Cara Nak Buat Blog Guna WordPress (Berbayar, Bukan Percuma)


Mesti kau pernah tengok orang lain ada blog, dan kau pun terfikir nak ada blog juga. Sebenarnya, tak susah mana pun. Ikuti cara nak buat blog guna WordPress yang akan kami kongsikan seperti di bawah ini.

Ini adalah platform WordPress yang berbayar. Kalau nak yang percuma boleh pergi ke WordPress atau yang satu lagi Blogspot.

Cara buat blog

Ada beberapa perkara yang kau kena ambil tahu sebelum mula buat blog.

  1. Domain
  2. Hosting
  3. SEO

Tiga perkara di atas adalah sangat penting sebelum kau mulakan perjalanan kau dalam dunia blog. Aku tak kata susah, cuma kau akan perlukan masa untuk jadi expert.

 

#1 Buat blog dengan domain sendiri

Kau kena beli domain. Ini bukan percuma. Aku tak tunjukkan macam mana cara nak beli. Tapi kau boleh beli di beberapa tempat yang aku rasa bagus:

  • Namecheap
  • GoDaddy

Kalau kau nak beli .my, kau boleh rujuk MyNIC

Ada beberapa perkara yang kau perlu ambil peduli dalam proses beli domain name. Yang paling penting ialah branding. Kalau kau nak beli ikut nama syarikat kau, tak ada masalah. Ikut selera masing-masing.

Cuma pada pendapat aku, biarlah blog kau itu ada brand atau jenama yang mudah diingati.

 

#2 Buat blog dengan hosting VPS

Aku tak cadangkan kau guna shared hosting. Ada banyak sebab aku tak recommend. Yang paling utama ialah bila kau guna shared hosting, blog kau akan jadi slow.

Mula-mula, kau rasa memang laju. Tapi bayangkan kalau ada banyak blog lain dalam satu server, mesti berat.

Jadi, ini cadangan aku:

  • Digital Ocean
  • Linode
  • Vultr

 

#3 Nak buat blog, mesti fokus SEO

Kau boleh tulis apa yang kau nak. Tapi apa guna kalau kau tulis, tapi tak ada orang baca?

Maka, di sinilah pentingnya SEO.

Ini cadangan aku:

  • Yoast SEO plugin

 

Akhir kata

Kalau kau masih lagi belum biasa dan belum tahu cara nak buat blog, kau kena belajar. Kau boleh baca banyak panduan di Google dan di YouTube untuk beginner.

Sebenarnya, memang tak susah kalau kau dah biasa. Dah siap setup, baru boleh join kelas SEO untuk naikkan ranking.

Aku doakan agar impian kau untuk ada blog sendiri tercapai. Kalau kau bercadangan nak buat blog untuk bisnes kau, aku doakan agar perniagaan kau juga berjaya.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment