Penulis Artikel Diperlukan


Ini adalah jawatan kosong untuk penulis artikel sambilan dalam Bahasa Melayu, bukan dalam Bahasa Inggeris. Ini juga adalah kerja kosong secara freelance / part-time, bukan full-time.

Jadi, kalau kau sebagai penulis bebas yang nak buat kerja-kerja penulisan dalam Bahasa Inggeris / English, ini bukan tempatnya. Dan kalau kau nak cari kerja full-time, sini juga bukan tempatnya.

Penulis artikel sambilan (Instructional / How-tos)

Fokus aku yang paling utama ialah untuk mencari penulis yang boleh menulis guide, instructions atau how-tos yang simple-simple dan mudah faham.

Contohnya:

  • Cara buka akaun Bank Islam
  • Cara semak baki CIMB
  • Cara daftar GrabPay
  • … dan lain-lain

Nampak bodoh je kan?

Memang pun. Memang itu yang aku nak.

Penulisan langkah-langkah atau guide ini mestilah cukup detail, hinggakan budak-budak umur 9 tahun dan pakcik-makcik umur 60 tahun pun masih boleh faham

Sebagai contoh, untuk panduan mendaftar di Maybank2u, kau kena tulis lebih kurang macam ini:

[su_panel]

  1. Layari laman web Maybank di https://maybank2u.com.my
  2. Selepas itu pergi atas kanan, tekan butang Register Now
  3. Seterusnya, masukkan nombor MyKad
    ….. Haaaa, macam tu

[/su_panel]

“Alah, senang gila kerja macam ni”

Cakap memang senang Fatimah. Tapi ramai yang fail.

Format semua ke laut. Dengan typo yang banyak. Langsung tak ikut tatabahasa pun ada. Lepas tu marah-marah kenapa tak reply dan bagi kerja.

Bang. Kak.

Benda-benda macam ini, kau kena tulis sendiri. Kena guna imaginasi sendiri. Pandai susun ayat supaya orang mudah faham. Ini panduan untuk mudahkan hidup orang lain. Bukan untuk susahkan orang.

Dan juga, kerja ini bukan main Google seharian, lepas tu copy paste rasa macam tak berdosa langsung.

Penulis artikel sambilan (Travel & Food)

Fokus aku ialah untuk mencari penulis yang boleh menulis dalam format listicle. Kalau kau tak faham apa itu listicle, kau boleh Google sendiri. Berlambak format yang dia akan tunjuk.

Nak mudahkan hidup kau, ini aku bagi contoh:

  • 10 tempat menarik di Penang
  • 10 tempat hiking di Selangor
    … dan lain-lain

Ini format yang aku nak:

[su_panel]

<Pembukaan dalam 3-4 baris>

Tempat 1
Penerangan tempat 1

Tempat 2
Penerangan tempat 2

.
.

Tempat n
Penerangan tempat n

<Penutup dalam 3-4 baris>

[/su_panel]

“Laaaaa, simple je. Senang sangat ni….”

Memanglah senang. Dan memang dah berlambak apply. Tapi ramai dah yang aku reject.

“Kenapa reject?”

Sebab tak ikut spec yang aku nak. Tak ikut arahan. Aku pun tak faham. Yang kata kerja ini mudah dan senang itu pun ramai yang gagal.

Format semua ke laut. Tulis entah apa-apa. Bacaaan pun bosan. Senarai tempat yang diberi pun biasa-biasa. Langsung tak menarik minat orang untuk baca.

Bang. Kak. Benda-benda macam ini, kau kena kreatif. Bukan copy paste apa yang kau jumpa di Google.

Walaupun aku kata boleh senaraikan apa sahaja tempat menarik yang ada, kau kena gigih cari maklumat tambahan yang lain di Facebook atau Instagram.

Kau kena pandai guna Google media sosial dan cari tempat-tempat yang memang tak ramai orang tahu dan worth it untuk dilawati.

Syarat & kelayakan penulis bebas / freelance

Kau mestilah orang yang bukan sahaja pandai menulis dalam Bahasa Melayu sahaja, tapi memang bercakap dan menggunakannya sehari-hari. Bukan sekali-sekala.

“Kenapa pulak ini penting? Apa kaitannya?”

Ini kerana tone of writing yang aku nak ialah jenis conversational dan easy going. Apa yang keluar dari mulut kau masa bergossip dengan kawan kau, itulah yang kau perlu tulis. Tapi of course – lah, dengan grammar yang betul. Bukan main cincai bancai.

Tone of writing itu pula, taklah formal sangat sampai orang yang baca artikel kau itu jadi bosan, stress dan sakit hati sebab bahasa pelik yang tak biasa orang guna. Tak nak tone of writing kau macam dalam buku teks.

Kau pun tahu kan, kalau baca buku teks Sejarah, kau confirm tidur. Asal baca buku teks Sejarah je, tidur. Asal tidur je, sebab baca buku teks Sejarah.

Itulah kau. Alah, aku pun sama.

Biar santai. Bersahaja. Santai, janji sampai.

Apa skop kerja penulis artikel sambilan part-time?

Mudah sahaja.

Aku bagi tajuk. Kau tulis.

Aku bagi tajuk lagi. Kau tulis lagi. Sampailah aku stop.

Lepas aku dah bagi tajuk, kau kena jadi kreatif dan buat research di Internet sendiri. Jangan pula harap aku suap kau.

Kalau pasal guide, kau kena cuba guna betul-betul. Kalau perlu daftar, kau kena daftar. Kalau perlu login, kau kena login. Detailkan setiap langkah.

Kalau pasal konten food & travel pula, kau Google lah sendiri. Tak salah kalau kau rujuk tempat menarik atau tempat makan yang orang lain dah tulis. Cuma, isinya kenalah kau tulis sendiri. No plagiarism, okay!

“Perlu gambar ke?”

Tak payah buang masa kau nak cari gambar dan masukkan gambar. Aku cuma nak tulisan sahaja. Kalau penulisan kau dah bagus nanti, barulah aku bagi task untuk letak gambar.

Kalau tulisan kau tentang tempat makan itu menggiurkan aku, nanti aku belanja kau makan. Aku bagi duit, kau makan dan kau tulis review.

“Wahhhhh, best sangat tu. Lagi la senang kerja aku”.

Memang la senang. Ada aku kata susah?

Kerja kosong penulis ini, kena tulis berapa patah perkataan?

Untuk konten travel, panjangnya ialah 1,000 – 1,250 patah perkataan. Penerangan untuk sesuatu lokasi itu ikut pandai-pandai kau. Janganlah panjang sangat sampai separuh muka surat.

Untuk konten food, aku nak kau tulis dalam lebih kurang 500 – 750 patah perkataan. Ini adalah untuk satu lokasi tempat makan. Kalau kompilasi tempat makan dalam bentuk listicle, dalam 1,000 – 1,250 patah perkataan.

Kalau untuk artikel instructional / how-tos pula, dalam 500 – 750 patah perkataan. Kalau tak cukup, kau boleh tambah artikel dalam konteks yang sama. Tak apa, nanti aku ajar.

Berapa banyak artikel kena tulis?

Seminggu, dalam 4 artikel.

Tapi, tak janjilah. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak ada.

Deadline untuk satu artikel ini ialah 2 hari.

“Alamak, pendeknya deadline!”

Eh bang, kak. Bukannya kau kena perah otak untuk tulis satu karya agung yang baru.

Kau cuma perlu tengok apa yang sudah sedia popular dan jadi tarikan, lepas tu tambah sikit ayat-ayat cinta kau yang boleh menarik minat orang lain. Simple.

Berapa bayaran untuk satu artikel?

Aku tahu, kau baca ini dulu kan? Ye, jangan nak tipu. Kau nak tahu berbaloi ke tak buat kerja-kerja menulis ini.

Mari sini aku terangkan.

Untuk satu artikel instructional / how-tos, bayaran ialah RM50. Panjangnya lebih kurang 500-750 patah perkataan.

Untuk satu artikel travel & food, bayaran ialah RM70. Panjangnya lebih kurang 1,000-1,250 patah perkataan.

“Murahnyaaaaa….”

Eh, bang, kak. Kerja McDonalds pun cuma RM6 sejam tau. Ini cuma duduk rumah je.

Bukannya kena perah otak untuk tulis satu karya agung yang baru.

Lagi satu, bang, kak. Aku dah hire berlambak penulis. Macam-macam harga aku dah bagi. Tapi kebanyakannya memang tak boleh pakai. Serius, aku ulang sekali lagi. Ramai yang boleh pakai. Banyak yang sampah. Maaf kalau bahasa aku teruk

Ada yang mula-mula okay, lepas tu buat perangai. Ada yang awal-awal lagi dah tunjuk kepala besar. Ada yang senyap seribu bahasa.

Dan satu lagi, benda belum terbukti, takkan aku nak bayar kau RM100 kot.

Kalau RM100, baik aku suruh kau tulis tajuk macam “FALSAFAH PENDIDIKAN GURU: PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN”

Haaa, gitu. Kan ke pening kalau tulis ilmiah sangat macam itu.

Ini aku cuma minta kau tulis benda yang santai. Kalau nak, ambil. Tak nak, tak apa.

Cuma bila kau dah mula buat kerja nanti, dan kalau hasil kerja kau bagus, tak ada masalah, tak ada typo, ikut format, aku tak ada masalah nak naikkan rate.

[su_note]Rate di atas itu untuk permulaan sahaja. Kau kena tunjuk kau boleh buat kerja, baru boleh naikkan rate. Simple.

Kalau kau tulis dengan bagus, tapi aku tak naikkan juga rate kau, kau tuntut dengan aku.[/su_note]

Kerja penulis konten online ini macam mana?

Kau duduklah rumah, work-from-home je. Takkan nak duduk rumah aku pula.

Dan kalau kau tak nak duduk rumah, duduklah masjid

Tapi musim COVID-19 ini, jangan buat hal, masjid tutup. Nanti kau kena masuk penjara pula.

Alah, senang cerita kerjalah mana-mana yang kau nak.

Kau ni, takkan tak faham.

Janji ada laptop, ada Internet; sudah.

Tak kisahlah buat kerja kat mana pun.

Janji kerja siap

Nanti kalau ada rezeki, aku belanja kau kopi mahal di Starbucks. Cepat cakap, kau nak latte ke cappucino?

Ada kerja penulisan lain tak?

Kau ni, belum mula lagi dah demand macam-macam.

Tapi, since kau dah tanya, aku jawab juga lah.

Menulis ini adalah langkah pertama.

Kalau kau dah handal nanti, bolehlah aku bagi kerja untuk proofread artikel yang orang lain tulis.

Lagi satu, kalau kau rasa kau handal tulis dalam Bahasa Inggeris, aku alu-alukan juga.

Juga aku tak nak level English kau macam budak Darjah 6 pula.

Masa ini, bila kau dah jadi dual-language writer dan dah mula proofread, level kau dah lain.

Kau cuma edit orang tulis.

Masa inilah kau boleh buli diorang pula.

Lagi satu, kalau kau memang hebat sekalipun, kau janganlah jenis ikut kepala sendiri, buat kerja sendiri

Kerja kena berkumpulan bang; masih kena ada kerjasama bang, kak. Buat sama-sama bang, kak.

Jangan kerja sendiri-sendiri

10. Perlu hantar contoh penulisan tak?

Mestilah perlu.

Kalau tak, macam mana aku nak tau kau meet standard ke tak.

Kalau kau pilih instructional / how-to, jangan lupa sertakan satu contoh artikel yang berkaitan panduan atau langkah-langkah. Contohnya, “Cara Daftar Bank Islam Online”. Ini contoh, kau jangan tulis ini pula.

Kalau kau pilih travel, jangan lupa sertakan satu contoh artikel yang berkaitan kompilasi tempat menarik di Malaysia. Contohnya, “10 Tempat Menarik di Pulau Pinang”. Ini contoh, kau jangan tulis ini pula.

Pilih satu sahaja, tak payah dua-dua. Jimat masa kau.

Yang penting, kalau mohon untuk jadi penulis artikel sambilan ini, aku tak nak tengok contoh tesis kau. Aku tau, kau sentimental dengan tesis atau research paper yang kau tulis, tapi aku tetap tak nak

Aku tak nak penulisan puisi, sajak, skrip dram kau.

Aku pun tak nak contoh tulisan artikel acah-acah viral kau.

Viral konon, padahal baru 100 orang share.

Perasan.

Itu bukan yang aku nak. Kau kena bagi apa yang aku nak, supaya aku boleh buat evaluation.

Kenapa mencari penulis artikel freelance?

Sebelum aku akhiri ruang ini dan sebelum kau mohon jawatan kosong penulis freelance ini, izinkan aku berkongsi kenapa aku mencari penulis artikel freelance yang boleh tulis dengan baik dalam Bahasa Melayu.

  1. Yang paling utama ialah kerana cukup susah nak cari penulis yang boleh menulis dengan apa yang masyarakat Malaysia mahu baca. Ini bukan masalah aku seorang. Kawan-kawan aku yang lain pun sibuk tanya aku “Kenal mana-mana penulis tak yang aku boleh ambil untuk tulis artikel?”
  2. Aku dah cuba macam-macam channel seperti Jobstreet, Indeed, MauKerja, Monster, LinkedIn dan macam-macam lagi. Masih lagi dapat yang sampah. Geram juga, susah sangat ke nak ikut apa yang aku suruh dalam description tu?
  3. Nak cari penulis Bahasa Inggeris itu mudah. Aku boleh dapat bila-bila masa sahaja. Tapi nak cari penulis artikel sambilan Bahasa Melayu itu memang rare. Bukan sebab susah nak dapat. Tapi susah nak jumpa yang berkualiti dan mendengar kata.
  4. Kebanyakan penulis yang kata dia penulis yang bagus adalah syok sendiri. Kata dia boleh menulis padahal memang tak bagus pun apa yang dia tulis. Macam mana aku tahu tak bagus? Ada beberapa sebab antaranya banyak kesalahan dalam tatabahasa, banyak spelling mistakes, pengolahan ayat yang bosan dan struktur ayat yang lemah.
  5. Jadi, hadirnya aku di sini adalah untuk mencari pelapis dan pelopor yang bakal memeriahkan penulisan Bahasa Melayu di Malaysia dalam konteks penulisan yang diterima orang ramai. Bukan ayat buku teks. Bukan ayat dalam surat khabar.
  6. Kau mungkin nampak tulisan aku ini pun caca marba. Tapi kau jangan risau. Aku tahu apa aku buat. Walaupun bercampur Bahasa Inggeris semua, itu adalah sebab format beginilah yang orang Malaysia mahu. Aku pun tahu, kau tengah angguk kepasa sekarang.
  7. Bukan aku nak lawan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tapi inilah realiti. Kita kena beri apa yang orang nak. Dan kau pun tengah angguk kepala sekali lagi.

12. Macam mana nak apply kerja kosong penulis sambilan ini?

Jika kau rasa kau layak dan bersetuju dengan bayaran yang dimaklumkan, kau cuma perlu isi borang di bawah ini:

Sila hubungi kami kalau ada apa-apa nak tanya.

Cuma aku tak janji yang team kami akan reply mesej kau.

Ada rezeki, adalah.

Semoga dipermudahkan urusan.

7 thoughts on “Penulis Artikel Diperlukan”

Leave a Comment