Kandungan
FoSIM, pada sekilas pandang
| Atribut | Butiran |
|---|---|
| Nama penuh | Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) |
| URL rasmi | fosim.moh.gov.my (versi terkini di fsis2.moh.gov.my/fosimv2/) |
| Pengendali | Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia |
| Pengguna sasaran | Pengusaha perniagaan makanan, pengimport, pengeksport, pengeluar |
| Tujuan | Pendaftaran perniagaan makanan, permohonan sijil import/eksport, pengesahan label |
| Asas undang-undang | Akta Makanan 1983 + Peraturan Makanan 1985 + Peraturan Kebersihan Makanan 2009 |
| Penalti tidak daftar | Saman maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 2 tahun (Peraturan 3, Kebersihan Makanan 2009) |
Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Inisatif Projek FoSIM (Food Safety Information System of Malaysia) dengan objektif untuk membangunkan dan menyediakan gerbang tunggal bagi industri makanan berpusat. FoSIM login diperlukan untuk akses di fosim.moh.gov.my untuk pelbagai urusan seperti permohonan sijil.
Sistem FoSIM ini digunakan oleh semua pihak yang terlibat dalam perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pemantauan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Kalau kita berniaga, di dalam buku Peraturan Kebersihan Makanan 2009 terdapat Peraturan 3 iaitu "Semua perniagaan makanan wajib didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika anda gagal membuat demikian, anda boleh dikenakan tindakan saman maksimum RM10000 atau penjara maksimum 2 tahun. Jadi, jika anda terlibat dengan perniagaan makanan, kena cakna dengan peraturan ini.
Apa itu FoSIM?
FoSIM ini ialah sistem yang memudahkan anda untuk memohon pelbagai jenis pensijilan seperti permohonan Sijil HACCP, GMP dan Sijil MESTI.
Anda juga perlu berdaftar dengan FoSIM jika ingin melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan keselamatan dan kualiti makanan di Malaysia termasuk aktiviti eksport dan import makanan. Pendaftaran FoSIM ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja.
Macam mana nak login FoSIM di fosim.moh.gov.my?
Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk FoSIM:
- Layari laman web FoSIM: https://fosim.moh.gov.my/
- Klik butang Log Masuk. Sistem akan memaparkan skrin log masuk.
- Masukkan emel.
- Klik Seterusnya.
- Masukkan Kata Laluan.
- Klik Log Masuk.
- Selesai
Tahniah! Anda sudah berjaya log masuk.
Siapa yang perlu daftar FoSIM?
Terdapat empat kategori pengkelasan premis yang perlu berdaftar dengan FoSIM iaitu:
- Kilang makanan
- Katering makanan
- "Outlet" makanan seperti restoran, gerai, warung, kantin dan sebagainya
- Kenderaan yang digunakan untuk menjual makanan seperti "food truck".
Macam mana cara buat pendaftaran FoSIM di fosim.moh.gov.my?
FoSIM login memerlukan E-mel dan Kata Laluan. Pendaftaran di fosim.moh.gov.my memang diperlukan. Jadi, sekiranya anda terlibat dengan aktiviti penjualan makanan, berikut adalah cara untuk anda mendaftar dengan FoSIM:
- Layari https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home
- Klik Daftar.
- Isikan butiran yang diperlukan iaitu:
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan
- Emel
- Nombor telefon bimbit
- Tick pada kotak I'm Not A Robot.
- Tekan SETERUSNYA.
- Skrin seterusnya akan dipaparkan. Anda dikehendaki memilih gambar berdasarkan teks yang diberikan.
- Klik Verify.
- Tekan Seterusnya.
- Skrin Pengesahan Pendaftaran Pengguna akan dipaparkan.
- Teliti semula maklumat yang diberikan dan tick pada kotak pengesahan.
- Tekan Hantar.
- Paparan mesej PENDAFTARAN BERJAYA akan terpapar.
- Tekan OK.
- Anda akan mendapat emel untuk pengaktifan akaun.
Macam mana nak aktifkan akaun FoSIM di fosim.moh.gov.my?
Terdapat 2 jenis pengaktifan akaun FoSIM iaitu:
- Pengaktifan akaun oleh pengguna baru
- Pengaktifan akaun oleh pengguna migrasi dari sistem lama.
Pengaktifan akaun FoSIM oleh pengguna baru
- Anda perlu membuka emel dan membuat pengesahan pendaftaran.
- Klik pada link yang diberi untuk mengaktifkan akaun / kata laluan.
Pengaktifan akaun FoSIM oleh pengguna migrasi dari sistem lama
- Anda perlu membuka emel dan membuat pengesahan pendaftaran.
- Klik pada link yang diberi untuk mengaktifkan akaun / kata laluan.
- Skrin Pengesahan Pengguna akan dipaparkan.
- Isikan nombor identiti yang pernah didaftarkan di FoSIM lama.
- Tekan Hantar.
- Mesej Pengesahan Pengguna Berjaya akan dipaparkan. Klik OK.
- Emel pengaktifan akan dihantar pada emel.
- Semak dan buka emel pengaktifan daripada FoSIM.
- Klik link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun/kata laluan.
Macam mana nak aktifkan kata laluan FoSIM?
Setelah mengaktifkan akaun, anda perlu mengaktifkan kata laluan FoSIM. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Setelah anda menekan link pengesahan, skrin pengaktifan kata laluan akan dipaparkan.
- Masukkan kata laluan. Kata laluan anda haruslah mengandungi:
- 8 hingga 20 aksara
- Huruf besar
- Huruf kecil
- Digit/angka
- Masukkan Kata Laluan lagi sekali untuk pengesahan.
- Masukkan teks pengesahan seperti yang tertera.
- Klik Hantar.
- Notifikasi kata laluan telah berjaya diaktifkan dan proses pendaftaran telah selesai akan dipaparkan.
- Klik Seterusnya untuk log masuk.