Semak No Akaun Pencen (Boleh Check Pada Kad Pesara)


Sebenarnya, masih ramai lagi pesara yang tak tahu macam mana cara untuk semak no akaun pencen mereka. Ada yang dari mula pencen sampai sekarang masih lagi tak tahu.

Oleh itu, bagi membantu para pesara atau waris mereka mengetahui no akaun pencen masing-masing. Kami akan berikan jawapannya di dalam penulisan kali ini. Jemput baca!

Izinkan kami berkongsi.

Semak no akaun pencen pada kad pesara

Tahukah anda? Untuk dapatkan no akaun pencen tak susah pun sebenarnya. Cara yang paling mudah sekali adalah dengan merujuk kad pesara anda.

Ikuti langkah mudah ini:

  1. Dapatkan kad pesara anda.
  2. Lihat pada nombor yang tertera di atas kad pesara tersebut (itu adalah no akaun pencen anda).
  3. Selesai.

 

Semak no akaun pencen dengan hadir ke Pejabat KWAP

Kalau anda nakkan kepastian yang lebih lagi mengenai no akaun pencen anda. Anda boleh saja kunjungi Pejabat Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang memang menguruskan skim pencen untuk pekerja awam Malaysia.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Dapatkan dokumen pengenalan diri seperti IC dan juga kad pesara.
  2. Hadir di Pejabat KWAP.
  3. Pergi ke kaunter urusan.
  4. Nyatakan tujuan anda untuk semak no akaun pencen.
  5. Sila ikuti arahan yang berikutnya daripada kakitangan yang bertugas di kaunter.
  6. No akaun pencen anda akan diberitahu.
  7. Selesai.

 

Semak melalui panggilan telefon

Anda juga boleh membuat semakan no akaun pencen dengan menghubungi pihak KWAP di talian 03-8887 8777.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Dail 03-8887 8777 menggunakan telefon anda.
  2. Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab.
  3. Kemudian, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda adalah untuk semak no akaun pencen.
  4. Panggilan anda akan disambungkan ke bahagian berkaitan.
  5. Tunggu seketika untuk panggilan anda disambungkan.
  6. Perkenalkan diri sekali lagi dan nyatakan bahawa anda ingin menyemak no akaun pencen.
  7. No akaun pencen anda akan diberitahu.
  8. Selesai.

 

Ada masalah untuk semak no akaun pencen?

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan untuk check no akaun pencen anda. Anda boleh terus menghubungi pihak KWAP di talian 03-8887 8777 bagi maklumat lanjut.

Selain itu, anda juga boleh melayari Portal Rasmi Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam di sini jpapencen.gov.my untuk melakukan pelbagai lagi urusan berkaitan pencen.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai alternatif bagi membantu para pesara. Bukan saja untuk semak no akaun malah apa saja perkara yang berkenaan pencen. Cuma tahu atau tak tahu saja.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan pencerahan kepada pesara atau bakal pesara yang memerlukan.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Semak No Akaun Pencen (Boleh Check Pada Kad Pesara)”

  1. 1) Saya mula pencen pada 13/07/2005.
    2) Kad Pesara saya sudah hilang.
    3) Kad Pesara yang hilang itu adalah versi lama. Tidak ada maklumat Nombor Akaun Pesara.
    4) Yang ada pada saya sekarang ialah salinan fotokopi Kad Pesara tersebut.
    5) Saya ingin bertanya, apakah saya boleh dan dibenarkan untuk mendapatkan Kad Pesara yang baru.
    6) Jika saya tidak dibolehkan dan tidak dibenarkan untuk mendapatkan Kad Pesara baru, ia akan menyulitkan saya.
    7) Jika saya dibolehkan mendapatkan Kad Pesara yang baru, tolong maklumkan kepada saya bagaimana caranya (prosedurnya).
    8) Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

    Reply

Leave a Comment