Kemaskini Kata Laluan ASNB (Tukar Password di myasnb.com.my)


Zaman sekarang, semuanya mudah. Hampir semua perkhidmatan atau urusan sudah boleh dibuat secara online. Ini termasuklah untuk tukar password apa-apa akaun yang anda perlukan. Tetapi, bagaimana cara untuk kemaskini kata laluan ASNB?

Tidak perlu risau kerana proses kemaskini boleh sahaja dibuat secara atas talian melalui myasnb.com.my.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara kemaskini kata laluan ASNB secara online

Berikut merupakan cara kemaskini kata laluan ASNB yang boleh dilakukan secara atas talian:

  1. Layari laman web MyASNB di sini https://www.myasnb.com.my.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama MyASNB.
  3. Sila pilih bahasa untuk digunakan BM atau EN.
  4. Tekan Log masuk.
  5. Laman Log Masuk Pengguna akan dipaparkan.
  6. Sila masukkan ID Pengguna pada ruangan yang disediakan.
  7. Tekan TERUSKAN.
  8. Sila pastikan frasa keselamatan anda dengan betul.
  9. Masukkan Kata Laluan.
  10. Klik TERUSKAN.
  11. Anda akan berada di halaman utama akaun anda.
  12. Anda akan menerima notis Kata Laluan.
  13. Sila ikuti langkah yang dinyatakan untuk kemaskini kata laluan ASNB anda.
  14. Masukkan No.Telefon.
  15. Tekan PERMINTAAN TAC.
  16. Anda akan menerima mesej kod TAC melalui no.telefon yang sudah diberikan.
  17. Sila semak mesej anda.
  18. Masukkan Kod TAC yang diterima pada ruangan TAC.
  19. Isi Kata Laluan Semasa.
  20. Masukkan Kata Laluan Baru.
  21. Sila lengkapkan Pengesahan Kata Laluan Baru semula.
  22. Tekan HANTAR.
  23. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan menerima notis Penukaran Kata Laluan anda telah berjaya.
  24. Tekan TUTUP.
  25. Selesai.

PERHATIAN

  • Pastikan anda membaca dan memahami terlebih dahulu syarat untuk menetapkan kata laluan untuk mempermudahkan urusan kemaskini kata laluan ASNB anda.
  • Kata laluan tidak boleh sama dengan frasa keselamatan anda.
  • Kata laluan yang baru tidak boleh sama dengan kata laluan yang lama.
  • Anda mesti menukarkan kata laluan mengikut polisi yang dikehendaki oleh MyASNB.

 

3. Terlupa kata laluan ASNB

Jika anda terlupa kata laluan ASNB anda, anda boleh ikuti cara-cara di bawah:

  1. Layari laman web MyASNB di sini https://www.myasnb.com.my.
  2. Laman utama MyASNB akan dipamerkan.
  3. Tetapkan bahasa pilihan anda.
  4. Tekan Log masuk.
  5. Pada laman Log Masuk Pengguna, klik Lupa Kata Laluan.
  6. Anda akan dibawa ke bahagian Lupa Kata Laluan.
  7. Masukkan ID Pengguna.
  8. Masukkan No. Kad Pengenalan.
  9. Tekan SETERUSNYA.
  10. Anda akan diminta untuk melengkapkan laman Pengesahan Identiti.
  11. Sila jawab 2 Soalan Keselamatan yang tertera.
  12. Tekan SETERUSNYA.
  13. Anda akan menerima mesej kod TAC.
  14. Semak mesej anda.
  15. Masukkan Kod TAC pada ruangan yang diperlukan.
  16. Klik SETERUSNYA.
  17. Anda akan diminta untuk menetapkan semula kata laluan.
  18. Masukkan Kata Laluan Baru.
  19. Masukkan Kata Laluan Baru sekali lagi.
  20. Tekan SETERUSNYA.
  21. Jika tiada sebarang masalah, anda akan menerima notis Penukaran kata laluan berjaya.
  22. Tekan butang TERUSKAN KE LOG MASUK PENGGUNA.
  23. Tamat.

 

3. Boleh kemaskini kata laluan di kaunter ASNB?

Ya.

Anda boleh kemaskini kata laluan atau membuat sebarang urusan yang tidak dapat anda lakukan secara online melalui kaunter urusan ASNB berdekatan anda. Boleh hadirkan diri ke mana-mana cawangan ASNB yang berhampiran.

 

4. Transaksi lain di asnb.com.my

Selain kemaskini password ASNB, ada beberapa lagi perkhidmatan yang anda boleh lakukan secara online”

  • Pendaftaran
  • Pelaburan
  • Jualan Balik
  • Pemindahan & Penukaran
  • Tuntutan Harta Pusaka
  • Permohonan Maklumat Urus Niaga
  • Penukaran Butir Peribadi
  • Seminar Pelaburan 360 Hari
  • Senarai Caj Perkhidmatan
  • Borang-borang ASNB
  • Pusat Maklumat
  • Perancangan Pewarisan
  • Auto Labur
  • Pelaburan Melalui Kad Kredit

 

5. Maklumat lanjut ASNB

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan lanjut atau sebarang aduan tentang ASNB untuk diajukan. Anda boleh menghubungi pihak ASNB di talian 03-7730 8899.

Anda juga boleh menghantar emel kepada [email protected].

 

Akhir kata

Diharapkan agar penulisan ini dapat membantu anda yang ingin tahu cara untuk kemaskini kata laluan ASNB. Semoga artikel ini memberikan pencerahan dan melancarkan lagi urusan anda.

Sedikit peringatan, jika ada di antara anda yang sangat memerlukan duit dan perlu keluarkan duit ASB anda. Pastikan anda check ASB balance anda terlebih dahulu sebelum membuat pengeluaran.

Manalah tahu kalau-kalau duit ASB anda itu tidak berbaloi untuk dikeluarkan.

Orang kata “sediakan payung sebelum hujan”.

Semoga bermanfaat.

Categories ASB

1 thought on “Kemaskini Kata Laluan ASNB (Tukar Password di myasnb.com.my)”

Leave a Comment