Kenapa WiFi No Internet Access? (Masalah Biasa HP Android & iPhone)


Memang geram kalau ada logo WiFi, tapi tak boleh guna Internet. Rasa nak marah, tapi sabar. Nak marah, tapi sabar. Mulalah hati ini tertanya-tanya kenapa WiFi No Internet Access. Apa masalah yang sebenarnya?

Kepentingan Internet

Rangkaian talian internet merupakan sesuatu yang amat penting pada kehidupan zaman sekarang, terutamannya pada zaman di mana teknologi sedang berkembang pesat di seluruh dunia mempengaruhi kehidupan seharian manusia.

Ini menyebabkan kebergantungan yang sangat tinggi pada Internet. Tak ada, boleh jadi gila. Ramai yang akan menggelabah jika tak boleh online sebab wifi no Internet access. Bertenang.

Masalah tidak boleh akses Internet

Kemudahan talian mudah alih telah berkembang pesat dikalangan masyarakat sekarang seperti mobile data, jaringan jalur lebar (fiber) dan juga Free wifi hotspot juga semakin pesat berkembang disebabkan permintaan yang tinggi.

Tapi pernah tak anda mengalami masalah seperti talian sambungan internet wifi anda tidak boleh diakses ketika anda sedang melayari sesuatu? Selalunya berlaku pada telefon bimbit Android dan iPhone.

Kenapa WiFi no Internet access?

1. Ada masalah pada peranti modem dan router anda

Kebiasaanya masalah utama adalah disebabkan peranti modem ataupun router anda itu sendiri, ini kerana kemungkinan faktor perisian router anda yang tidak mendapat update software version yang terkini daripada pihak pengeluar mereka sendiri.

Perkara ini sering terlepas pandang oleh pengguna disebabkan modem yang diberikan oleh mereka adalah daripada syarikat telekom sendiri, menyakinkan pengguna bahawa tidak akan berlaku sebarang masalah jika barang daripada syarikat sendiri. Pakar technician juga tidak memberitahu pengguna tentang produk modem itu sendiri menyebabkan ramai orang terlepas pandang hal itu.

Selain daripada itu, periksa semula samada jika router anda rosak seperti lampu yang tidak menyala, kabel sambungan di router terputus dek kerana digigit tikus ataupun mungkin wayar kabel tidak dipasang dengan betul.

Jika lampu di router anda berkelip-kelip ataupun berwarna merah, anda boleh hubungi pihak Internet Service Provider (ISP) anda untuk menyiasat jika talian internet anda mempunyai masalah seperti maintenance.

Jika modem anda tidak ada masalah dan ok seperti biasa, ini mungkin disebabkan faktor yang kedua.

 

2. Ada masalah pada device Android & iPhone itu sendiri

Kadangkala peranti anda sendiri juga boleh menjadi punca masalah mengapa wifi anda tidak boleh diakses.

Masalah ini kadang berlaku akibat peranti pengguna tidak mendapat update latest version daripada pengeluar mereka sendiri disebabkan faktor peranti yang terlalu lama dan ketinggalan zaman.

Anda boleh cuba untuk kemaskini latest version yang terdapat di peranti anda untuk cuba menyelesaikan masalah ini, cuba juga untuk reset semula tetapan anda kepada asal. Jika masalah ini masih berulang, cuba untuk dapatkan nasihat daripada pakar yang perlu.

 

3. Ada masalah berkaitan Internet service provider anda

Selalu jika masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh ISP anda sendiri yang menyebabkan gangguan talian kepada anda dan juga semua pengguna yang lain.

Antara masalah yang menyebabkan gangguan ini adalah seperti kabel di bawah tanah terputus ataupun syarikat telekom anda sedang maintenance server mereka untuk menambahbaik lagi kualiti servis kepada pengguna.

Kalau anda guna UniFi, mungkin boleh cuba guna TM Speedtest untuk check samada talian laju atau tidak.

 

Akhir kata

Tiga perkara di atas adalah merupakan faktor utama mengapa wifi anda tidak boleh diakses ketika melayari sesuatu di laman web mahupun berhubung atas talian.

Persoalan kenapa wifi no Internet access ini perkara kecil sahaja. Terdapat banyak lagi faktor yang boleh mempengaruhi masalah di atas tetapi itu hanya akan berlaku jika antara 3 masalah di atas itu tidak berlaku pada anda.

Untuk pengguna wifi free, anda mungkin akan hadapi masalah ini kerana wifi free biasanya memerlukan anda untuk mendaftar di laman sesawang mereka sebelum menggunakan internet mereka.

Semoga penerangan di atas dapat membantu anda mengapa wifi anda have no internet access, sentiasa ingat untuk memeriksa peranti anda dahulu sebelum menghubungi pihak telekom anda untuk membuat sebarang aduan.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment