Daftar Shopee Food Rider


Bila sebut sahaja tentang Shopee, siapa sahaja yang tidak kenal dengan rangkaian beli-belah popular ini. Namun, bukan itu sahaja yang ditawarkan oleh Shopee. Untuk pengetahuan anda, Shopee juga turut menawarkan servis penghantaran makanan dan membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk daftar Shopee Food Rider.

Ya, betul! Shopee ada menawarkan peluang pekerjaan untuk sesiapa yang ingin mencari pendapatan bulanan mahupun sampingan dengan menjadi salah seorang food rider mereka. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui macam mana cara nak daftar sebagai Shopee Food Rider. Mari ketahuinya melalui informasi yang kami telah sediakan di sini. Untuk permulaan, apa kata kalau anda fahamkan betul-betul apa sebenarnya Shopee Food Rider ini.

Apa itu Shopee Food Rider?

Shopee Food Rider adalah produk terbaru yang diperkenalkan oleh Shopee sebagai servis penghantaran makanan kepada pelanggan melalui perkhidmatan rider. Melalui produk ini, Shopee telah membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan.

Sama ada anda memang memerlukan pekerjaan ataupun cuma nak buat part-time sahaja. Anda boleh cuba mohon pekerjaan sebagai Shopee Food Rider ini.

Tetapi, sebelum anda ingin memohon pekerjaan ini. Apa kata anda ambil tahu dahulu apakah syarat kelayakan yang diperlukan.

Syarat kelayakan Shopee Food Rider

Kalau nak mohon mana-mana kerja pun mesti kena tahu kelayakan kita ini menepati syarat atau tidak. Jadi, macam itu juga kalau nak mohon kerja sebagai Shopee Food Rider.

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai tempat tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor.
  • Mempunyai motorsikal.
  • Memiliki lesen penuh motorsikal (kelas B2).
  • Ada telefon pintar.
  • Tiada rekod jenayah lampau PDRM.
  • Tidak di blacklist oleh Shopee.

Bila dah tahu layak atau tidak, barulah boleh terus ke next step iaitu cara untuk mendaftar sebagai Shopee Food Rider.

Cara untuk daftar Shopee Food Rider

Di bawah merupakan cara-cara untuk mendaftar:

  • First sekali, sila ke laman web ini shopee.com.my untuk mendaftar.
  • Seterusnya, anda akan di bawa ke halaman ShopeeFood.
  • Sila baca dahulu syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
  • Seterusnya, sila tekan butang DAFTAR SEKARANG.
  • Anda akan dibawa ke bahagian Borang Pendaftaran Rakan-Penghantar ShopeeFood Malaysia.
  • Seterusnya, sila lengkapkan borang pendaftaran pada ruangan yang diperlukan seperti:
    1. Bagaimana anda mengetahui tentang proses pendaftaran rakan penghantar ShopeeFood ini (sila pilih).
    2. Pilih negeri.
    3. Pilih kawasan.
    4. Nama penuh.
    5. Nombor telefon yang mempunyai akaun Whatsapp.
    6. Kewarganegaraan.
    7. Umur.
    8. Lesen motosikal.
    9. Pengalaman kerja sebagai penghantar (sila tick di bahagian Ya atau Tidak).
    10. Nombor telefon rujukan.
  • Selepas itu, sila rujuk ke Terma dan Syarat di sini Terma dan Syarat ShopeeFood.
  • Jika anda sudah memahami kesemua terma dan syarat yang ditetapkan, sila tick pada kotak  Saya sahkan bahawa saya membaca dan setuju dengan semua terma dan syarat daripada ShopeeFood.
  • Kemudian, tekan Submit.
  • Tahniah! Anda telah berjaya memohon sebagai Shopee Food Rider.

Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?

Untuk mengetahui status permohonan anda, anda akan dihubungi oleh pihak ShopeeFood. Jika permohonan anda berjaya, anda akan menerima mesej melalui Whatsapp untuk membuat permohonan rasmi.

Adakah sesi latihan diberikan untuk Shopee Food Rider?

Ya. Sekiranya permohonan anda diterima, anda akan diberikan peluang untuk menjalani sesi latihan secara online.

Seterusnya, selepas sesi latihan online telah selesai. Anda boleh membuat temu janji untuk ke pusat penghantaran ShopeeFood bagi mendapatkan peralatan yang diperlukan.

PERHATIAN

  • Sila bawa kad pengenalan, lesen motorsikal dan penyata bank semasa menghadiri sesi temu janji.
  • Anda harus menyediakan baki sebanyak RM150 di dalam e-dompet ShopeePay anda.

Akhir kata

Kesimpulannya, untuk mendaftar sebagai Shopee Food Rider sangat mudah. Anda hanya memerlukan sedikit usaha dan kelayakan untuk membuat permohonan. Apa-apa pun, kerja sebagai penghantar makanan bukanlah sesuatu yang mudah juga kerana anda memerlukan ketekunan yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu penghantaran makanan.

Walau bagaimanapun, bila anda sudah berjaya menjadi seorang Shopee Food Rider nanti. Lakukanlah pekerjaan itu mengikut kemampuan anda. Jangan terlalu menekan diri dalam mengerjakan sesuatu. Yang penting keberkatan kita dalam mencari rezeki dan keselamatan diri sendiri.

Jangan bawa motorsikal laju-laju. Semoga bermanfaat.

38 thoughts on “Daftar Shopee Food Rider”

  1. SAYA NIZAM RUBAAI INGIN MNDAFTAR SBGAI RIDER SHOPEEFOOD RIDER JOHOR BAHARU. PGALAMAN SBGAI RIDER DOMINOS PIZZA GRABFOOD DAN RIDER CONTRACT PARCEL..BGAIMANA TUK SYA ISI FORM SHOPEE INI..0177369694 NUM FON SYA

    Reply
  2. Saya Mohammad adib bin sayuti ingin mendaftar sebagai rider shopeefood rider selangor. Bagaimana untuk saya isi form shopee ini 01119831380 ini nombor telefon saya

    Reply
  3. Saye amirul shadat ingin mendaftar sebagai rider shopeefood rider selangor. Bagaimana untuk saya isi form shopee ini 01123521184 ini nombor telefon saya

    Reply
  4. saya Kong chee kien mendaftar sebagai shopper food rider Klang Lama bagaimana is kejar shopper food rider nombor Telefon saya 0183767423

    Reply
  5. SAYA MUHAMMAD NAZROL BIN NASHARUDDIN INGIN MENDAFTAR SHOPEEFOOD RIDER K.L BAGAIMANA UNTUK SAYA ISI FORM SHOPEE

    Reply
  6. Sudah 1 hari setengah saya menunggu jawapan/respon dari admin Shopee Food setelah saya isi form secara online. Mohon admin respon segera…
    Md Rezal b Hamdan.
    601126665879

    Reply
  7. Saya ingin mencari pendapatan lebih dgn menggunakan khidmat shoppe food.
    Sila hubungi saya
    01111341874(Abdullah)

    Reply
  8. Hai,anak saya nak daftar tetapi masih belum ada akaun bank,bila nak buka akaun bank tidak benarkan kerana memerlukan surat tujuan utk buka akaun bank.
    Cth surat mendaftar sebagai rider,tetapi bila buat pendaftaran utk jadi rider shopee,syarat memerlukan akaun bank.apa yg perlu dilakukan.
    TQ

    Reply

Leave a Comment