Cara Daftar SSM e-Info (Register & Login di ssm-einfo.my)


Bagi anda yang memerlukan maklumat syarikat-syarikat tertentu, seperti siapakah pengarahnya, boleh baca cara daftar SSM e-Info. Selepas daftar, baru boleh login dan beli maklumat yang dikehendaki.

Apa itu SSM e-Info?

SSM e-Info ialah servis atas talian yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tidak sama dengan SSM ezbiz dan SSM MYDATA.

Servis SSM e-Info ini membolehkan anda mendapatkan apa sahaja maklumat syarikat Sdn Bhd, milikan tunggal dan juga perkongsian yang diingini.

Selepas buat carian, anda boleh purchase dan print maklumat tersebut. Pembayaran juga boleh dibuat secara online melalui payment gateway iPay88.

Semuanya boleh dilakukan secara online, 24 jam sehari.

Cara daftar SSM e-Info online

Berikut ialah cara daftar SSM e-Info secara online.

  1. Layari laman web https://www.ssm-einfo.my
  2. Anda akan tiba di portal SSM E-Info.
  3. Kemudian, tekan butang Register untuk mula mendaftar akaun anda.
  4. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan.
  5. Pada ruangan Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  6. Username anda mestilah maksimum sepanjang 12 aksara dan hanya mempunyai huruf kecil sahaja.
  7. Huruf besar, simbol dan nombor tidak dibenarkan.
  8. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah panjang dari 8-32 aksara. Huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol dibenarkan.
  9. Pada ruangan Confirm Password, masukkan semula password anda yang anda masukkan tadi.
  10. Pada ruangan eMail, masukkan alamat emel anda yang aktif dan boleh diguna serta diakses.
  11. Pada ruangan Image Verification, lihat kod yang terdapat dalam kotak biru tersebut. Kemudian, masukkan kod yang anda dapat lihat itu ke dalam ruangan yang disediakan di bawahnya.
  12. Kemudian, tick pada kenyataan di bawah ruangan tersebut.
  13. Tekan butang Submit.
  14. Pendaftaran anda berjaya.

 

Login SSM e-Info online

Berikut pula ialah cara login SSM e-Info. Pastikan anda sudah berjaya mendaftar seperti penerangan sebelum ini.

  1. Untuk login, pada paparan utama portal ini, tekan butang Login yang tertera di sebelah butang Register yang anda tekan untuk membuat pendaftaran sebentar tadi.
  2. Kemudian, pada laman seterusnya, masukkan username anda pada ruangan Username.
  3. Pada ruangan Password, masukkan password
  4. Pada ruangan Image Verification, lihat kotak yang tertera kod tersebut. Kemudian, masukkan kod yang anda dapat lihat tersebut di ruangan yang disediakan di bawahnya.
  5. Tekan butang Login. Login anda berjaya dan anda akan dapat akses akaun anda.

 

Maklumat lanjut SSM e-Info

Jika anda menghadapi masalah untuk pendaftaran, login mahupun pembelian, boleh hubungi SSM e-Info di:

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara daftar SSM e-Info ini dapat memudahkan lagi urusan anda. Bukan sahaja boleh dapatkan maklumat siapa pengarah atau pemilik syarikat dan perniagaan, anda juga boleh tahu berapakah keuntungan perniagaan tersebut.

Selain itu, yang bagus mengenai SSM e-Info ialah perkhidmatan ini juga memberikan dokumen Certified True Copy (CTC). Ini penting untuk membuktikan bahawa dokument tersebut adalah asli.

Selamat membuat background research dan mencari maklumat-maklumat penting.

Semoga bermanfaat.

Categories SSM

Leave a Comment