Cara Daftar KTMB (Login & Beli e-Ticket di ktmb.com.my)


Jika anda selalu naik dan merancang untuk menaiki ETS, KTM Komuter ataupun keretapi KTM yang biasa, ini adalah untuk anda. Jemput baca cara daftar KTMB secara online.

Cara daftar KTMB

Berikut ialah cara daftar KTMB secara online.

  1. Layari laman web https://www.ktmb.com.my.
  2. Anda akan tiba di portal rasmi KTMB Online.
  3. Kemudian, scroll ke bahagian atas sebelah kanan skrin dan tekan butang e-Ticket Log In/Register.
  4. Pada laman seterusnya, tekan link Register New User.
  5. Anda akan dibawa ke laman untuk membuat pendaftaran akaun online di bawah bahagian User Registration.
  6. Pada ruangan Email, masukkan alamat emel anda.
  7. Pada ruangan IC/Passport Number, masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda atau nombor passport anda sekiranya ada dan masih aktif.
  8. Pada ruangan Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  9. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  10. Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password anda pada ruang yang disediakan.
  11. Tekan butang Register.
  12. Pendaftaran anda berjaya.

 

Cara login KTMB e-Ticket online

Berikut pula ialah cara login KTMB. Walau bagaimanapun, pastikan sudah mengikuti cara daftar KTMB seperti di atas.

  1. Untuk login pula, selepas berjaya proses pendaftaran, akan tertera kotak pop-up berwarna hijau di bahagian atas sebelah kanan skrin.
  2. Tekan link Click Here untuk login.
  3. Jika tidak ada, klik sahaja link ini: https://eticket.ktmb.com.my/eticket/user/login
  4. Kotak Login To Your Account akan tertera.
  5. Pada ruangan Username, masukkan username yang anda gunakan untuk akaun anda.
  6. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda gunakan untuk akaun anda.
  7. Tekan butang Login.
  8. Login anda berjaya.

 

Cara beli KTMB ETS e-Ticket

Berikut pula ialah cara untuk membeli e-Ticket KTMB secara online.

  1. Pastikan anda sekarang sudah login
  2. Anda akan berada di URL ini: https://eticket.ktmb.com.my/eticket/
  3. Pilih samada One Way atau Return
  4. One Way ialah perjalanan sehala sahaja
  5. Manakala Return ialah perjalanan dua hala, pergi dan balik
  6. Pilih Origin, iaitu tempat kita mahu bertolak
  7. Contohnya, jika anda mahu menaiki ETS ke Padang Besar dari Kuala Lumpur, pilih Origin KL Sentral
  8. Pilih Destination, iaitu destinasi yang ingin dituju
  9. Pilih Padang Besar sebagai Destination
  10. Pilih Departure Date, iaitu tarikh bertolak
  11. Pilih Return Date, iaitu tarikh ulang
  12. Pilih berapa orang Dewasa dan Kanak-kanak
  13. Tekan butang Search
  14. Tunggu sehingga selesai carian
  15. Jika tidak fully book, akan ada tarikh yang dipinta
  16. Pilih waktu yang kita mahukan
  17. Akan terpapar jumlah tambang yang perlu dibayar
  18. Tekan butang Proceed
  19. Buat pembayaran sehingga selesai

 

Peta laluan KTMB

Berikut ialah peta laluan KTMB untuk rujukan perjalanan. Sila rancang dahulu sebelum membeli e-Ticket.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara daftar KTMB ini dapat memudahkan lagi urusan ke destinasi pilihan anda. Ambillah peluang untuk menikmati suasana menaiki keretapi yang lain dari yang lain.

Selain mengelakkan dari kesesakan jalanraya, pengalaman menaiki keretapi KTMB pasti akan meninggalkan memori yang sangat manis untuk anak-anak kita. Tentu sekali tidak sama dengan pengalaman menaiki LRT atau MRT dari MyRapid.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Daftar KTMB (Login & Beli e-Ticket di ktmb.com.my)”

  1. Saya telahpun daftar secara online semalam. Tetapi saya tidak ingat Username dan Password,
    Oleh itu, saya minta bantuan untuk ‘retrieve’ kedua-dua Username dan Password saya untu membolehkan saya login.

    Terma kasih.

    Hong Chur Liang
    No. IC: 600519025247

    Reply

Leave a Comment