung Help desk/Meja Bantuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

 

Akhir kata

Sistem Modul Pengurusan Murid ini adalah untuk memastikan dan memudahkan para pelajar dan juga ibu bapa atau penjaga dalam urusan sekolah terutamanya dari segi kewangan dan juga kesihatan. Kalau dilihat Sistem Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia ini atau SPS KPM ianya juga dapat menjaga kebajikan juga memberi keprihatinan yang lebih bagi pelajar yang lebih memerlukan bantuan demi kelangsungan pendidikan anak jagaan juga pelajar.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan harian pelajar.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Categories MOE

Leave a Comment