NILAM Johor Login nilamjohor.edu.my


NILAM Johor adalah satu inisiatif oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai kaedah alternatif bagi memudahkan perekodan aktiviti bacaan NILAM di Negeri Johor. Dengan motto Anak Johor Bangsa Membaca, NILAM Johor boleh diakses melalui laman web https://nilamjohor.edu.my/site/login

Pelajar SJKC, SJKT dan juga SK digalakkan untuk merekodkan pembacaan mereka. Izinkan kami berkongsi.

Apa beza dengan nilamjohor.edu.my dengan iqnilam.moe.gov.my?

Bagus soalan ini.

Seperti yang dimaklumkan di atas, sistem NILAM Johor yang boleh diakses melalui nilamjohor.edu.my adalah satu inisiatif kerajaan negeri Johor. Bebeza dengan IQ NILAM yang boleh diakses melalui pautan iqnilam.moe.gov.my, ia adalah dalam pengurusan peringkat persekutuan dan digunakan untuk pelajar dan guru seluruh negeri-negeri di Malaysia, kecuali negeri Johor.

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor melancarkan portal khas NILAM Johor yang khas untuk pelajar-pelajar sekolah negeri Johor sahaja. Sistem NILAM Johor ini juga dibangunkan oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Bit Extreme Infotech Sdn Bhd .

Macam mana cara nak login NILAM Johor?

Tidak banyak beza cara untuk login NILAM Johor dengan IQ NILAM.

Sila ikuti langkah-langkah mudah untuk login seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi NILAM Johor di sini: https://nilamjohor.edu.my/site/login
  2. Anda anda nampak logo KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
  3. Di bawah logo tersebut, pastikan ada tulisan NILAM Johor
  4. Masukkan ID DELIMa anda di dalam ruangan yang disediakan
    • Untuk pelajar, email tersebut akan bermula dengan m dan berakhir dengan @moe-dl.edu.my
    • Contoh ID DELIMa bagi pelajar ialah [email protected]
  5. Masukkan Kata laluan anda
  6. Tick Paparkan kata laluan untuk melihat password anda
  7. Tekan LOG MASUK
  8. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda kini berada di dalam sistem NILAM Johor khusus untuk pelajar
  9. Selesai

Saya guru, macam mana cara nak login NILAM Johor?

Sebenarnya, cara untuk log masuk NILAM Johor lebih kurang sama sahaja antara akaun pelajar dan guru. Yang membezakannya ialah ID DELIMa sahaja.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas untuk login nilamjohor.edu.my seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi NILAM Johor di sini: https://nilamjohor.edu.my/site/login
  2. Anda anda nampak logo KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
  3. Di bawah logo tersebut, pastikan ada tulisan NILAM Johor
  4. Masukkan ID DELIMa anda di dalam ruangan yang disediakan
    • Untuk guru, email tersebut akan bermula dengan gdan berakhir dengan @moe-dl.edu.my
    • Contoh ID DELIMa bagi pelajar ialah [email protected]
  5. Masukkan Kata laluan anda
  6. Tick Paparkan kata laluan untuk melihat password anda
  7. Tekan LOG MASUK
  8. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda kini berada di dalam sistem NILAM Johor khusus untuk guru
  9. Selesai

Macam mana nak isi rekod bacaan NILAM Johor dalam nilamjohor.edu.my?

Berikut ialah panduan untuk mengisi rekod bacaan dalam nilamjohor.edu.my:

  1. Anda perlu pastikan bahawa anda berjaya login ke dalam sistem NILAM Johor sebelum merekod pembacaan.
  2. Untuk memastikan anda berjaya masuk, anda akan dapat lihat mesej ini: Selamat Datang! Anda mempunyai aktiviti bacaan yang hendak direkodkan hari ini?
  3. Tekan butang Tambah aktiviti bacaan
  4. Anda akan berada di bahagian Klasifikasi Bahan Bacaan
    • Pilih KATEGORI BAHAN
    • Pilih KATEGORI BAHASA
  5. Seterusnya, akan berada di bahagian Maklumat Bahan Bacaan
    • Isikan JUDUL
    • Isikan SINOPSIS
    • Isikan PENGARANG
    • Isikan PENERBIT
    • Isikan TAHUN TERBIT
    • Isikan TARIKH BACA
  6. Tekan butang SIMPAN
  7. Selesai

Macam semak aktiviti bacaan NILAM Johor?

Anda pasti ingin tahu berapa banyak buku yang anda sudah baca bukan? Jangan bimbang, mudah sahaja caranya.

  1. Sila login NILAM Johor terlebih dahulu di nilamjohor.edu.my
  2. Lihat MENU UTAMA di sebelah kiri skrin
  3. Klik Aktiviti Bacaan
  4. Anda akan melihat paparan rekod bacaan yang telah berjaya diisi sebelum ini
  5. Untuk menambah rekod baru, anda juga boleh klik butang Tambah
  6. Selesai

Akhir kata

Diharapkan perkongsian berkenaan NILAM Johor di nilamjohor.edu.my ini akan memudahkan lagi urusan merekod pembacaan buku anda.

Walau bagaimanapun, kami mohon agar semua ibu-bapa membantu anak-anak dalam mengisi borang ini dengan JUJUR. Jika tidak baca apa-apa buku, jangan masukkan kerana ia dikira menipu. Ibu-bapa juga digalakkan untuk memantau bacaan anak.

Walaupun ada hadiah yang diberikan dalam pertandingan NILAM, rasanya tidak beretika jika menang pertandingan NILAM dengan cara yang tidak betul.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

8 thoughts on “NILAM Johor Login nilamjohor.edu.my”

Leave a Comment