Semak Baki Yes 4G (Cara Check Balance Kuota & Kredit)


Pernahkah anda menghadapi masalah untuk periksa baki kredit di telefon anda? Contohnya, anda baru sahaja membeli pakej prabayar baru untuk telefon anda. Anda tahu memakainya, dan dapat hubungi serta menghantar mesej kepada kenalan anda, tetapi anda tidak tahu berapa banyak kredit telah anda gunakan. Kalau pernah, izinkan kami kongsi cara semak baki Yes 4G.

Izinkan kami berkongsi.

Sedikit mengenai Yes 4G

Yes 4G ialah salah satu syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia dan sentiasa berinovasi untuk kemudahan para pelanggannya yang setia. Anda boleh memeriksa jumlah kredit yang telah anda gunakan dan juga jumlah kuota internet yang anda beli dengan kredit Yes 4G anda.

Terdapat dua pakej yang boleh dilanggan pada Yes 4G, iaitu pakej prabayar (prepaid) dan juga pascabayar (postpaid).

1. Cara semak baki Yes 4G melalui SMS

 

Prepaid

  1. Buka bahagian Text Message di telefon anda.
  2. Kemudian, taip BAL<jarak><nombor telefon anda>.
  3. Hantarkan ke 0183301111.
  4. Anda akan menerima SMS yang menunjukkan baki kredit anda.

 

Postpaid (Semak Bill sahaja)

Anda hanya boleh memeriksa bil postpaid anda melalui SMS yang memaklumkan anda   bahawa bil anda telah sedia di My Account melalui laman web www.yes.my/myselfcare.

 

 

2. Cara semak baki Yes 4G secara online

 

Prepaid

  1. Buka web browser pada telefon/komputer/laptop anda.
  2. Layari laman web https://selfcare.yes.my/myselfcare.
  3. Kemudian, log masuk dengan memasukkan username dan password
  4. Tekan butang Log in.
  5. Anda akan dapat lihat maklumat tentang baki kredit anda pada laman.

 

3. Check Yes 4G quota balance guna aplikasi MyYes4G

Anda perlu download dahulu aplikasi MyYes4G yang boleh didapati di Google Play Store untuk   Android, atau App Store untuk iOS.

Cara Semak Baki

  1. Buka aplikasi.
  2. Kemudian, daftar dahulu akaun anda serta nombor telefon anda.
  3. Ikuti segala arahan pada skrin.
  4. Setelah pendaftaran berjaya, login ke akaun anda.
  5. Anda boleh semak baki kredit untuk prepaid dan semak baki bil untuk postpaid, pada menu yang tertera.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, Yes 4G menyediakan beberapa langkah yang sangat mudah untuk pelanggannya yang menghadapi masalah untuk semak baki kredit bagi yang menggunakan prepaid, atau untuk menyemak bil bagi yang menggunakan postpaid.

Cubalah salah satu cara di atas dan selamat berjaya.

Semoga bermanfaat.

6 thoughts on “Semak Baki Yes 4G (Cara Check Balance Kuota & Kredit)”

  1. Cik saya sankar sellamuthu nk tnya baki wifi yes dn saya dh lama x gna jadi i nk selesai bil ni, boleh cik semak baki wifi yes,winmax wifi gateway model wixfgr-134
    S/N:yeszao108153
    MAC:F835DDE958A3

    Reply
  2. maaf tanya..hp yes ni diorang akan hantar terus ke alamat rumah atau kita kena ambik sendiri kat kedai..saya punya belum sampai2 lagi ni kenapa erk..
    #hp kawan saya ambik kat kedai
    #hp adik saya sampai kat alamat rumah
    mane satu ni bingung dahh nii

    Reply
  3. Kenapa la YES ni tak buat mcm maxis *122# *100# dll. Kalau pakai sms tu tolak kredit tak? Boleh pakai tak time kredit 0/kurang.. Ke ada duit/active baru boleh check?

    Reply

Leave a Comment