Semakan eMAKLUM


Kepada semua individu dan pembekal yang berurusan dengan kerajaan. Anda boleh membuat semakan melalui sistem eMAKLUM untuk memastikan status invois dan bayaran kepada penerima bayaran. Dalam penulisan ini, kami akan menunjukkan tentang cara membuat semakan EMAKLUM secara online untuk anda yang memerlukannya.

Apakah sistem eMAKLUM?

Sistem eMAKLUM adalah sistem yang menghantar notifikasi status invois dan bayaran kepada penerima bayaran iaitu kategori pembekal dan individu (termasuk penjawat awam).

Siapa pengguna eMAKLUM?

Pengguna eMAKLUM adalah semua individu dan pembekal yang berurusan dengan kerajaan yang meliputi skop BEKALAN, PERKHIDMATAN dan KERJA.

Macam mana nak buat semakan eMAKLUM melalui emaklum.anm.gov.my?

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan eMAKLUM:

  1. Layari laman web eMAKLUM di sini https://emaklum.anm.gov.my.
  2. Halaman Utama eMAKLUM akan dipaparkan.
  3. Pada bahagian Carian Dokumen Pembayaran, pilih tarikh pembayaran sebelum atau selepas.
  4. Sila isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan seperti:
    • No.Kad Pengenalan/No.Daftar Syarikat/Organisasi
    • No.Akaun Bank/No.Invois/No.Rujukan Bayaran
    • Carian berdasarkan
    • Tarikh
  5. Sila tick pada kotak Saya bukan robot untuk sekuriti.
  6. Pastikan anda memilih sekuriti imej yang dipaparkan dengan betul (jika ada).
  7. Tekan butang SAHKAN.
  8. Tekan Cari.
  9. Anda akan dibawa ke laman berikutnya.
  10. Keputusan Carian semakan eMAKLUM anda akan dipamerkan.
  11. Selesai.

PERHATIAN

  • Mulai 30 Julai 2021, Sistem eMaklum hanya menyimpan maklumat notifikasi pembayaran bagi tempoh 18 bulan terkini sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.
  • Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.

Adakah perlu untuk mendaftar dengan eMAKLUM?

Setelah kami membuat semakan, eMAKLUM tidak memerlukan sebarang pendaftaran sama ada dari pembekal atau individu.

Kalau ada masalah tentang eMAKLUM, macam mana?

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau ada pertanyaan lain mengenai eMAKLUM yang ingin diajukan.

Anda boleh menghubungi senarai Pentadbir eMAKLUM di Kementerian di sini https://emaklum.anm.gov.my/pdf/contact_list.

Anda juga boleh terus melayari laman web eMAKLUM dan tekan butang Hubungi Kami bagi mengetahui pilihan yang lebih terperinci untuk menghubungi pihak mereka.

Akhir kata

Diharapkan penulisan ini dapat memberi pencerahan kepada anda yang ingin mengetahui tentang semakan eMAKLUM dengan lebih jelas. Semoga ia sedikit sebanyak mempermudahkan urusan anda.

Sekadar berkongsi, jangan lupa untuk merujuk senarai perkhidmatan online yang ada di Malaysia bagi perjalanan urusan yang lebih lancar. Lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment