STR Fasa 4 Bila Masuk: Tarikh Pembayaran


Pembayaran Fasa 4 bagi inisiatif Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dijadualkan pada bulan November 2023. Walau bagaimanapun, tarikh sebenar belum lagi diumumkan oleh Perdana Menteri, yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan. Pembayaran untuk fasa ini akan dibuat secara berperingkat bermula dari November 2023.

Seperti fasa-fasa sebelum ini, pembayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang layak. Duit bantuan dijangka akan diagihkan sebelum sambutan Deepavali, yang bermula pada 7 November 2023.

Dengan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion, bantuan STR Fasa 4 ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 5.22 juta penerima STR sedia ada dengan bantuan tunai sehingga RM1,200. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

STR Fasa 4 Maybank

Buat masa ini, tidak maklumat mengenai jadual pembayaran STR Fasa 4 melalui Maybank. Namun, berdasarkan tarikh pembayaran semasa STR Fasa 3 terdahulu, ada yang menerima bayaran awal.

Beberapa penerima STR Fasa 3 yang lalu melaporkan bahawa mereka telah menerima bayaran awal, bahkan sebelum jadual pembayaran rasmi bermula. Walaupun maklumat ini berkaitan dengan STR Fasa 3. Untuk pembayaran STR Fasa 4, ia mungkin berbeza.

Untuk maklumat yang paling tepat dan terkini, anda mungkin ingin memeriksa pengumuman rasmi dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau menghubungi Maybank secara langsung.

Categories STR

Leave a Comment