Cara Tukar Password Gmail (Sebab Terlupa Kata Laluan)


Kalau takut akaun diceroboh, macam mana mahu buat? Dan kalau terlupa kata laluan Gmail, apa yang perlu dilakukan? Izinkan kami berkongsi cara tukar password Gmail dengan mudah.

Sedikit tentang Gmail

Google Mail ataupun Gmail merupakan sebuah servis emel ataupun electronic mail percuma yang dibangunkan oleh Google. Mula dilancarkan pada 1 April 2004, pengguna Gmail kini telah mencapai 1.5 billion orang setakat bancian yang dilakukan pada tahun 2018.

Dengan adanya Gmail, pengguna boleh menghantar surat atau mail secara atas talian (online). Servis emel ini didatangkan sekali dengan servis lain yang ditawarkan oleh Google sekiranya anda mencipta akaun Google anda secara online.

Antara servis yang disediakan termasuklah Google Drive, Google Maps, Google Classroom, serta mempunyai link dengan laman video online yang popular iaitu Youtube.

Kini, Gmail semakin maju dengan pelbagai fungsi dan kemudahan yang diperkenalkan oleh Google. Antaranya termasuklah fungsi menapis emel berbentuk spam dan malware, sebagai satu langkah keselamatan.

Memandangkan Gmail merupakan servis yang dibangunkan oleh Google dan didatangkan sekali dalam pakej bersama dengan kemudahan lain, maka anda hanya perlu mencipta akaun baru Google, dan anda boleh akses kesemua kemudahan ini.

Cara nak tukar kata laluan akaun email

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana anda perlu menukar password untuk sesebuah akaun yang anda cipta/daftar secara online? Perkara sebegini mungkin biasa dialami, termasuk pengguna Gmail.

Kadangkala, anda misalnya sebagai pengguna Gmail, anda mengambil keputusan untuk menukar kata laluan anda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seperti anda terlupa kata laluan anda sepenuhnya, ataupun anda ingin menukar kata laluan anda atas faktor keselamatan, seperti orang lain telah mengetahui kata laluan anda dan boleh akses ke akaun Google anda pada bila-bila masa sahaja, termasuk Gmail.

Terdapat dua cara untuk menukar kata laluan anda dengan mudah, dan dua cara ini adalah bergantung dengan situasi anda.

Di bawah dijelaskan langkah untuk dua cara ini. Panduan asal dalam Bahasa Inggeris ada di sini: https://support.google.com/mail/answer/41078

 

Cara tukar password Gmail (handphone hilang, kata laluan lemah)

Antara situasi yang membuatkan anda mahu tukar password ialah kata laluan itu lemah. Antara lain, handphone anda hilang dan anda tidak mahu orang lain ceroboh masuk dan tukar semua servis Google anda.

Ikut cara-cara di bawah:

  1. Cari Google di browser
  2. Apabila tiba di laman depan Google, tekan butang Sign in berwarna biru yang terdapat di bahagian kanan atas laman.
  3. Di ruang seterusnya, akan tertera ruang untuk memasukkan emel atau nombor telefon. Masukkan salah satu pada ruangan itu, dan pastikan nombor telefon yang ingin dimasukkan di ruang tersebut telah didaftar pada akaun Google anda.
  4. Tekan Enter, atau tekan butang Next.
  5. Pada laman seterunya, masukkan kata laluan anda pada ruangan yang disediakan.
  6. Tekan Enter, atau tekan butang Next.
  7. Anda akan dibawa semula ke laman hadapan Google. Scroll ke atas dan tekan butang berbentuk bulat yang tertera initial kepada nama yang anda daftarkan di Google Account
  8. Tekan butang Manage your Google Account. (Anda juga boleh menekan butang mempunyai logo petak bersama corak sembilan ketul biji halus. Anda akan ditunjukkan senarai produk milik Google yang anda boleh gunakan. Tekan butang Account)
  9. Pada laman seterusnya, tekan tab Personal info.
  10. Cara tukar password Gmail ini memerlukan anda untuk scroll sedikit ke bawah sehingga anda jumpa section Password, yang mengandungi password anda yang di-encrypt, serta tarikh yang menunjukkan kali terakhir password anda ditukar. Tekan section tersebut.
  11. Pada laman seterusnya, anda diminta untuk memasukkan sekali lagi password untuk mengesahkan bahawa anda yang sedang ingin menukar password akaun anda. Masukkan password anda di ruangan yang disediakan.
  12. Pada laman seterusnya, di ruangan New password, masukkan password baru yang anda ingin gunakan untuk akaun Google anda. Password anda wajib mempunyai minimum lapan aksara, dan anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan password yang sama seperti di mana-mana akaun lain milik anda untuk mengelakkan security breach.
  13. Pada ruangan Confirm new password, masukkan semula kata laluan baru anda.
  14. Tekan butang CHANGE PASSWORD.

 

Cara tukar atau reset password Gmail sebab terlupa kata laluan

  1. Cari Google di browser
  2. Apabila tiba di laman depan Google, tekan butang Sign in berwarna biru yang terdapat di bahagian kanan atas laman.
  3. Di ruang seterusnya, akan tertera ruang untuk memasukkan emel atau nombor telefon. Masukkan salah satu pada ruangan itu, dan pastikan nombor telefon yang ingin dimasukkan di ruang tersebut telah didaftar pada akaun Google anda.
  4. Tekan Enter, atau tekan butang Next.
  5. Seterusnya, tertera ruang untuk memasukkan kata laluan. Memandangkan anda terlupa kata laluan, tekan link Forgot password?
  6. Akan tertera bahagian Account recovery. Di ruangan Enter last password, masukkan kata laluan terakhir yang anda ingat apabila anda menggunakan akaun anda. Jika anda tidak ingat, tekan link Try another way.
  7. Jika anda tekan Try another way, akan tertera pula langkah lain untuk mendapatkan emel anda.
  8. Tekan Text untuk mendapatkan kod pengesahan daripada Google berbentuk teks mesej, manakala Call untuk mendapatkan kod daripada panggilan telefon.
  9. Sekiranya anda tekan butang Text, masukkan kod pengesahan enam digit yang anda dapat melalui SMS (hanya boleh dihantar sekiranya anda daftarkan nombor telefon anda di akaun Google anda)
  10. Sekiranya anda tekan Call, masukkan kod pengesahan enam digit yang anda dapat melalui panggilan telefon daripada Google (hanya boleh dihantar sekiranya anda daftarkan nombor telefon anda di akaun Google anda)
  11. Walaupun menggunakan cara tukar password Gmail ini nampak mudah, sekiranya anda berada di dalam situasi tidak boleh melakukannya kerana mungkin tidak mempunyai telefon pintar di sekeliling, tekan butang Try Another Way.
  12. Di ruangan seterusnya, masukkan nama tengah bapa anda yang anda setting di akaun Google anda. Jika anda tidak ingat, tekan butang Try Another Way.
  13. Di ruangan seterusnya, masukkan alamat emel lain yang Google boleh gunakan untuk menghubungi anda.
  14. Buka emel kedua tersebut, dan masukkan kod pengesahan yang dihantar oleh Google.
  15. Kemudian, periksa SMS di telefon anda. Sekiranya ada mesej daripada Google yang bertulis Is it you trying to recover your account?, tekan butang Yes.
  16. Kemudian, anda akan tiba di laman seterusnya yang meminta anda untuk memasukkan kata laluan baru di ruangan Create password.
  17. Kata laluan atau password anda itu mestilah minimum lapan aksara, mempunyai gabungan abjad dan nombor, serta simbol. Di ruangan Confirm, masukkan semula kata laluan baru anda.
  18. Penukaran kata laluan anda berjaya.

 

Akhir kata

Hati-hati dengan scammers online. Pastikan anda tidak menggunakan password yang lemah.

Jangan terlalu selesa jika password Gmail anda mudah untuk diingati.

Ada 10 jenis password yang paling ramai orang guna.

  1. 123456
  2. 123456789
  3. qwerty
  4. password
  5. 111111
  6. 12345678
  7. abc123
  8. 1234567
  9. password1
  10. 12345

Mohon elakkan dari menggunakan default password seperti di atas.

Elakkan dari dicerobohi. Jaga diri.

Teruskan untuk menjaga keselamatan akaun anda, dan elakkan password daripada diceroboh. Jika anda guna Unifi di rumah dan ada masalah, jemput baca cara tukar password Unifi pula.

Semoga bermanfaat.

54 thoughts on “Cara Tukar Password Gmail (Sebab Terlupa Kata Laluan)”

  1. salam..sesiapa bole tolong sy…sy terlupa password gmail sy..skrg fb sy dh log out..sy x ingat password dia…bila taip forgot password masuk kat acc gmail tu..no hp tu yg lama…jd x bole nk reset…ada sesiapa bole bantu

    Reply
  2. Aku org Selangor 13 tahun,mcm mana nk tukar password menggunakan 4 ic belakang?sbb cikgu ASK aku kata,dia gunakan 4 ic belakang untk reset password smua murid dan buat pasword seklh

    Reply

Leave a Comment