Check Balance SSPN-i (Semak Baki Akaun di ptptn.gov.my)


Adakah anda tahu yang anda boleh check balance SSPN-i anda secara online? Pasti ramai tidak tahu tapi keliru dengan panduannya, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara semak baki akaun SSPN-i secara ringkas bagi memudahkan pemahaman anda.

Persediaan

Kita diwajibkan untuk buka akaun SSPN sekiranya ingin membuat pinjaman PTPTN.

Tapi kita juga boleh gunakan akaun SSPN sebagai akaun simpanan juga.

Jemput baca artikel ini bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang akaun SSPN, SSPN-i dan SSPN- Plus serta cara pengeluaran duit daripada akaun tersebut.

1. Cara check balance akaun SSPN-i

Berikut ialah cara untuk semakan baki akaun SSPN-i anda:

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/
  2. Klik SSPN-i.
  3. Klik Portal Online SSPN-i.
  4. Masukkan MyKad anda pada ruangan No. MyKad Pendeposit.
  5. Masukkan kata laluan anda pada ruangan Kata Laluan.
  6. Klik Hantar.
  7. Selepas anda login ke homepage anda, anda tiba pada laman akaun SSPN-i anda.
  8. Pada sebelah kanan skrin anda, sila pergi ke column no akaun SSPN anda.
  9. Kemudian, klik pada nombor akaun tersebut. (nombor berangka 15) bagi proses panduan semak akaun SSPN-i berjalan dengan lancar.
  10. Anda tiba pada laman penyata akaun SSPN anda.
  11. Pada penyata tersebut akan tertera contohnya:
    • Baki Awal Pada 1HB Februari 2021
    • Simpanan/Pengeluaran Bersih Sehingga March 2021
    • Simpanan Melalui FPX
    • Baki Simpanan Pada March 2021
    • Baki Keseluruhan Simpanan Sehingga March 2021
  12. Anda diberi pilihan untuk Cetak, Lihat Terperinci atau Keluar.
  13. Sekiranya anda klik untuk Lihat Terperinci, anda boleh semak penyata lengkap bagi tahun yang diingini.
  14. Anda boleh semak maklumat terlebih dahulu sebelum klik butang Print.
  15. Selesai.

 

2. Cara daftar SSPN-i secara online

Sekiranya anda masih lagi belum mendaftar akaun SSPN-i, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/
  2. Klik SSPN-i.
  3. Klik Portal Online SSPN-i.
  4. Klik Pendaftaran Online E-SSPN-i.
  5. Anda diperlukan untuk mengisikan maklumat-maklumat berikut seperti:
    • No akaun SSPN
    • Alamat emel
    • Pengesahan alamat emel
    • NOKP penerima manfaat
    • Poskod semasa pembukaan akaun SSPN
    • Kata laluan (kombinasi angka, huruf besar & kecil, simbol)
    • Pengesahan kata laluan
    • Sila masukkan abjad/angka yang dipaparkan
  6. Klik Simpan.
  7. Kemudian, ada notifikasi yang mengatakan pendaftaran anda telah berjaya. Sila semak emel untuk mendapatkan kata laluan. Sekiranya tidak menerima emel dalam tempoh masa 48 jam, sila daftar semula. 
  8. Sila semak emel anda untuk mendapatkan pengesahan pendaftaran.
  9. Klik pada pautan di sini untuk mengesahkan pendaftaran anda.
  10. Apabila notifikasi pendaftaran anda telah berjaya. Anda sedang dialihkan ke laman utama E-SSPN. Sekiranya, tidak berjaya di dalam 5 saat, klik sini bererti proses pendaftaran anda telah selesai.
  11. Selesai.

 

3. Ada masalah untuk buat semakan SSPN-i?

Sekiranya anda mempunyai masalah, boleh hubungi:

  1. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03-2193 3000
  2. Pusat Panggilan (Careline) ini dibuka dari hari Isnin – Jumaat, dari 9.00 pagi – 5.00 petang

Selain itu, anda juga boleh kemukakan pertanyaan di  e-Aduan PTPTN.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian tentang cara check balance SSPN-i telah memudahkan lagi urusan anda.

Jika sudah buat semakan dan masih berbaki, boleh keluarkan duit SSPN di kaunter bank.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment