Cara Memilih Domain Name (Beli Untuk Blog Bisnes & Peribadi)


Aku dapat rasakan, yang kau baru nak mula buat blog bisnes kau sendiri. Kalau tidak pun, untuk personal website. Kenapa? Aku dapat agak yang sekarang kau rasa tak seronok guna Blogger atau WordPress biasa. Persoalannya, macam mana cara memilih domain name yang bagus? Izinkan aku kongsi.

Sebelum itu, kalau kau dah ada domain, kau kena fikir juga berkenaan hosting. Jemput baca cara memilih web hosting di Malaysia dan Singapura.

 

Cara memilih domain name

Aku cuma tulis seringkas mungkin. Ini semua adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Tak ada paksaan.

Beli domain .com

Aku lebih suka .com dari .com.my atau .my. Pertama, proses pembelian sangat mudah. Kau boleh beli dari Namecheap atau Godaddy.

Pilihan aku, Namecheap sebab murah dan ada Privacy Protection.

 

Beli domain yang pendek

Kau jangan beli domain yang panjang-panjang seperti namaakuaiman.com. Kalau nama kau Aiman, dan kau nak beli domain, aku cadangkan kau tambah perkataan lain di belakang atau depan.

Contohnya, aimangreat.com , aiman123.com ataupun akuaiman.com.

Lebih pendek dan mudah diingati.

 

Beli domain yang mudah disebut

Kau tak payah nak nampak gempak sangat dengan domain yang mumbo-jumbo. Memanglah nampak unik, tapi sukar untuk orang lain sebut.

 

Jangan beli domain dengan dash (-)

Elakkan beli domain bersekali dengan dash (-). Contohnya, nasi-ayam-pakistan.com.

Kau ingat orang lain ada masa nak tapi dash?

Percayalah, nasiayampakistan.com itu lebih baik dari nasi-ayam-pakistan.com

Yang diatas itu hanyalah sekadar contoh.

 

Beli domain dengan keyword yang kau mahu target

Ini kalau kau faham apa itu fungsi SEO.

Dalam SEO, kalau kau nak rank untuk satu-satu keyword, kau boleh cuba beli Exact Match Domain (EMD). Kalau tak dapat penuh sekalipun, dapat sebahagian perkataan pun sudah cukup.

Contohnya, kalau kau jual kerepek, masukkan perkataan kerepek dalam domain itu.

Kalau kau jual kerepek ubi, cuba beli terus kerepekubipedas.com. Dengan cara sebegini, peluang kau untuk rank ke nombor satu dalam carian Google adalah lebih cerah.

Cuma masalahnya di sini, nampak macam tak komersial.

Dah kenapa kena guna kerepekubipedas.com kalau aku boleh guna yang lebih berjenama, seperti kerepekhipster.com?

Ini ada perbincangan yang lebih panjang.

 

Beli domain yang menunjukkan jenama

Seperti contoh di atas, kerepekubipedas.com itu adalah untuk target keyword. Sebaliknya, kerepekhipster.com adalah lebih kepada jenama.

Aku cadangkan, kau beli kedua-duanya sekali. Boleh fokus pada salah satu sahaja, atau jaga kedua-duanya sekali.

Susah mahu cerita di sini. Kalau mahu tahu lanjut, nanti aku jelaskan lebih lanjut, yang mana satu lebih baik.

Ini kerana ia bergantung pada situasi dan apa objektif yang kau mahu.

 

Akhir kata

Cara membeli domain name

Sebenarnya, tak ada cara yang tepat dalam proses memilih domain.

Kalau aku kata beli .com, puak-puak yang suka .my akan kecam.

Kalau aku kata .com.my dan .my itu lebih baik, akan ada juga satu lagi puak-puak yang kata .com itu lebih baik.

Apa-pun, tepuk dada tanya selera kau.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Memilih Domain Name (Beli Untuk Blog Bisnes & Peribadi)”

  1. Bos…
    Suka entry kau tpi satu benda je aku nk request. Bole tak kau bagi tutorial bergambar dlm blog ni cmne nak bayar ke namecheap mcm kau guna tu….share sikit ilmu.moga bermanfaat dan dpt pahala.

    Apa2 bole maklum dlm email ye.

    Thanks

    Regards,
    Sofea

    Reply

Leave a Comment