Harga Minyak Petrol Makin Mahal? Kenapa? Baca Ini Untuk Lebih Faham


Mesti ramai yang terkejut dek kenaikan harga minyak petrol terkini. Orang yang biasa guna RON95, mungkin tidak terasa sangat. Tapi orang yang guna RON97, sangat terasa peritnya. Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Izinkan kami berkongsi.

Harga minyak petrol terkini Mei 2022

Berikut ialah harga minyak petrol dan diesel terkini:

[su_table]

Tarikh Harga minyak RON95 Harga minyak RON97 Harga diesel
26 Mei 2022-
1 Jun 2022
RM2.05 RM4.70 RM2.15
19 Mei 2022-
25 Mei 2022
RM2.05 RM4.33 RM2.15
12 Mei 2022-
18 Mei 2022
RM2.05 RM4.31 RM2.15
28 April 2022-
4 Mei 2022
RM2.05 RM3.94 RM2.15
21 April 2022-
27 April 2022
RM2.05 RM3.81 RM2.15

[/su_table]

Kenapa harga minyak petrol turun naik ikut suka mak bapak dia?

Sabar.

Minyak petrol tak ada mak bapak. Dia memang dicipta oleh Allah sebegitu.

Bertenang.

Ada yang kata ini mainan politik. Tapi kami lebih suka ambil pendekatan pasaran. Sifirnya mudah, kalau harga pasaran mahal, sepatutnya pengguna kena bayar harga minyak mengikut harga pasaran yang turun naik.

Jadi, fungsi kerajaan ialah untuk mengelakkan peningkatan harga melampau. Sebelum ini, ramai yang tak ambil peduli dengan harga minyak. Selepas ia jadi fenomena mingguan, ramai pula yang suka ambil tahu.

Meskipun penyelesaian dengan menetapkan harga minyak petrol secara mingguan mungkin membantu dalam menjimatkan beberapa ringgit untuk minggu seterusnya, namun harga minyak di Malaysia ditentukan oleh pasaran global di mana agak susah untuk menjangkakan kos jangka panjang.

 

Apakah itu RON?

Umum lebih cenderung untuk mengaitkan RON95 dan RON97 dengan kualiti, oleh itu terdapat perbezaan dari segi harga. Namun, RON hanyalah singkatan dari Bilangan Oktana Penyelidikan ataupun Research Octane Number (RON) yang menandakan cabang-cabang hidrokarbon.

 

Apakah beza RON95 dan RON97?

Nombor seperti 95 atau 97 menerangkan bilangan cabang hidrokarbon. Angka ini bukan tentang harga minyak petrol tersebut.

Angka yang lebih tinggi menunjukkan tahap mampatan yang lebih tinggi diperlukannya untuk meledakkan bahan api. Tahap mampatan yang lebih tinggi mungkin menghasilkan pengeluaran kuasa yang lebih banyak, bergantung kepada jenis spesifikasi kenderaan.

 

RON97 lebih baik daripada RON95?

Dengan harga bahan api di Malaysia yang berubah setiap minggu, sesetengah orang dengan berani berhasrat untuk bertukar diantara kedua-dua jenis bahan api ini sekiranya harga dilihat baik.

Namun, menurut peminat kenderaan terkenal Paul Tan, terdapat sedikit perbezaan dari segi kecekapan bahan api di antara RON95 dan RON97. Tan menjalankan kajian dengan menggunakan dua model kereta yang sama dimana kedua-dua jenis kereta model Volkswagen tersebut diisi dengan RON95 dan RON97. Perbezaan jarak batu perjalanan adalah diantara 1.92% hingga 3.15% yang mana menunjukkan perbezaan yang sedikit sahaja.

 

Mengapa sesetengah kereta menggunakan RON97?

Kereta yang berbeza juga memerlukan tahap pembakaran yang berbeza begi menggerakan kereta ke hadapan dengan lebih efisen. Biasanya, enjin kereta yang lebih besar memerlukan tahap pemampatan yang lebih tinggi yang menjadikan kereta tersebut bergerak dengan lancar. Itulah sebabnya kenderaan berprestasi tinggi dan kenderaan yang lebih besar memerlukan RON97 dan bukannya RON95.

 

Bolehkah saya menggunakan RON95 untuk kenderaan bermotor RON97 saya?

Secara teknikal, anda boleh mengisinya dengan RON95 dan ianya akan bergerak. Tak ada masalah. Cuma harga minyak petrol yang berbeza sahaja.

Namun, ia tidak akan bergerak dengan cekap dan menyebabkan banyak kerosakan dalam jangka masa panjang. Enjin dengan keperluan oktan yang lebih tinggi menggunakan RON97 untuk memastikan bahan api tidak terbakar di dalam ruang sebelum palam pencucuh menyala.

Apabila mampatan pembakaran berlaku pada waktu yang salah, ia boleh mengakibatkan masalah yang dikenali sebagai ketukan enjin atau lebih dikenali sebagai engine knocking. Ini juga akan menyumbang kepada prestasi enjin yang perlahan di samping kerosakan jangka masa panjang.

 

Bolehkah saya menggunakan RON97 untuk kenderaan bermotor RON95 saya?

Menurut laporan dari The Star, Greg Engeler dari kejuruteraan produk Chevron berkata bahawa menggunakan bahan api RON97 pada enjin RON97 tidak akan mengakibatkan kerosakan pada enjin. Satu-satunya perkara yang akan terjejas adalah kewangan anda sendiri, kerana tidak ada kelebihan tertentu dari segi prestasi tambahan. RON97 biasa digunakan pada enjin mampatam yang lebih tinggi yang biasanya di sarankan untuk kereta bekapasiti 2,500cc dan ke atas.

 

Apakah perbezaan di antara Petrol dan Diesel?

Secara asasnya, kedua-dua diesel dan petrol berasal dari mineral minyak tetapi ditapis secara berbeza. Penapisan diesel dikatakan lebih mudah dan menghasilkan lebih banyak tenaga semasa pembakaran. Bahan api yang berbeza biasanya dihasilkan untuk jenis enjin yang berbeza.

 

Apakah perbezaan di antara enjin Petrol dan Diesel?

Selain perbezaan yang nyata dalam harga petrol dan diesel di Malaysia, perbezaan yang ketara di antara kedua-dua enjin adalah melalui cara pembakaran berlaku. Enjin petrol mencampurkan bahan api dengan udara dan dimampatkan oleh omboh. Palam pencucuh kemudian menyalakan campuran yang dimampatkan untuk menggerakkan omboh.

Selain itu, enjin diesel memampatkan udara sebelum menambahkan bahan api. Mampatan tinggi menghasilkan suhu dan haba yang tinggi untuk membakar bahan api diesel apabila ditambah. Melalui mampatan, semuanya dilakukan sendiri tanpa palam pencucuh untuk menyalakan pembakaran.

 

Adakah kereta diesel lebih efisien daripada kereta yang guna petrol?

Oleh kerana setiap liter diesel menghasilkan lebih banyak tenaga daripada petrol, ia dikatakan lebih efiseen. Menjadi lebih efisien atau cekap bermaksud memerlukan lebih sedikit diesel untuk menghasilkan jumlah tenaga yang sama dengan petrol.

Tambahan lagi, harga diesel di Malaysia lebih rendah daripada RON95 yang menunjukkannya mempunyai kelebihan yang jelas dari segi kecekapan. Harga minyak petrol selalunya lebih mahal daripada diesel.

Maka, ada yang kata, lebih untung guna diesel!

 

Betul ke kalau guna diesel, ia tak bagus untuk alam sekitar?

The Express UK juga melaporkan bahawa kereta petrol mengeluarkan 10 kali lebih banyak pelepasan karbon, berbanding dengan kereta diesel.

Rujukan kereta berenjin diesel ini dibuat ke atas kereta moden yang telah dilengkapi dengan penapis bagi mengurangkan pelepasan, bukan model lama yang berusia lebih dari satu dekad.

 

Kalau bawa kereta laju, betul ke minyak petrol cepat habis?

Senang cerita, ramai nak tahu, adakah cara pemanduan boleh mempengaruhi penggunaan minyak petrol atau diesel?

Menurut The Economist, Jeremy Clarkson dan kumpulan dari Top Gear melakukan ujian antara Toyota Prius dan BMW M3. Mereka memaksimumkan Prius dan menekan pedal ke keluli sehabisnya, sementara BMW M3 hanya perlu bergerak secara konsisen. Dari segi saiz enjin, kedua-dua kereta itu adalah lebih kurang sama.

Ia adalah enjin 1.5 liter menentang monster 4.0 liter. Hasil kajian menunjukkan bahawa Toyota dan BMW yang mesra alam mempunyai perbezaan yang sangat kecil iaitu 17.2 batu perjalanan per galon berbanding BMW dengan 19.4 batu perjalanan per galon.

Pengertian asasnya adalah semakin anda agresif dengan pemecut, semakin banyak bahan api yang akan dibakar. Sudah tentu, cara lebih baik untuk difahami adalah dengan memiliki dua kereta yang sama dan memandu kedua-dua kereta tersebut dengan cara yang berbeza, namun dengan cara Top Gear, mereka menggunakan BMW berprestasi tinggi untuk menentang Toyota Prius bagi membuktikan betapa cara pemanduan penting dalam penggunaan bahan api.

 

Betul ke tekanan tanyar main peranan dalam meningkatkan kecekapan bahan api?

Laman web tayar Michelin di UK hanya menyatakan bahawa tayar yang kurang mengembung sebanyak 15psi meningkatkan penggunaan bahan api sekitar 6%. Dari masa ke semasa, ini dapat menghasilkan jumlah yang cukup besar. Di samping penjimatan bahan api, tekanan tayar yang betul juga membantu bagi  mengekalkannya untuk jangka masa yang lebih lama dan memastikan cengkamannya tidak terjejas.

 

Akhir kata

Di antara ketiga-tiga jenis bahan api tersebut iaitu RON95, RON97 dan diesel, tidak ada yang lebih baik antara satu sama lain.

Ianya adalah mengenai penggunaan bahan api yang tepat untuk jenis kereta yang betul. Sekiranya anda mementingkan kos untuk jangka masa panjang, anda boleh memuat turun pelbagai model kereta dan tahap kecekapan bahan apinya untuk membantu pembelian anda yang seterusnya.

Teruskan sifat dan amalan menyimpan duit dan jangan membazir. Kalau ada masalah apa-apa nanti, mudah untuk hadapi.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment