Cara Daftar Prasekolah


Bagi ibu bapa yang ingin memasukkan anak-anak mereka ke prasekolah KPM, kami ada kongsikan cara untuk daftar prasekolah melalui laman web eprasekolah.moe.gov.my bagi sesi terkini. Anda juga boleh ketahui cara semak keputusan kemasukan prasekolah di sini.

Mungkin ada yang sudah terlepas untuk mendaftar dan memohon. Walau bagaimanapun, kami letak sahaja di sini supaya anda boleh rujuk semula pada tahun hadapan sekiranya mahu buat permohonan secara online. Jika ingin hadir ke sekolah untuk isi borang secara manual juga tiada masalah. Izinkan kami berkongsi.

Cara daftar prasekolah di eprasekolah.moe.gov.my

  1. Layari eprasekolah.moe.gov.my
  2. Tekan Daftar Pengguna.
  3. Masukkan butiran berikut:
    1. Nama penuh
    2. No. MyKad
    3. No. telefon
    4. Kata laluan
    5. Sahkan kata laluan
    6. Email
    7. Soalan keselamatan
    8. Jawapan
  4. Tekan Simpan.
  5. Pendaftaran Pengguna Selesai akan dipaparkan.

Anda sudah boleh login untuk meneruskan urusan anda.

Peringatan:

  1. Sila pastikan kata laluan disimpan di tempat yang selamat bagi tujuan permohonan dan penyemakan.
  2. Sila tekan butang LOG KELUAR bagi tujuan keluar dari sistem ini apabila selesai sesi.

Cara log masuk sistem prasekolah

  1. Layari eprasekolah.moe.gov.my.
  2. Masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Tekan Log Masuk.
  4. Anda boleh memilih urusan anda. Antara urusan yang boleh dibuat ialah:
    • Kemaskini maklumat
    • Carian institusi
    • Status pendaftaran
    • Semak permohonan

Permohonan kemasukan prasekolah KPM

Kaedah permohonan ke prasekolah boleh melalui dua cara iaitu:

  1. Dalam Talian
    • Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
    • Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my.
    • Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
    • Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
    • Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.
  2. Manual
    • Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
    • Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
    • Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
    • Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Semak keputusan permohonan prasekolah KPM

Anda boleh mula semak keputusan apabila tarikh sudah diumumkan kelak. Semakan ini boleh dibuat melalui dua cara iaitu:

  1. Dalam talian
    • Semakan boleh dibuat melalui laman web eprasekolah.moe.gov.my
  2. Manual
    • Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon

Bagi rayuan permohonan:

  1. Ibu bapa / penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.
  2. Bagi ibu bapa yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah (PDD) / Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.
  3. Keputusan rayuan boleh disemak berdasarkan tarikh yang akan dimaklumkan (tertakluk kepada pindaan).
  4. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/ penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Akhir kata

Pendidikan untuk kanak-kanak itu penting. Ada ibu-bapa yang memang berhajat untuk masukkan anak ke prasekolah berbanding tadika untuk memberikan gambaran sebenar apabila masuk sekolah nanti. Hajat di hati, biar anak-anak boleh sesuaikan diri.

Apa-apa pun, semoga perkongsian kami membantu para ibu bapa / penjaga di luar sana untuk memohon anak mereka ke prasekolah KPM.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment