Cara Menjadi Penulis Artikel


Setiap hari, aku terima terlalu banyak permohonan jawatan kosong untuk menjadi penulis. Jujur, ada yang bagus ada yang tak bagus. Ada yang aku contact, ada yang aku biarkan krik-krik. Namun, kebanyakannya memang tak bagus langsung. Kalau aku tak contact kau semula, maka faham-fahamlah. Jadi, aku nak ambil kesempatan untuk menulis berkenaa cara menjadi penulis artikel yang didambakan semua publishing house.

Publishing house ini adalah termasuk media online, portal, surat khabar, majalah dan lain-lain.

Apa beza penulis blog dengan penulis artikel?

Kalau kau nak tahu, cara menjadi penulis blog pun lebih kurang sama. Cuma dalam konteks ini, blog adalah subset kepada artikel kepada keseluruhannya. Menjadi penulis artikel tidak melibatkan banyak technical jargon. Hanya lebih kepada mindset.

Siapa kau nak mengajar orang menjadi penulis?

Ya, aku sedar diri. Aku bukan siapa-siapa. Aku sekadar mahu berkongsi apa yang aku tahu sahaja.

Aku bukan seorang wartawan, bukan jurnalis dan bukan graduan daripada bidang penulisan. Background aku engineering. Memang lain daripada yang lain.

Tapi aku dah bekerja dengan bermacam-macam jenis editor, wartawan, jurnalis, blogger, penulis picisan dan macam-macam lagi. Seperti biasa, ada yang bagus dan ada yang tak bagus.

Berani kau cakap wartawan tak bagus?

Bukan semua. Aku pun tak nak aku punya statement dijadikan satu elemen yang menyebarkan kebencian dalam industri.

Aku cuma nak cakap yang corak penulisan wartawan di zaman moden ini perlu diubah sedikit mengikut peredaran zaman.

Sebab apa ramai nak jadi penulis artikel?

Ada terlalu banyak sebab yang aku terima daripada beribu-ribu permohonan untuk menjadi penulis artikel. Ada yang kata nak cari duit lebih. Ada yang cakap nak tolong keluarga.

Ada yang dah umur 40-an dan masih berkerjaya juga mahu mencuba.

Kalau ikut aku punya requirement, sesiapa yang tulis dalam permohonan dia untuk cari duit lebih, memang aku akan reject awal-awal.

Sebab apa?

Sebab menulis ini bukan boleh jadi kaya pun. Kau tak akan dapat duit banyak. Kau juga akan rasa penulisan kau tak dihargai langsung.

Ada juga yang menyuarakan ketidakpuashatian sebab bayaran yang kecil dan tidak setimpal. Ada juga yang merungut dalam hati, tak berani nak suarakan pendirian mereka sendiri.

“EH, HELLO!”

Benda belum terbukti, macam mana nak bayar tinggi-tinggi?

Jadi, boleh dapat bayaran tinggi kalau jadi penulis artikel?

Ada satu mana, aku post berkenaan jawatan kosong untuk jadi penulis di dalam satu Facebook Group yang menghimpunkan ramai penulis-penulis profesional. Ada translator, ada penulis novel, ada ghostwriter, ada penulis puisi dan macam-macam lagi.

Sengaja aku tak letak harga sebab kalau nak tahu berapa rate, biar aku yang PM.

Alhamdulillah, ada juga beberapa makhluk yang reply posting aku dengan membalas dengan ayat cliche pendek “PM Harga!”.

Aku pun dengan tanpa rasa prejudis beritahu berapa harga yang aku tawarkan. Sudah tentu bawah RM100 untuk satu artikel.

Tahu apa aku dapat?

Teruk aku kena tiaw! Siap kena cop scammer. Kau rasa?

Cuma taklah sampai tahap mencarut. Taklah sampai kena maki. Cuma dia kata “Murahnyaaaaa!”

Dia juga kata pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pun bayar RM200 untuk 600 patah perkataan.

Terduduk sekejap aku sambil merenung siling. Berkali-kali aku mohon maaf pada dia sambil katakan aku tak ada niat langsung nak scam orang. Cuma aku tak jelaskan kenapa bayaran aku sebegitu.

Aku tak kaji pasaran atau aku masuk group yang salah?

Pertama sekali, aku rasa aku memang masuk dan post dalam group yang salah. Ini bukan audien yang aku cari.

Sebenarnya, aku mencuba kaedah cuba jaya. Sekadar mencuba untuk convert pemikiran penulis-penulis lama dengan gaya penulisan baharu. Bukan dengan cara penulisan yang lama yang tak ramai orang boleh appreciate.

Nasib baik aku PM personal. Kau bayangkan kalau aku letak harga di

Tulis apa yang orang nak baca, bukan yang kau mahir

Penat aku nak ulang-ulang perkara ini. Kebanyakan penulis akan menganggap diri mereka bagus. Dia akan rasa penulisan dia terbaik.

Konten penting, format pun sama penting. Ada format-format tertentu yang penulis perlu tahu.

Learn the rules dulu, baru BREAK the rules

Sebelum kau boleh buat kerja ikut cara kau, kau kena tahu undang-undang terlebih dahulu.

Etika mohon jawatan kosong menjadi penulis

Tips yang aku kongsikan ini bukan hanya terpakai untuk kerja sebagai penulis sahaja. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja yang lain juga.

Sertakan artikel baru yang sudah siap ditulis

Bukan bagi link. Bukan. Jangan ingat HR atau recruiter ada masa nak go-through link yang kau bagi.

Leave a Comment