Cara Order Roti Gardenia Untuk Doorgift Kahwin (Harga Borong)


Ada masanya, kita perlu dapatkan roti Gardenia secara pukal atau secara banyak kerana ada majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan. Jadi, jika anda mahu dapatkan doorgift kahwin untuk majlis kenduri kahwin terus daripada pembekal, ikuti cara order roti Gardenia ini.

Jom kita tengok.

Cara order roti Gardenia untuk doorgift

Tidak perlu guna email. Tidak perlu hadirkan diri ke kilang Gardenia pun. Guna telefon sahaja sudah mencukupi.

  1. Hubungi nombor telefon Gardenia di talian 03-5161 3228
  2. Maklumkan kepada pihak Gardenia perkara berikut:
    • Jenis roti yang ingin dibeli
    • Berapa banyak atau berapa jumlah roti yang ingin dibeli
  3. Pihak Gardenia akan maklumkan harga roti yang dipinta
  4. Pihak Gardenia akan berikan email dan nombor akaun bank untuk anda buat pembayaran
  5. Sila buat pembayaran dan save resit dalam format PDF
  6. Hantar email ke alamat email yang diberi oleh pihak Gardenia dan sertakan maklumat berikut:
    • Resit pembayaran dalam format PDF
    • Nama
    • Nombor telefon
    • Alamat
    • Tarikh penghantaran roti
    • Jumlah roti Gardenia yang anda order
  7. Selesai

Untuk makluman, maklumat ini dikongsikan oleh Nurshahira Rosli di Facebook.

 

Kenapa bagi doorgift kahwin roti Gardenia?

Akhir-akhir ini, ramai yang memberikan roti sebagai doorgift kerana lebih cantik, mudah dan trendy. Lagipun, kalau ikut zaman dulu-dulu yang buat bunga telur, agak leceh untuk buat.

Kalau beli roti, kan lebih mudah. Tidak membazir kerana biasanya akan dimakan apabila dibawa balik ke rumah masing-masing.

 

Berapa harga borong roti Gardenia?

Mohon maaf kerana tidak ada maklumat terkini. Namun, menurut Nurshahira Rosli yang menulis pada tahun 2020, roti putih Gardenia biasa berharaga RM2.65.

 

Berapa harga penghantaran atau delivery roti Gardenia?

Menurut Nurshahira Rosli lagi, tiada caj penghantaran. Percuma sahaja sehingga samapi ke depan pintu rumah atau lokasi kenduri kahwin tersebut.

 

Macam mana jadual penghantaran roti Gardenia?

Seperti yang dimaklumkan, jadual penghantaran adalah bergantung kepada maklumat yang anda email kepada pihak Gardenia.

Sila berurusan dengan pihak mereka untuk tarikh-tarikh tertentu seperti mahu sampai 1 hari awal atau sebaliknya.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara order roti Gardenia untuk doorgift kahwin ini akan memudahkan lagi urusan dan persediaan perkahwinan anda.

Jangan menggelabah sekiranya kalau tak dapat beli di saat akhir. Rancang dahulu semuanya baik-baik.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Order Roti Gardenia Untuk Doorgift Kahwin (Harga Borong)”

  1. Saya nak tahu harga semua item dibawah untuk buat doorgift

    1.Original Classic
    2.Muffins
    3.Twiggies (All Flavour)
    4.QuickBites (Semua Perisa)
    5.Sambal Tenggiri
    6.Kari Ayam
    7.Ikan Bilis
    8.Gardenia Numee

    Dan apa kelebihan yang saya dapat kalau order.. saya nak dalam 900 pcs

    Reply

Leave a Comment