Semak ASB Guna IC (Cara Check & Daftar myASNB Online)


Mungkin ada di antara anda yang masih tak tahu macam mana cara untuk semak ASB guna IC. Lebih-lebih lagi pada mereka yang baru saja nak berjinak-jinak dengan ASB ini.

Tak apa, jangan risau. Ini kerana kami akan bagitahu anda bagaimana nak semak ASB sekaligus langkah-langkah untuk mendaftar akaun di myASNB. Jom tahu lebih banyak lagi di sini.

Izinkan kami berkongsi.

Semak ASB guna IC di kaunter ASNB

Ikuti langkah mudah ini:

  1. Sediakan dokumen berkaitan pengenalan diri seperti IC.
  2. Hadir di mana-mana cawangan atau kaunter ASNB berhampiran.
  3. Dapatkan nombor giliran terlebih dulu atau terus ke kaunter urusan.
  4. Nyatakan tujuan anda untuk membuatkan semakan ASB.
  5. Selesai.

 

Semak ASB guna IC secara online melalui Portal myASNB

Jika anda tak ada masa nak pergi ke kaunter ASNB. Anda boleh semak ASB secara atas talian melalui laman web. Namun, myASNB ini hanya boleh diakses kepada individu yang sudah mendaftar akaun.

Kepada anda yang dah ada akaun di myASNB, boleh terus ikuti panduan semakan ASB di bawah.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal myASNB di sini myasnb.com.my.
  2. Pilih Bahasa.
  3. Kemudian, tekan butang LOG MASUK.
  4. Masukkan ID Pengguna dan tekan TERUSKAN.
  5. Sahkan Frasa Keselamatan anda dengan menekan butang YA jika betul.
  6. Seterusnya, masukkan Kata Laluan.
  7. Klik butang LOG MASUK.
  8. Profil anda akan dipaparkan.
  9. Anda boleh membuat semakan ASB dan menggunakan perkhidmatan lain pada menu yang tertera di profil akaun anda.
  10. Selesai.

 

Semak ASB guna aplikasi telefon pintar

Kalau nak lebih mudah. Anda boleh semak ASB menggunakan aplikasi di telefon pintar anda. Caranya boleh dikatakan sama saja dengan menggunakan portal myASNB.

Panduannya seperti di bawah:

  1. Muat turun aplikasi myASNB di Google Play Store atau App Store terlebih dulu.
  2. Dah selesai muat turun, buka aplikasi myASNB.
  3. Anda boleh menukar Bahasa pada bahagian menu sebelah kanan skrin telefon anda.
  4. Kemudian, tekan Log Masuk.
  5. Masukkan ID Pengguna dan tekan Seterusnya.
  6. Sahkan Frasa Keselamatan anda dan tandakan pada butang yang disediakan jika betul.
  7. Masukkan Kata Laluan dan tekan Seterusnya.
  8. Setelah berjaya masuk, anda akan dipaparkan dengan laman profil akaun anda.
  9. Anda boleh semak baki ASB atau meneruskan perkhidmatan lain pada menu yang disediakan dalam profil akaun anda.
  10. Selesai.

 

Apa lagi perkhidmatan lain yang boleh dibuat di myASNB?

Sedikit perkongsian, antara perkhidmatan lain yang boleh anda lakukan di myASNB selain untuk semak ASB adalah seperti ini:

  • Menyimpan maklumat pelaburan.
  • Merekod urusniaga myASNB.
  • Memaparkan penyata akaun.
  • Boleh membuat pelaburan ASB tambahan.
  • Boleh mengemaskini profil peribadi.

Sejujurnya, banyak lagi kemudahan dan kelebihan yang akan anda perolehi dengan myASNB. Hanya dengan membuat ASNB login saja anda dah boleh lakukan pelbagai urusan. Tinggal anda saja untuk terokainya.

 

Kalau tak ada akaun myASNB, macam mana nak daftar?

Bagi anda yang ingin daftar myASNB tapi tidak tahu macam mana. Sila ikuti langkah berikut:

  1. Sila layari Portal myASNB di myasnb.com.my.
  2. Pilih Bahasa dan tekan butang DAFTAR.
  3. Anda akan diminta untuk memuat turun aplikasi myASNB untuk proses pendaftaran.
  4. Sila muat turun aplikasi myASNB di telefon pintar anda.
  5. Buka aplikasi myASNB dan pilih Bahasa pada bahagian menu sebelah kanan skrin telefon.
  6. Kemudian, tekan butang Daftar.
  7. Lengkapkan butiran yang diperlukan seperti:
    • Jenis Pengenalan Diri.
    • Nombor Pengenalan Diri.
    • Nombor Telefon Bimbit.
  8. Sila sediakan Kad Pengenalan (MyKad), Maklumat Peribadi dan Maklumat Akaun Bank untuk melengkapkan pendaftaran.
  9. Tick pada ruangan bersetuju dengan terma dan syarat.
  10. Tekan butang Seterusnya.
  11. Anda akan diminta untuk membuat Pengesahan Nombor Telefon melalui OTP yang dihantar ke nombor telefon anda tadi.
  12. Tekan Seterusnya.
  13. Anda akan dibawa ke laman Maklumat Peribadi.
  14. Sila lengkapkan butiran peribadi anda pada ruangan yang disediakan.
  15. Tekan butang Teruskan.
  16. Kemudian, anda perlu membuat Pengesahan Akaun Bank.
  17. Jika tiada apa-apa masalah berkaitan akaun bank anda yang didaftarkan, tekan butang Ya.
  18. Seterusnya, lengkapkan bahagian Pengisytiharan Diri dan tekan butang Teruskan.
  19. Pada laman berikutnya, sila lengkapkan Maklumat Pekerjaan anda.
  20. Tick pada kotak ruangan maklumat yang diberikan benar, tepat dan lengkap.
  21. Kemudian, tekan Hantar.
  22. Anda perlu membuat Pengesahan Identiti menggunakan MyKad.
  23. Tekan butang Teruskan.
  24. Seterusnya, anda perlu Rakam Video Swafoto anda sambil menyebut 3 digit nombor yang akan tertera di skrin untuk melengkapkan proses identifikasi.
  25. Kemudian, tekan Hantar Video.
  26. Pada laman seterusnya, anda akan diminta untuk melengkapkan Maklumat Log Masuk.
  27. Jika tiada apa-apa masalah, tekan butang Teruskan.
  28. Kemudian, lengkapkan soalan pada bahagian Keselamatan Akaun.
  29. Tekan butang Selesai.
  30. Akhir sekali, anda akan menerima notifikasi Tahniah! Pendaftaran akaun anda berjaya! Sila log masuk untuk meneruskan.
  31. Tamat.

Untuk panduan yang lebih mudah, sila tonton video yang disediakan oleh pihak ASNB sendiri di sini Tutorial Pendaftaran Akaun ASNB.

 

Ada masalah untuk semak ASB?

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan untuk semak ASB dan sebagainya yang berkaitan. Anda boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan ASB di talian 03 – 7730 8899.

Untuk makluman, waktu operasi bahagian ini adalah dari hari Isnin sehingga Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian kami ini dapat membantu anda di luar sana yang nak semak ASB dengan pelbagai cara. Jika terlupa dan tidak ingat, sila semak no akaun ASB anda sebelum berurusan.

Selain itu, untuk anda yang baru saja mendaftar akaun myASNB. Kami nasihatkan anda untuk simpan dan catat ID serta kata laluan akaun anda supaya tak lupa atau hilang.

Semoga bermanfaat.

Categories ASB

4 thoughts on “Semak ASB Guna IC (Cara Check & Daftar myASNB Online)”

Leave a Comment