Kenapa Laptop Tak Boleh Connect Hotspot? (Masalah WiFi Internet)


Kehidupan seharian kita banyak bergantung kepada penggunaan teknologi dan internet. Untuk menyiapkan kerja di mana sahaja kita berada misalnya, kita perlukan sebuah laptop dan juga internet yang kerap kali disambung dengan penjanaan hotspot melalui telefon pintar kita. Akan tetapi, dari semasa ke semasa akan timbul masalah “kenapa laptop tak boleh connect hotspot?” atau yang seumpama. Maka, kita akan lihat beberapa punca berlakunya keadaan sebegini.

Pertama, laptop anda tidak on wi-fi. Hotspot yang dijana oleh telefon pintar anda adalah dalam bentuk wi-fi, dan apa-apa peranti sama ada telefon pintar, tablet ataupun laptop, memerlukan anda untuk memastikan wi-fi telah on terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda mahu gunakan wi-fi Smart Selangor, pastikan peranti anda memang sedia on.

Kedua, fungsi wi-fi di laptop anda mengalami kerosakan. Ini sesuatu yang boleh berlaku tetapi amatlah jarang. Anda mungkin perlu update driver yang berkenaan dengan fungsi wi-fi di laptop anda agar ia boleh berfungsi semula. Dan jika ia disebabkan oleh virus, maka anda perlu membuat pemeriksaan dalam laptop anda untuk melenyapkan virus tersebut, kerana virus bukan sahaja boleh mengganggu perisian (software) anda, malah perkakasan (hardware) anda juga boleh terkesan. Jika anda masih lagi buntu, anda boleh sahaja menghantar ke kedai untuk mendapatkan nasihat seterusnya.

Ketiga, anda meletakkan kata laluan yang salah ketika hendak mengakses hotspot tersebut. Masalah ini antara yang kerap berlaku maka pastikan anda telah masukkan kata laluan yang betul.

Keempat, anda menetapkan hanya peranti tertentu yang boleh mengakses hotspot tersebut. Apabila ini berlaku, maka anda perlu mendaftar laptop anda sebagai peranti yang dibenarkan untuk menggunaan hotspot tersebut.

Kelima, anda telah mencapai had yang dibenarkan untuk menggunakan hotspot tersebut. Setiap peranti mempunyai kemampuan yang berbeza untuk membenarkan peranti lain mengakses hotspot tersebut. Ada yang membenarkan maksimum 5 peranti, dan ada yang membenarkan 10 peranti. Maka anda perlu periksa penjana hotsptot anda untuk mengesahkan jumlah maksimum yang dibenarkan untuk sambungkan laptop anda ke hotspot tersebut.

Keenam, penjana hotspot anda bermasalah. Kebiasaannya, hotspot dijana oleh telefon pintar anda sendiri. Maka, anda mungkin perlu menukar sebahagian tetapan anda seperti masuk ke bahagian hotspot di telefon anda, kemudian reset Out Of Box (OOB) configuration. Ini merupakan salah satu solusi untuk membenarkan laptop anda connect ke hotspot. Selain itu, anda juga perlu pastikan telefon pintar anda up-to-date kerana kadang-kadang masalah perisian itu sendiri yang menghalang laptop anda dari connect ke hotspot.

Ketujuh, telefon pintar anda terlalu jauh daripada laptop. Penjana hotspot mempunyai had rangkaian tersendiri untuk membolehkan peranti lain menyambung ke hotspot, dan begitu juga laptop mempunyai had capaian tersendiri untuk membolehkan ia mengesan hotspot tersebut. Pastikan kedua-dua peranti anda berdekatan antara satu sama lain ketika anda cuba untuk menjana dan menyambung ke hotspot.

Akhir kata

Kesimpulannya, yang tertera di atas adalah antara faktor kenapa laptop tak boleh connect hotspot.

Pastikan anda cuba untuk mengenal pasti masalah terlebih dahulu sebelum anda cuba untuk menyambung semula.

Leave a Comment