Cara Print Sijil Vaksin COVID-19 dari MySejahtera (Digital Certificate)


Tahniah jika anda sudah mendapat 2 dos suntikan vaksin. Tak kisahlah vaksin kayangan Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan lain-lain, yang penting anda sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin yang sayangkan negara. Sekarang, macam mana cara print sijil vaksin untuk membolehkan anda dine-in di kedai makan atau rentas daerah mahupun rentas negeri untuk berjumpa orang yang tercinta?

Izinkan kami berkongsi.

1. Macam mana cara nak dapatkan sijil vaksin COVID-19?

Seperti yang dinyatakan di atas, anda hanya akan dapat sijil vaksin apabila anda selesai mendapat 2 dos suntikan yang lengkap. Petugas di PPV akan membantu anda menyemak sijil vaksin anda sebelum melangkah keluar dari PPV.

Walau bagaimanapun, ada beberapa kes di mana anda tidak dapat melihat sijil vaksin anda di MySejahtera kerana masih lagi belum dikemaskini oleh petugas yang menyuntik anda.

Sila tunggu 24-48 jam untuk proses kemaskini dan semak semula MySejahtera. Tidak perlu mengamuk di lokasi PPV jika masih belum keluar digital certificate di aplikasi MySejahtera anda.

 

2. Macam mana cara nak print sijil vaksin dari MySejahtera?

Jangan salah faham dan jangan terpedaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan berbayar untuk mencetak sijil digital vaksinasi anda. Itu semua scam.

Maksud print sijil vaksin di ini bukan bermakna anda perlu cetak atas kertas. Anda boleh lihat terus daripada aplikasi MySejahtera.

Berikut ialah langkah-langkah untuk print sijil vaksin dari MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Jika keluar antaramuka untuk Check-in, klik Close
  3. Sekarang, anda berada di muka hadapan MySejahtera
  4. Abaikan paparan di muka hadapan yang mempunyai beberapa pilihan iaitu:
    • COVID-19 Status
    • COVID-19 Vaccination
    • COVID-19 Self Test
    • Digital Health
    • Hotspot
    • Helpdesk
    • Emergency
    • Health Facilities
    • More
  5. Terus pergi ke bahagian bawah sekali yang mempunyai beberapa pilihan iaitu:
    • MySejahtera
    • Statistics
    • Check-in
    • Profile
  6. Klik Profile
  7. Scroll laju-laju ke bahagian paling bawah
  8. Akan ada paparan yang menunjukkan sijil digital vaksin anda
  9. Screenshot siap-siap untuk simpanan
  10. Contoh sijil digital vaksin adalah seperti di bawah:

[su_panel]

 

 

[/su_panel]

 

3. Perlu cetak sijil digital vaksinasi atau tunjuk sahaja?

Mengikut laporan Sinar Harian, jika anda ingin melakukan perjalanan rentas daerah atau rentas negeri, anda hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi yang dipaparkan di dalam aplikasi MySejahtera .

Anda hanya perlu keluarkan telefon bimbit dan tunjukkan kepada penguatkuasa ataupun pihak PDRM apabila melalui sekatan jalan raya (SJR).

Tambahan lagi, jika anda mahu dine-in di kedai-kedai makan atau menghadiri aktiviti sosial lain, anda juga perlu menunjukkan sijil vaksin ini.

Sekali lagi, ini hanya terpakai kepada mana-mana individu yang lengkap menerima 2 dos vaksin COVID-19.

 

4. Macam mana kalau bateri telefon habis, tak boleh tunjuk sijil vaksin?

Selain aplikasi MySejahtera yang merekodkan suntikan vaksin, anda juga akan menerima kad vaksinasi yang boleh dilipat dua.

Sebagi langkah berjaga-jaga, anda boleh laminate kad ini dan simpan di dalam dompet. Boleh kemukakan kad vaksinasi tersebut sekiranya diminta untuk buat pengesahan.

 

5. Kalau sijil digital vaksin MySejahtera hilang?

Jangan panik. Kad vaksinasi anda mungkin boleh hilang, tetapi sijil digital anda sebenarnya tidak hilang.

Jika kad vaksinasi hilang, cuba cari sampai dapat. Jika tidak jumpa juga, cuba login MySejahtera dan print sijil digital. Tidak boleh masuk ke dalam aplikasi MySejahtera tidak bermakna sijil digital vaksin anda hilang. Boleh ikuti cara reset password MySejahtera.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian mengenai cara print sijil vaksin ini akan memudahkan urusan rentas daerah dan rentas negeri anda.

Jangan takut jika kena tahan oleh pihak berkuasa. Jika sudah lengkap 2 dos vaksinasi, buat apa mahu takut bukan?

Bagi yang belum ambil vaksin dan belum ada aplikasi My Sejahtera, silalah mendaftar MySejahtera untuk kebaikan kita semua dan kesejahteraan negara. Nampak kecil, tapi hakikatnya, sumbangan anda sangat besar.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Print Sijil Vaksin COVID-19 dari MySejahtera (Digital Certificate)”

Leave a Comment