Jadual Simpan Duit


Kalau kita ada impian tersendiri, pasti kita akan bekerja sekuatnya untuk merealisasikan impian tersebut. Ada yang simpan duit untuk kahwin, beli kereta, pergi umrah dan macam-macam lagi. Nampak mudah, tapi tidak semudah yang disangka. Untuk membuatkan dan mewujudkan rasa disiplin dalam menyimpan duit, kita memang perlukan jadual simpan duit yang boleh direkod secara harian dan bulanan.

Izinkan kami berkongsi.

Kenapa perlu jadual simpan duit bulanan?

Seperti yang dikongsikan tadi, perlunya jadual untuk menyimpan duit ini adalah untuk membuatkan kita lebih berdisiplin.

Tampal di tempat yang selalu kita lihat seperti dinding ataupun cermin. Maka, dengan adanya jadual, ia akan membuatkan kita lebih rasa komitmen itu.

Macam mana nak simpan duit harian secara konsisten?

Ya, memang sudah untuk konsisten menabung setiap hari. Ada hari-hari yang kita terlupa untuk masukkan duit dalam tabung. Ada masanya kita malas untuk ambil tahu tentang simpanan kerana terlalu penat buat kerja seharian.

Berpandukan perkongsian daripada Nik Nur Alif Faisal melalui Manisfm, tidak mustahil menyimpan RM3,000 dalam masa setahun. Beliau membahagikan cara simpanan mengikut nilai duit.

AmaunCara simpan duit
RM1Masukkan RM1 setiap hari dalam tabung. Jumlah simpanan setahun ialah RM366.
RM5Masukkan RM5 dalam tabung, 2 kali seminggu. Jumlah simpanan setahun ialah RM520.
RM10Masukkan RM10 dalam tabung, 2 kali seminggu. Jumlah simpanan setahun ialah RM1040.
RM20Masukkan RM20 dalam tabung, 2 kali sebulan. Jumlah simpanan setahun ialah RM480.
RM50Simpan mengikut bulan ganjil iaitu bulan 1, 3, 5, 7, 9 dan 11. Jumlah simpanan setahun ialah RM300.
RM100Simpan mengikut bulan genap iaitu bulan 2, 4, 8, 10 dan 12. Jumlah simpanan setahun ialah RM600.

Jadual simpan duit harian

Anda boleh ikut tips yang dikongsikan di atas tadi.

Anda juga boleh set target sendiri berapa banyak mahu simpan. Contohnya, jika anda mahu simpan RM3,000 dalam masa setahun iaitu 365 hari, anda perlu masukkan duit dalam tabung sebanyak lebih kurang RM8 setiap hari.

Untuk mudahkan lagi, kita genapkan RM10 setiap hari. Maka, anda akan dapat menyimpan sebanyak RM3650.

HariSimpanan Harian
1RM10
2RM10
3RM10
4RM10
5RM10
6RM10
7RM10
8RM10
9RM10
10RM10
11RM10
12RM10
13RM10
14RM10
15RM10
16RM10
17RM10
18RM10
19RM10
20RM10
21RM10
22RM10
23RM10
24RM10
25RM10
26RM10
27RM10
28RM10
28RM10
30RM10

Jadual simpan duit bulanan

Jadual ini adalah lebih kepada jangka panjang. Sesuai bagi yang ingin menabung untuk kahwin.

BulanSimpanan Bulanan
JanuariRM833.33
FebruariRM833.33
MacRM833.33
AprilRM833.33
MeiRM833.33
JunRM833.33
JulaiRM833.33
OgosRM833.33
SeptemberRM833.33
OktoberRM833.33
NovemberRM833.33
DisemberRM833.33

Akhir kata

Diharapkan agar jadual simpan duit ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Apa pun alasan anda, simpan duit untuk kesenangan masa hadapan.

Tidak perlu ikut gaya hidup orang lain. Teruskan bersederhana.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment