Cara Login MYEG (Daftar Online di Portal myeg.com.my)


Memang hati tak akan rasa tenang bila tahu kita ada saman yang perlu dibayar. Salah tetap salah. Bayar tetap kena bayar. Sebagai satu alternatif tanpa perlu ke balai polis atau JPJ, izinkan kami kongsi cara login MYEG dan sebelum itu, cara daftar MYEG yang boleh dibuat secara online.

Cara daftar MYEG

Sebelum boleh login MYEG untuk semak dan bayar saman, sila ikut langkah-langkah mudah untuk buat pendaftaran MYEG terlebih dahulu.

  1. Layari laman web https://www.myeg.com.my
  2. Anda akan tiba di portal rasmi MyEG.
  3. Kemudian, tekan butang Create an account untuk mendaftar akaun anda di portal MyEG.
  4. Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan yang anda perlu isikan.
  5. Tick pada Individual. Kemudian, pada ruangan Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  6. Username ini akan digunakan untuk login MYEG
  7. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  8. Pada Enter Password Again, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan.
  9. Pada ruangan Email, masukkan alamat emel anda yang sah, berdaftar dan boleh diakses.
  10. Pada ruangan First Name, masukkan nama pertama anda.
  11. Pada ruangan Last Name, masukkan nama keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan nama panggilan anda sendiri pada ruangan First Name dan juga Last Name. Misalnya, nama anda Kamil, dan anda boleh meletakkan nama Kamil pada ruangan First Name dan Last Name.
  12. Untuk teruskan cara daftar MYEG, pada bahagian Gender, tick pada jantina anda, sama ada Male (Lelaki) atau Female (Perempuan).
  13. Pada ruangan NRIC/Army/Police No, masukkan sama ada nombor MyKad anda, nombor keahlian tentera sekiranya anda seorang tentera, atau nombor badan polis sekiranya anda polis.
  14. Pada ruangan Passport No, masukkan nombor passport anda (sekiranya ada).
  15. Klik pada ruangan untuk Date Of Birth. Kalendar akan tertera. Pilih tarikh lahir anda.
  16. Pada ruangan Address, masukkan alamat penuh tempat tinggal anda, lebih tepat, alamat yang mudah untuk urusan surat-menyurat.
  17. Pada ruangan City, masukkan bandar tempat tinggal anda.
  18. Pada Postcode, masukkan poskod tempat tinggal anda.
  19. Pada State, pilih negeri tempat tinggal anda.
  20. Pada Country, pilih negara tempat tinggal anda.
  21. Pada Contact No, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  22. Pada Marital Status, pilih sama ada Single (belum berkahwin), Married (sudah berkahwin), Divorced(bercerai) atau Widowed (kematian suami atau isteri).
  23. Kemudian, untuk teruskan cara daftar MYEG, pada bahagian Captcha, tick pada I’m not a robot.
  24. Sekiranya ada soalan ringkas yang perlu dijawab, jawab kesemua soalan tersebut.
  25. Kemudian, tick pada kenyataan di bawahnya.
  26. Tekan butang SUBMIT.
  27. Pendaftaran anda selesai. Anda akan menerima emel daripada MyEG. Periksa bahagian inbox atau di bahagian Spam.
  28. Apabila anda menjumpai emel tersebut, buka emel dan tekan link yang tertera di emel tersebut.
  29. Anda akan dibawa semula ke portal MyEG dan pendaftaran anda selesai.

 

Cara login MYEG (myeg.com.my)

Selepas selesai buat permohonan pendaftaran MYEG, anda kini sudah boleh login MYEG.

  1. Pada portal MyEG, pergi ke ruangan LOGIN.
  2. Kemudian, pada ruangan Eservices/1MID Username, masukkan username
  3. Pada ruangan Password, masukkan password untuk akaun anda.
  4. Tekan butang Login.
  5. Login anda berjaya

 

Akhir kata

Diharapkan dengan perkongsian cara login MYEG dan cara daftar MYEG ini dapat memudahkan lagi hidup anda.

Terima kasih juga kerana sudi menjadi rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment