Kalau nak cari duit lebih, inilah masanya. Mungkin tidaklah mewah, setidak-tidaknya dapat duit dengan jadi volunteer di PPV untuk urusan suntikan vaksin Covid-19. Jadi, izinkan kami berkongsi cara daftar MyVac.
1. Cara daftar sebagai sukarelawan MyVac di myvac.com.my
Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai sukarelawan MyVac:- Layari myvac.com.my.
- Tekan butang Daftar.
- Isikan maklumat berikut:
- Nama
- No. kad pengenalan
- Kata laluan
- Umur
- Jantina
- Bangsa
- Alamat rumah
- Emel
- No telefon
- Pekerjaan (anda akan ditanya tentang butir organisasi bergantung sama ada anda bekerja, pelajar universiti, atau lain-lain)
- Tekan Teruskan
- Isikan Deklarasi Kesihatan. Tekan Teruskan.
- Isikan Butir Pendedahan Covid-19.
- Tekan Konfirmasi.
Pastikan anda sudah daftar penerima vaksin. Jika belum, boleh rujuk cara daftar vaksin Covid AstraZeneca.
2. Daftar sukarelawan bukan kesihatan MyVac
Langkah 1:- Mengesahkan akaun anda melalui emel anda selepas mendaftar di myvac.com.my
- Lengkapkan profil anda
- Jalani semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
- Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan
- Laporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan yang berdekatan
- Serahkan semua borang
- Menerima dan menandatangani Surat Tawaran Sukarelawan
- Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat
- Terima Kit Sukarelawan
- Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
- Melaporkn diri di Pusat Pemberian Vaksin
3. Daftar sukarelawan kesihatan MyVac
Langkah 1:- Mengesahkan akaun anda melalui emel anda selepas mendaftar di myvac.com.my
- Pengesahan APC oleh KKM (4-5 hari bekerja)
- Lengkapkan profil anda
- Jalani semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
- Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan
- Menghadiri taklimat Sukarelawan Kesihatan "atas talian" (dijadualkan setiap hari Jumaat)
- Pilih tarikh dan lokasi yang anda hendak berkhidmat
- Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
- Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin dan serahkan semua borang kepada Penyelaras PPV anda
4. Login di myvac.com.my
Berikut adalah cara untuk login di myvac.com.my:- Layari myvac.com.my.
- Tekan butang Log Masuk.
- Masukkan emel dan kata laluan.
- Tekan konfirmasi.
Sebelum itu, izinkan kami berkongsi sedikit maklumat mengenai MyVac, cara mendaftar dan memohon.
5. Kelayakan untuk jadi volunteer MyVac
Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Jika anda merupakan seorang pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai pergigian, atau pegawai farmasi, anda layak untuk menjadi seorang Sukarelawan Kesihatan (tertakluk kepada Sijil Perakuan Pendataran Tahunan (APC) yang sah).Terdapat dua jenis sukarelawan dan skop tugas mereka iaitu:
a) Sukarelawan Bukan Kesihatan
- Membuat saringan suhu dan gejala
- Membuat pendaftaran penerima vaksin menggunakan sistem MySejahtera dan MyVAS
- Membantu mengedarkan borang kebenaran menerima vaksin
- Mengawal dan mengurus orang ramai di PPV
- Memberi bantuan kepada Pasukan Kesihatan
- Memastikan SOP Covid-19 dipatuhi
- Membuat saringan penerima vaksin
- Mengendalikan penerima vaksin yang mempunyai gejala
- Memberi penerangan dan konsultasi berkaitan dengan pemberian vaksin
- Mengawasi semua penerima di Ruang Pemerhatian
- Berkhidmat sebagai Vaksinator
6. Berapa elaun sukarelawan MyVac?
Bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:- RM50 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV
- RM25 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam
Di akhir program PICK, sijil untuk setiap sukarelawan juga akan dikeluarkan.
Akhir kata
Semoga usaha anda menjadi sukarelawan akan melancarkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Terima kasih atas usaha anda dan semoga lebih cepat kita mencapai “Herd Immunity”.
Semoga bermanfaat.