Login sppim.gov.my


Apa itu SPPIM?

SPPIM adalah singkatan kepada Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Antara modul-modul yang terdapat di dalam sistem ini adalah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah dan seumpamanya.

Cara login sppim.gov.my

  1. Layari laman web rasmi SPPIM di sini: https://sppim.gov.my
  2. Tekan pada menu LOG MASUK di bahagian atas sebelah kanan skrin
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan butang OK
  6. Selesai

Tak boleh login sebab masalah kata laluan NCR JAIS

Sekiranya terjadi masalah berkaitan SPPIM atau ada pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 03-8870 7527 / 03-8870 7528 / 03-8870 7525 (Helpdesk SPPIM) bagi mendapatkan bantuan.

Macam mana nak daftar sppim.gov.my

Sistem atau portal ini tidak menyediakan menu untuk pendaftaran.

Ia hanya boleh diakses sepenuhnya oleh kakitangan.

Orang awam boleh menggunakan perkhidmatan di sistem ini tanpa perlu mendaftar akaun.

 

 

Leave a Comment