Cara Menjadi Penulis Blog (Dan Jana Pendapatan Sampingan)

Macam mana cara menjadi penulis blog, iaitu seseorang yang boleh menulis dengan baik dan menghasilkan artikel yang berkualiti serta bermanfaat? Benar, tak semua orang ada bakat ini. Namun, dengan sedikit ilmu, ia tidak susah. Dalam masa yang sama, boleh juga tambah pendapatan.

Jana pendapatan sampingan dari rumah?

Benarkah memang boleh jana pendapatan sampingan tanpa modal dari rumah dengan hanya menjadi penulis blog?

Sebenarnya, boleh.

Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan iklan-iklan dari Google Adsense, atau Innity. Ini adalah antara dua jenama atau syarikat yang paling mudah untuk kita bermula.

Cara menjadi penulis blog

Menulis itu tidaklah susah. Namun, untuk menjadikan ia menarik dan bermanfaat, perlukan sedikit ilmu. Ikut perkongsian di bawah ini.

Beralih dari Facebook

Kalau kau jenis orang yang selalu menulis di Facebook, kini tibalah masanya untuk kau bertukar ke blog pula.

Kenapa blog?

Blog adalah milik diri sendiri. Manakala, Facebook itu milik Mark Zuckerberg. Bila-bila masa sahaja dia boleh hentikan dan sekat blog kita.

 

Buat blog dahulu

Belajarlah sedikit, bagaimana untuk mendaftar Blogspot atau WordPress. Mulakan dengan yang percuma dahulu.

Lama-kelamaan, kau akan biasa dan akan tiba satu masa nanti, kau mahu bertukar ke domain sendiri.

Panjang ceritanya nanti.

 

Tulis dan terus menulis

Cuba disiplinkan diri untuk tulis artikel setiap hari. Tak semestinya perlu publish.

Yang penting di sini, biarkan otak selalu berfikir dan jari-jemari terus menari untuk membiasakan diri.

Akan tiba satu hari nanti, kalau tak menulis, rasa tak lengkap.

 

Untuk jadi penulis blog, jangan takut kena kecam

Memang kadang-kadang kita takut untuk menulis kerana bimbang kena kecam.

Tapi, kalau tak tulis, macam mana nak tahu orang suka atau tidak?

Jangan terlalu takut. Buat sahaja.

 

Jadi penulis blog, jangan hanya fikirkan duit

Tulis biarlah dengan hati dan perasaan. Jangan sesekali tulis hanya untuk dapat duit. Biarlah sesuatu yang kita tulis itu adalah datang dengan passion dalam diri.

 

Sabar dan terus sabar

Untuk mendapatkan trafik, iaitu kunjungan pelawat yang tinggi, bukan sesuatu yang mudah. Kadang-kadang, akan ambil masa bertahun-tahun.

Bina kredibiliti terlebih dahulu.

 

Jangan copy paste

Apa hukumnya jika ambil konten dari blog orang lain tanpa kredit langsung?

Aku rasa, kau sendiri tahu jawapannya.

Tambahan lagi, bila ambil konten yang ditulis oleh orang lain, tidak nampak originaliti.

 

Akhir kalam

Cara jana pendapatan sampingan dari blog

Harus diingat, perkongsian ini bukanlah mengenai cara menjadi penulis buku, novel, skrip, lirik mahupun ebook.

Ini hanyalah semata-mata bagaimana cara menjadi penulis blog yang menulis artikel yang bermanfaat.

Jika ingin melihat bagaimana penulis blog menjana pendapatan sampingan, lihat senarai blogger itu di artikel mengenai tempat menarik di Malaysia.

Kebanyakan dari mereka, hanya makan komisen tempahan dari Booking dan Agoda.

Semoga ini membuka sedikit mata anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment