public.moe.gov.my (Kemaskini Maklumat Murid)


Semua ibu bapa/penjaga dikehendaki membuat pengemaskinian maklumat profil murid bagi Darjah serta Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 & PPKI. Ini adalah penting bagi bantuan persekolahan untuk tahun terkini.

Bantuan ini termasuklah juga seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan-bantuan yang lain. Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat secara atas talian public.moe.gov.my

Kenapa ibu bapa/penjaga perlu kemaskini maklumat murid di public.moe.gov.my?

Ibu bapa/penjaga perlu mengemaskini maklumat murid dengan maklumat terkini kerana:

  • Untuk mengelakkan pengisian berulang kali
  • Untuk membolehkan ibu bapa mendapatkan paparan dan maklumat tentang anak-anak mereka yang sedang bersekolah
  • Untuk mengetahui status kewangan pelajar
  • Untuk membantu sekolah dalam menguruskan kebajikan pelajar

Cara untuk kemaskini maklumat murid melalui public.moe.gov.my

  1. Lawati laman web https://public.moe.gov.my
  2. Daftarkan diri (Bagi pengguna kali pertama)
  3. Tekan butang Pengguna Baru-> Isikan semua medan Daftar Pengguna -> Lepas tu, tekan butang Daftar.
  4. Selepas mendaftar, sila log masuk.
  5. Log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.
  6. Klik pada ikon KEMASKINI MAKLUMAT.
  7. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti Profil Anak Jagaan, Alamat Anak Jagaan dan Maklumat Penjaga
  8. Setelah mengisi semua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang.
  9. Selesai

Cara untuk reset kata laluan public.moe.gov.my kerana terlupa

Jika anda telah terlupa kata laluan atau nama pengguna anda, berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menetap semula dan mendapatkan semula kata laluan anda melalui e-mel atau Soalan Keselamatan:

  1. Tekan Butang Lupa Kata Laluan: Pada halaman log masuk, tekan butang yang bertuliskan ‘Lupa Kata Laluan’.
  2. Isi Semua Medan yang Diperlukan: Anda akan diminta untuk mengisi beberapa maklumat seperti No MyKad/Id Pengguna dan Pengesahan Kod. Pastikan semua medan diisi dengan betul.
  3. Klik Butang Mohon Kata Laluan: Selepas mengisi semua medan yang diperlukan, klik butang ‘Mohon Kata Laluan’.
  4. Pilih Tab Soalan Keselamatan atau Tab Padanan Anak: Anda juga mempunyai pilihan untuk memilih Tab Soalan Keselamatan atau Tab Padanan Anak. Pilih salah satu yang anda rasa paling sesuai.
  5. Semak E-mel Anda: Akhir sekali, semak e-mel anda. Anda seharusnya menerima e-mel dengan arahan selanjutnya berdasarkan e-mel yang telah anda masukkan semasa proses pendaftaran. Ikuti arahan dalam e-mel tersebut untuk menetap semula kata laluan anda.
Categories MOE

4 thoughts on “public.moe.gov.my (Kemaskini Maklumat Murid)”

Leave a Comment