Kalkulator LPPSA: Cara Login, Guna & Semak Baki Pinjaman Online


Jika anda seorang penjawat awam, jangan melepaskan peluang untuk menggunakan LPPSA online, iaitu sistem yang membolehkan anda buat pinjaman perumahan.

Dengan menggunakan portal LPPSA online ini, anda boleh login dan buat pengiraan menggunakan kalkulator LPPSA. Jika pinjaman sudah diluluskan, anda juga boleh login LPPSA untuk buat semakan baki pinjaman perumahan.

Penjawat awam juga mahu rumah sendiri

Ketidakstabilan ekonomi dan kos sara hidup yang kian meningkat membuatkan penjawat awam sukar untuk memiliki kediaman sendiri.

Lebih-lebih lagi, kadar harga hartanah yang semakin meningkat dengan harga tidak masuk akal.

Mudah-mudahan, dengan adanya LPPSA online ini, dapat merealisasikan idaman penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri.

Panduan LPPSA online

Izinkan kami berkongsi apa yang kami tahu tentang LPPSA di sini.

 

Apa itu LPPSA?

LPPSA ialah kependekan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).

Ia ditubuhkan bagi mengatasi masalah pemilikan rumah sendiri oleh penjawat awam.

Sungguh, beruntung jika kerja kerajaan bukan?

 

LPPSA login

Untuk masuk ke dalam portal LPPSA, anda perlu login terlebih dahulu.

Ikuti langkah di bawah:

  • Klik LPPSA online di sini: https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/
  • Pilih bahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Masukkan ID pengguna, iaitu nombor kad pengenalan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik Log Masuk

 

Semakan bayaran LPPSA

Untuk membuat semakan bayaran, samada duit sudah masuk atau belum, anda perlu login LPPSA online terlebih dahulu.

Ikut langkah seperti di bawah:

 

Kalkulator LPPSA

Untuk memudahkan pemohon untuk membuat kiraan kelayakan, tersedia Kalkulator Pengiraan Kelayakan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang cukup mudah untuk digunakan.

Ikut langkah di bawah untuk menggunakan kalkulator LPPSA:

  • Klik di sini: https://ebiz.lppsa.gov.my/calculator/
  • Sediakan slip gaji untuk memudahkan proses pengisian maklumat
  • Masukkan gaji pokok
  • Masukkan elaun memangku jika ada
  • Masukkan elaun-elaun lain seperti IPT/EPW, ITKA/ITK, ITJU, dan COLA/BIW
  • Masukkan potongan KWSP
  • Masukkan potongan PERKESO
  • Masukkan potongan cukai pendapatan
  • Masukkan potongan arahan mahkamah, jika ada
  • Masukkan potongan arahan mahkamah syariah, jika ada
  • Masukkan potongan bayaran balik gaji
  • Masukkan potongan bayaran pinjaman perumahan persekutuan, kerajaan negeri atau badan berkanun
  • Di sini, anda boleh melihat jumlah potongan, pendapatan bersih dan jumlah potongan lain.
  • Teruskan mengisi sehingga habis dan klik KIRA

Berikut ialah contoh screenshot kalkulator LPPSA online.

 

Kelayakan pinjaman perumahan LPPSA online

Selain kelayakan daripada segi pendapatan, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat asas untuk memohon pinjaman perumahan kakitangan awam LPPSA.

Pemohon perlulah terdiri daripada warganegara Malaysia yang merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tetap, telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun, sah jawatan dan tidak muflis.

Kriteria penetapan jumlah kelayakan pemohon:

Pembiayaan pertama:

Jumlah bayaran balik pembiayaan perumahan dan potongan yang tertera pada slip gaji tidak melebihi 60% daripada gaji kasar.

  1. Kira pendapatan kasar iaitu gaji pokok + elaun tetap yang merangkumi Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).
  2. Kira pendapatan bersih iaitu pendapatan kasar – potongan wajib bulanan.
  3. Kira Anggaran Bayaran Balik (ABB) – jumlah perlulah tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji kasar iaitu gaji pokok dan elaun tetap.

 

LPPSA baki pinjaman

Ini ialah berkenaan potongan pinjaman perumahan LPPSA.

Kerajaan menerusi surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 13 November 2017 memaklumkan bahawa potongan pinjaman perumahan adalah dikecualikan daripada pengiraan 60% dalam slip gaji pegawai.

Selaras dengan itu, LPPSA telah melakukan semakan semula terhadap kaedah kelayakan pengiraan pembiayaan perumahan dan kini menggunapakai kaedah yang baharu.

Menerusi kaedah kelayakan pengiraan pembiayaan perumahan terbaharu yang dikenali sebagai kalkulator LPPSA itu, LPPSA telah mengumumkan pindaan tambahan bagi membantu pembiayaan penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri.

Dengan pindaan tersebut, jumlah kelayakan adalah berdasarkan pengiraan potongan sebanyak 80 peratus dalam slip gaji dan pendapatan bersih tidak kurang daripada 20%.

 

Borang permohonan LPPSA online

Borang permohonan perlulah diserahkan sekurang-kurangnya satu tahun sebelum bersara dan pinjaman bersama suami isteri wajib disertakan salinan sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan.

Pemohon yang berada di bawah Skim Pencen tempoh pembiayaan adalah tidak melebihi daripada 35 tahun atau tidak melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu.

Manakala bagi pemohon skim KWSP pula tempoh pembiayaan terhad kepada usia tamat perkhidmatan atau 35 tahun yang mana terdahulu.

 

Inisiatif kerajaan Malaysia

Bagi membantu pemohon juga mulai 1 Januari 2019 tempoh bayaran balik pembiayaan perumahan telah dilanjutkan daripada 30 tahun kepada 35 tahun.

Penambahan tempoh pembayaran semula itu secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban penjawat awam apabila jumlah bayaran bulanan  dapat dikurangkan.

Malah lebih ramai penjawat awam berpeluang untuk memiliki kediaman sendiri berikutan perubahan tersebut.

Kerajaan turut melakukan inisiatif dengan menjalinkan kerjasama bersama MBSB Bank Berhad bagi meluaskan kelayakan pemohon bagi Skim Pembiayaan Perumahan LPPSA. Kelayakan pemohon skim tersebut telah diperluaskan kepada pemohon bersama antara penjawat awam dan kakitangan swasta.

Perluasan kelayakan pemohon itu membolehkan rakyat untuk mendapat jumlah pembiayaan perumahan yang lebih tinggi berbanding permohonan yang dilakukan secara individu.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada pasangan suami isteri untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa dengan pengurangan komitmen pembiayaan bulanan.

Bagi penjawat awam pinjaman perumahan kerajaan adalah sumber pinjaman terbaik dalam usaha untuk memiliki kediaman sendiri. Pinjaman yang ditawarkan merupakan pinjaman dengan kadar faedah terendah dan jumlah pinjaman yang diluluskan boleh mencecah sehingga 100%.

 

Akhir kata

Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam merancang untuk membayar pinjaman perumahan kerajaan.

Jika ada Bantuan Sara Hidup, mungkin juga dapat mengurangkan beban anda serba sedikit.

Jemput juga baca tentang CuepacsCare, iaitu insurans takaful yang ada medical card untuk penjawat awam.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment