Cara Langgan Internet Prepaid


Internet hari ini bukan lagi satu kemudahan tetapi ia telah menjadi satu bentuk keperluan dalam kalangan masyarakat. Boleh dikatakan majoriti rakyat negara ini menikmati kemudahan internet. Disebabkan itu, tidak hairan apabila syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pelbagai pakej internet kepada pengguna kerana mereka sedar bagi pengguna telefon pintar hari ini, yang penting ialah akses, kelajuan dan saiz liputan internet.

Jadi pada hari ini kami akan membahas tentang cara langgan internet prepaid.

Untuk yang menggunakan perkhidmatan bil atau postpaid, tiada masalah bagi mereka kerana pakej internet telah dimasukkan sekali ke dalam bil bulanan.

Tetapi berbeza dengan pengguna prepaid atau kad prabayar. Akses serta pakej interet adalah berdasarkan kepada pakej serta jumlah tambah nilai atau top up yang dibeli oleh mereka.

Bagaimana top up data internet prepaid?

Setiap syarikat telekomunikasi atau telco mempunyai kaedah yang berbeza untuk tambah nilai internet bagi perkhidmatan kad prabayar.

Secara umumnya pakej yang ditawarkan dalam bentuk harian, mingguan, bulanan, malah ada yang menawarkan sehingga tahunan.

Berikut disenaraikan kaedah-kaedah tambah nilai kad prabayar mengikut beberapa syarikat telko yang popular dalam kalangan pengguna di negara ini.

Maxis

  1. Dail *100#
  2. Pilih Internet dan Setting
  3. Pilih pelan internet yang dimahukan sama ada harian, mingguan atau bulanan.
  4. Dan pilih ‘Proceed‘ sekiranya sudah membuat ketetapan.
  5. Perlu diingatkan pengguna perlu mempunyai baki prabayar yang mencukupi untuk melanggan.
  6. Misalnya pelan bulanan ialah RM30, maka dalam akaun prabayar pengguna perlulah mempunyai baki melebihi RM30.
  7. Selain itu, pengguna juga jangan bimbang sekiranya data internet habis sebelum tamat tempoh sebulan seperti dilanggan.
  8. Ini kerana pengguna boleh membuat tambahan kuota. Nmaun tambahan itu hanya boleh dibuat secara harian. Misalnya 100MB untuk RM1 sehari.

Celcom

  1. Dial *118#
  2. Pilih Pelan Internet
  3. Pilih langganan yang dimahukan, sama ada harian, mingguan atau bulanan.
  4. Dan ‘Proceed‘ sekiranya telah membuat keputusan pilihan langganan.
  5. Seperti juga Maxis, pengguna Celcom juga boleh membuat tambahan data internet sekiranya data sedia ada telah habis sebelum tempoh langgan tamat.
  6. Dail semula *118#.
  7. Pilih Pelan internet
  8. Kemudian pilih internet tambahan.

Digi

  1. Dail *128#
  2. Pilih Tetapan internet
  3. Pilih Pakej internet
  4. Sama ada harian, mingguan atau bulanan.
  5. Untuk Digi, setiap pakej ialah auto renewel. Bermaksud pakej akan diperbaharui secara automatik apabila tamat tempoh langganan, kecuali fungsi auto renewel itu dimatikan.

UMobile

  1. Hampir sama dengan kaedah melanggan internet Celcom
  2. Hanya perlu dail *118#
  3. Kemudian memilih tetapan Pelan internet.
  4. Diikuti proses seterusnya.

TuneTalk

Untuk TuneTalk, ada perbezaan kaedah berbanding telco lain.

  1. Pengguna hanya perlu memilih pakej yang dimahukan sama ada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Ya TuneTalk tawarkan pakej data internet sehingga tahunan.
  2. Pilih Pakej langganan dan hantarkan khidmat pesanan ringkas ke 2222.
  3. Misalnya pengguna memilih untuk melanggan secara tahunan, taip Y120 dan hantar ke 2222.

Berdasarkan kepada penerangan yang diberikan, boleh dikatakan kaedah melanggan internet bagi kategori prepaid adalah hampir sama bagi setiap syarikat telco. Hanya TuneTalk yang menawarkan kaedah sedikit berbeza.

Ini merupakan senarai kaedah yang digunakan oleh syarikat-syarikat telco yang menjadi pilihan kebanyakkan pengguna di negara ini. Ada juga beberapa syarikat telco lain yang tidak dinyatakan seperti RedOne dan XoX. Tetapi kaedahnya juga tidaklah terlalu banyak perbezaan.

Akhir kata

Kebiasaannya pengguna melanggan data internet prepaid secara bulanan. Kerana ia lebih mudah. Apabila data habis sebelum tamat tempoh, mereka boleh memilih untuk menambah nilai secara harian.

Perlu dinyatakan di sini bahawa pengguna juga diberi pilihan menerusi pelbagai pakej data internet prepaid daripada syarikat telco. Dan ini mempengaruhi pengguna dalam memilih untuk menggunakan prepaid telco yang mana satu.

Pilihan di tangan pengguna.

Leave a Comment