Cara Buat Copywriting Menarik


Selalu dengar tentang copywriting kan? Sana-sana ada orang jual kursus nak jadi copywriting. Mari ini aku beritahu kau sesuatu. Sebenarnya, kau tak perlu masuk mana-mana kursus berbayar sampai beribu-ribu RM kalau tahu kaedah yang betul.

Cara buat copywriting menarik itu pun tak perlu hard sell sangat. Cuma ada teknik untuk buat ayat power untuk tarik pelanggan yang tersendiri.

Siapa yang perlu tahu copywriting?

Ada dua jenis orang yang betul-betul nak tahu ilmu copywriting.

Yang pertama ialah pemilik dan pendiri bisnes itu sendiri. Kalau mungkin jual produk atau servis tertentu dan kau tak ada duit nak bayar copywriter. Kau kata mahal dan tak ada bajet. Tak ada masalah.

Yang kedua pula ialah orang-orang yang nak belajar cari makan dengan menjadi copywriter. Kau tahu market di luar sana memang mencari-cari orang yang pandai tulis copywriting. Orang yang buat bisnes kosmetik, pakaian dan pakaian memang perlukan kepakaran ini. Kau tahu kau boleh buat duit kalau pandai menulis ayat-ayat power. Tapi kau tak tahu macam mana nak mula.

Ini adalah seni. Ini adalah rahsia yang aku tak nak simpan sendiri.

Mari sini aku kongsi.

Macam mana nak buat copywriting yang menarik dan berkesan

Jawapan pendek yang aku boleh bagi ialah kau jangan menulis macam karangan di sekolah. Kau kena menulis macam kau bercakap dengan kawan.

1. Tulis copywriting macam nak convince kawan kau

Katakan kau makan makanan sedap secara tak sengaja. Memang sedap yang teramat sangat sampai kau nak kawan kau rasa juga.

Macam mana kau cerita pada dia? Bersungguh-sungguh tak?

Fikir balik apa ayat kau. Tulis dan susun balik semula ayat tersebut yang sudah pasti mempunyai unsur psikologi dan bukan sekadar ayat semata-mata.

Kau perlu ingat, copywriting itu 80% adalah berkaitan psikologi dan 20% itu penulisan.

Kalau kau berjaya buat kawan kau mental dan ikut cakap kau, itu bermakna kuat kuasa pukau kau. Ayat kau memang power.

2. Masukkan perkataan free, percuma, cepat, mudah dan ringkas

Ini aku bagi satu contoh.

Kalau kau cari resepi nasi arab, kau mesti akan cari yang sedap kan?

Mestilah, siapa yang tak nak makan makanan yang sedap.

Tapi dalam masa yang sama, kau mesti akan cari nasi arab sedap dan mudah.

Kan?

Biasalah, manusia. Semuanya nak mudah dan cepat.

Jadi, kau kena masukkan elemen ini dalam ayat power copywriting kau.

3. Pelanggan nak dengar cerita

Kau ingat lagi tak masa kau sekolah dulu, ada jenis cikgu yang pemalas. Bila dia malas mengajar, dia akan duduk atas meja dan suruh kau buat kerja masing-masing.

Ada kalanya, dia akan mula bercerita kisah hidup dia. Masa itu, kau yang mengantuk mula tersedar di alam nyata. Telinga kau tangkap sedikit-sedikit apa yang dia sembang. Mata kau makin besar. Rasa mengantuk itu hilang tiba-tiba.

Mungkin cerita cikgu kau itu tidaklah gempak mana. Tapi sebab kau masih budak, apa-apa cerita tentang alam dewasa akan menarik minat kau.

Ringkas cerita, cara untuk buat copywriting yang menarik dan berkesan adalah melalui penceritaan atau storytelling.

Jadi, kalau kau nak pelanggan suka dengan apa yang kau jual, kau perlu buat ayat copywriting yang berkesan dengan menyelitkan cerita-cerita yang menarik.

Bukan sekadar produk atau servis yang kau jual.

4. Gunakan ritma-ritma bahasa dalam copywriting agar lebih menarik

Dalam konteks ini, kau perlu cuba sedaya-upaya menggunakan ayat beritma yang sama di hujung sesuatu ayat. Macam pantun, tapi bukan.

Ayat beritma atau ada rhytm ini akan membuatkan pembaca terbuai-buai sambil berkata, “Cantik betul ayat yang dia guna ini”.

Kadang-kadang, orang yang beli barang atau servis kau itu bukan nak sangat membeli. Tapi dia beli sebab terpukau dan suka dengan ayat-ayat copywriting kau.

Aku harap kau faham bahawa copywriter itu tidak sama dengan penulis artikel ataupun penulis blog. Daripada luaran, nampak sama dari segi kerja kerana kedua-duanya menulis. Hakikatnya, jauh panggang dari api.

5. Tulis copywriting dulu, nanti baru edit

Selagi kau tak menulis, selagi itu kau tak akan tahu tahap mana kau punya power. Macam aku, apa yang aku tulis ini pun aku publish dulu. Lepas beberapa lama, aku akan tengok semula dan edit.

Persetankan apa yang orang kata tentang kualiti penulisan kau. Kalau kau baru tulis 5 caption atau copywriting, itu masih belum cukup. Banyakkan lagi buat copywriting. Paksa otak kau bekerja keras.

Lama-lama, otak kau akan rasa biasa dengan aktiviti ini. Percayalah, satu hari nanti, ayat-ayat power akan keluar lancar dari mulut kau tanpa dirancang.

6. Banyakkan research, bukan menulis semata-mata

Ini adalah satu skill yang sangat rare. Kau kena observe. Duduk diam, bertenang, tarik nafas dan hirup kopi. Kalau kau hisap rokok, sedutlah sepam dua. Kerja research ini kena guna minda. Perlu pakai otak.

Kau kena letak diri kau sebagai pembeli. Kau kena masuk dalam kasut pelanggan. Bukan sebagai pemilik bisnes.

Perlahan-laha, kau bayangkan apa sebenarnya yang ada dalam otak pelanggan. Dia nak apa sebenarnya? Apa masalah dia? Apa solution yang dia cari?

Apa yang terlintas dalam kepala kau, kau tulis. Tulis apa sahaja yang terlintas. Jangan tertinggal satu pun.

Kadang-kadang, sebab yang sangat kecil dan tidak signifikan itulah yang paling besar. Tak semua orang sedar sebab ia terlalu kecil dan dipinggirkan.

Akhir kata

Apa yang aku tulis berkenaan cara buat copywriting yang menarik ini diinspirasikan oleh Dakota Robertson di Twitter. Beliau berkongsi ayat-ayat power yang akan buatkan kau jadi lebih kaya.

Aku sekadar olah semula dalam konteks masyarakat Malaysia supaya kau lebih faham. Tambahan lagi, aku masih belum lengkapkan point-point yang dia berikan. Insya Allah, ada masa nanti aku tambah lagi.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment