Perniagaan Francais Modal Rendah (Modal Kecil Bisnes Bawah RM50k)


Tak kisahlah anda veteran dalam bisnes atau sekadar mahu survey atau berjinak-jinak dengan francais, anda perlu tahu bahawa perniagaan francais modal rendah memang wujud di Malaysia. Cuma tidak ramai yang mahu berkongsi.

Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan dan berkongsi beberapa perniagaan francais modal kecil yang anda boleh buka dengan harga di bawah RM50k.

Perniagaan francais modal rendah bawah 50k

Nelson’s

Siapa yang tak suka jagung kan? Kalau singgah di RnR, jagung tambah susu sentiasa jadi pilihan.

Bagi yang tidak tahu, Nelson’s bermula dengan konsep jagung dalam cawan sejah dari dahulu lagi. Kini Nelson’s telah berkembang menjadi salah satu jenama terkemuka dengan lebih daripada 1,000 cawangan di Malaysia dan lebih 17 negara.

Tawaran francais Nelson’s sangat sesuai untuk usahawan yang mencari perniagaan francais dengan pelaburan modal yang rendah. Ketahui dengan lebih lanjut di sini.

[su_row]
Maklumat francais Nelson’s
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Pelaburan modal permulaan: RM15,000 –RM60,000
  • Yuran francais: RM5,000 – RM12,000
  • Royalti: Sila hubungi pihak Nelson’s

[/su_list]
[/su_row]

 

The Soya Shop

Air soya memang ada peminat tersendiri. Bukan jenis yang cair dan tawar, tapi soya yang pekat dan ada rasa.

Inilah kelainan The Soya Shop. Mereka menggunakan teknologi tersendiri dan kacang Kanada bukan jenis GMO yang dimasak dalam air bertapis tanpa bahan-bahan pengawet dan bahan-bahan tambahan.

Ini merupakansatu peluang perniagaan francais di Malaysia yang berdaya maju jika anda ingin melabur dalam francais yang memerlukan kos permulaan yang rendah.

[su_row]
Maklumat francais The Soya Shop
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Pelaburan modal permulaan: RM49,000 – RM300,000
  • Yuran francais: RM12,000 – RM60,000
  • Royalti: 3% jualan kasar

[/su_list]
[/su_row]

 

Krista Education Sdn Bhd

Krista adalah satu francais pendidikan di Malaysia.

Mungkin tadika swata ini ramai yang tak biasa dengar kerana ia terletak di bandar-bandar besar dan sederhana sahaja. Tidak seperti Little Caliph, Genius Aulad, Brainy Bunch, Smart Reader Kids, CIC dan macam-macam lagi.

Tapi berani kami jamin bahawa kualiti pendidikan dan pengajaran di Krista sangat-sangat bagus.

Krista mempunyai CAPABLE Pre-school Programme dimana setiap anak-anak kecil akan dibimbing melalui kurikulum pra-sekolah yang komprehensif.

Anak-anak akan didedahkan dengan pelbagai lagi program seperti Child Centred Learning, Academic Foundation, Practical Experiences, Assessment Provisions, Benevolence Incalculation, Learn to Play and Exploratory Endeavours dan macam-macam lagi.

Program-program ini akan membantu anak-anak berfikiran kreatif sejak dari kecil lagi.

[su_row]
Maklumat francais Krista Education
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Pelaburan modal permulaan: RM50,000
  • Yuran francais: RM67,450
  • Royalti: 3% dan RM 600-RM 950 sebulan

[/su_list]
[/su_row]

 

Akhir kata

Perniagaan francais menjadi pilihan kerana ia lebih mudah diurus kerana sistemnya sudah sedia ada. Hanya perlukan modal dan ikut sahaja apa yang telah diajarkan.

Semoga perkongsian berkenaan senarai perniagaan francais modal rendah ini akan memudahkan urusan anda dalam mencari bisnes yang senang diurus dan menguntungkan. Kalau ada duit berkepuk-kepuk, boleh juga melabur dengan perniagaan francais yang lebih besar dan menguntungkan.

Untuk mengelakkan dari ditipu oleh scammer, sentialah rujuk pihak betul-betul bertauliah Malaysian Franchise Association. Tak perlu guna orang tengah kerana risiko ditipu amatlah tinggi. Hati-hati.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment