Cara Dapatkan Pengesahan Akaun Bank


Buat mereka yang sudah biasa berurusan dan berurus niaga bersama institusi kewangan ataupun bank, pasti anda sudah tahu dan sudah biasa mendengar perkataan atau istilah seperti penyata kewangan, atau dalam bahasa inggeris bank statement.  Jadi pada hari ini kami akan fokus kepada tajuk cara dapatkan pengesahan akaun bank.

Panduan hari ini adalah untuk memudahkan urusan anda ataupun sedikit sebanyak boleh anda jadikan panduan sekiranya anda ingin mendapatkan penyata akaun bank. Izinkan kami berkongsi.

Cara dapatkan pengesahan akaun bank

Bank statement adalah satu bentuk penyata yang disediakan untuk anda menyemak jumlah wang dalam bank ataupun menyemak pengaliran wang tunai anda. Penyata bank akan menjelaskan kepada anda tentang jumlah wang debit dan kredit yang masuk dan keluar dari akaun anda.

Anda boleh mendapatkan penyata akaun bank anda dengan cara melalui mesin ATM, secara online iaitu internet banking atau anda boleh terus ke pejabat bank terdekat.

Fungsi penyata bank

  • Menyemak aktiviti transaksi perbankan anda.
  • Membantu anda melihat dan mengawal aktiviti akaun bank anda dengan lebih efisyen.

Panduan hari ini, kami akan fokus kepada cara mendapatkan penyata bank akaun anda melalui mesin ATM sahaja.

Ini kerana cara ini adalah cara umum (conventional)  ataupun cara yang boleh digunapakai oleh semua pihak tidak kira mereka mempunyai telefon pintar atau tidak.

Pastikan nombor akaun yang tertera di penyata bank tersebut mempunyai nama penuh anda yang sama seperti nombor kad pengenalan.

Cara dapatkan penyata bank melalui ATM Maybank

  1. Masukkan kad Bank Maybank anda pada slot atau ruangan yang disediakan.
  2. Pilih Bahasa yang anda inginkan pada skrin.
  3. Masukkan nombor PIN anda dengan menggunakan keypad yang disediakan.
  4. Pada menu utama, anda perlu pilih Lain-Lain Urusniaga.
  5. Seterusnya klik pada Lain-Lain Perkhidmatan.
  6. Pada menu berikutnya tekan dan klik pada Penyata Ringkas.
  7. Setelah itu mini bank statement anda akan dicetak oleh mesin ATM Maybank.
  8. Selesai.

Cara dapatkan penyata bank melalui ATM CIMB

  1. Masukkan kad CIMB Bank anda ke dalam ruangan yang disediakan.
  2. Pilih Bahasa yang anda ingin gunakan.
  3. Masukkan nombor PIN anda untuk meneruskan transaksi.
  4. Klik pada Perkhidmatan Penyata.
  5. Klik pada Penyata Mini.
  6. Kemudian klik pada Cetakan untuk mendapatkan penyata bank anda.
  7. RM0.50 akan ditolak daripada bank anda sebagai caj untuk mendapatkan bank statement anda.

Cara dapatkan penyata bank melalui ATM Bank Islam

  1. Masukkan kad Bank Islam dan tunggu untuk kad anda disahkan.
  2. Pilih Bahasa anda.
  3. Kemudian masukkan nombor PIN anda dan klik Teruskan.
  4. Pada paparan berikutnya klik pada Bank Islam.
  5. Seteusnya klik Khidmat Penyata.
  6. Pilih Penyata Mini untuk meneruskan transaksi.
  7. Klik Cetak dan selesai sudah urusan anda.

Cara dapatkan penyata bank melalui ATM Bank BSN

  1. Masukkan kad Bank BSN anda dan tunggu kad anda disahkan oleh mesin ATM.
  2. Pilih Bahasa yang anda inginkan dan masukkan nombor PIN anda.
  3. Kemudian klik pada Penukaran Pin / Urusan Lain.
  4. Seterusnya klik pada Penyata Mini dan RM0.50 akan dicaj sebagai caj bayaran.
  5. Penyata bank anda akan dicetak dan selesai sudah urusan anda.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian hari ini akan memudahkan urusan anda untuk mendapatkan penyata bank anda dan sekaligus mengesahkan akaun bank anda.

Jika anda ada akaun KWSP, jemput baca cara check penyata KWSP juga. Boleh buat secara online sahaja.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Dapatkan Pengesahan Akaun Bank”

Leave a Comment