ePerolehan Login


Tercari-cari cara log masuk ePerolehan online? Teruskan membaca di bahagian bawah ini untuk login sistem ini samada melalui mobile atau desktop.

Jika anda masih belum register, sila daftar ePerolehan sebagai pembekal terlebih dahulu

ePerolehan merupakan sistem perolehan atas talian, yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara online.

ePerolehan juga berperananan sebagai salah satu cara untuk para pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Sistem ePerolehan secara “paperless” ini sebenarnya lebih mudah, serta menjimatkan kos, masa dan tenaga.

ePerolehan login mobile

Bagi pembekal dan kontraktor yang selalu berada di luar, jika anda mencari-cari pautan yang betul, berikut ialah cara login ePerolehan mobile yang boleh diakses secara online menggunakan telefon bimbit biasa

  1. Download dan install browser Google Chrome
  2. Selepas siap semuanya, layari laman web rasmi ini: https://www.eperolehan.gov.my
  3. Jika anda pengguna Android:
    • Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot)
    • Klik Desktop site
  4. Jika anda pengguna iPhone:
    • Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot)
    • Klik Request Desktop site
  5. Sekarang, anda akan dapat lihat seperti login melalui desktop
  6. Lihat senarai di Pautan Segera
  7. Di sebelah kiri, ada ikon yang berwarna hijau
  8. Klik Log Masuk Ke ePerolehan
  9. Sebagai alternatif, boleh terus simpan pautan ini: https://www.eperolehan.gov.my/ssologin
  10. Masukkan ID Log Masuk
  11. Masukkan Kata Laluan
  12. Klik Log Masuk
  13. Kini, anda sudah login ke dalam sistem ePerolehan online

ePerolehan login desktop

Bagi pembekal dan kontraktor yang berada di pejabat, lebih sesuai menggunakan PC, komputer atau laptop. Berikut ialah cara untuk log masuk ePerolehan:

  1. Layari laman web rasmi ini: https://www.eperolehan.gov.my
  2. Lihat senarai di Pautan Segera
  3. Di sebelah kiri, ada ikon yang berwarna hijau
  4. Klik Log Masuk Ke ePerolehan
  5. Sebagai alternatif, boleh terus simpan pautan ini: https://www.eperolehan.gov.my/ssologin
  6. Masukkan ID Log Masuk
  7. Masukkan Kata Laluan
  8. Klik Log Masuk
  9. Kini, anda sudah login ke dalam sistem ePerolehan online

Cuma ingin maklumkan di sini, ePerolehan login ini hanya sesuai digunakan untuk orang yang menggunakan PC ataupun komputer dan laptop.

Kurang sesuai jika masuk secara mobile menggunakan telefon bimbit kerana paparan sangat kecil. Apa-apa pun, terpulang kepada anda.

Senarai perkhidmatan dalam ePerolehan

Selepas selesai login, anda boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di dalam sistem ePerolehan ini.

Antaranya ialah:

  • Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
  • Menghantar permohonan
  • Menerima Permohonan
  • Menyemak status permohonan
  • Menyerahkan tawaran tender
  • Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
  • Katalog Elektronik (eCat)

Cara daftar ePerolehan

Sebelum boleh login ePerolehan dan masuk tender, anda perlu mendaftar terlebih daulu.

Mana-mana syarikat yang berkelayakan, memang boleh masuk ePerolehan tender.

Jadi, anda perlu buat permohonan pendaftaran untuk ID Log Masuk terlebih dahulu:

  1. Layari laman web rasmi ini: https://www.eperolehan.gov.my
  2. Lihat senarai di Pautan Segera
  3. Di baris kedua, sebelah kiri, ada ikon yang berwarna biru tua
  4. Klik Permohonan ID Log Masuk Dan Kata Laluan Baharu (Pembekal)
  5. Baca terma dan syarat
  6. Masukkan nombor dan aksara Captcha yang dikehendaki
  7. Klik Seterusnya
  8. Klik pada Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas dan mengesahkan bahawa maklumat Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar
  9. Untuk Pengesahan Syarikat, sila masukkan:
    • No. Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF)
    • Nama Syarikat
    • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  10. Pastikan status pendaftaran dengan MOF masih lagi sah dan belum tamat tempoh
  11. Selesaikan hingga selesai
  12. Pada kebanyakan masa, pembekal mengalami masalah untuk dengan nombor pendaftaran MOF
  13. Selesaikan nombor pendaftaran MOF dengan menjadi Pembekal Baharu, dan segala-galanya akan jadi lebih mudah

Cara masuk ePerolehan tender

Walaupun ada banyak perkhidmatan yang disenaraikan di atas, yang paling menarik perhatian dan diminati ialah berkenaan dengan tender.

Mana-mana syarikat yang berkelayakan, tiada halangan untuk masuk ePerolehan tender. Walau bagaimanapun, permohonan tender hanya boleh dipohon oleh syarikat berdaftar dengan MOF sahaja.

Andai kata anda sudah berjaya daftar, sila login ePerolehan dan masuk mana-mana tender yang dikehendaki.

Yang menjadi kesukaran pada awalnya adalalah dalam proses pendaftaran MOF dan ID Login.

Akhir kata

Bagi anda yang mencari rezeki dengan tende kerajaan, kerjalah elok-elok. Jangan sesekali makan rasuah hanya untuk mendapatkan projek.

Ingatlah, duit yang kita makan itu, jika haram, akan sampai pada anak-anak dan keluarga.

Jika ada masalah kewangan, boleh cuba buat pinjaman perniagaan MARA.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “ePerolehan Login”

  1. semoga kerajaan terus dapat membantu rakyat yg memerlukan kerja yg baik…terima kasih kpda info kerajaan yg baik ini semoga terus maju negaraku malaysia

    Reply
  2. Nk tanya apa masalah “operasi tandatangan tidak boleh berlaku pada masa ini” semasa nak hantar sebutharga dan apa maksud status sijil digital “sedia untuk diperbaharui”. Apa yang perlu dibuat. TQ

    Reply

Leave a Comment