Cara Daftar Kelahiran Online (Melalui Web JPN di osdftrlhr.jpn.gov.my)


Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, agak sukar untuk berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Walau bagaimanapun, telah banyak urusan yang boleh dilakukan secara atas talian. Di dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi cara untuk daftar kelahiran online agar dapat mempermudahkan urusan mereka yang memerlukannya.

Moga menjadi panduan dan izinkan kami untuk berkongsi.

1. Cara daftar kelahiran secara online di jpn.gov.my

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar kelahiran secara atas talian:

  1. Layari portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini: https://www.jpn.gov.my.
  2. Klik pada bahagian PERKHIDMATAN DALAM TALIAN.
  3. Sila klik pada bahagian ketiga iaitu Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian.
  4. Pengguna akan dibawa ke pautan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian iaitu: https://osdftrlhr.jpn.gov.my.
  5. Terdapat notis arahan oleh osdftrlhr.jpn.gov.my untuk memilih antara dua server.
  6. Baca notis sebelum tekan OK.
    • Bagi pengguna server Mozilla Firefox, klik pada butang Option pada sebelah kanan atas server.
    • Untuk pengguna Google Chrome, sila klik ikon Popup Blocker pada kotak carian sebelah kanan.
    • Klik pada butang Allows pop-ups and redirects from..
    • Klik Done.
    • Refresh browser.
  7. Jika faham, klik OK.
  8. Ikut arahan pada notis Popup Blocker yang diberikan tadi mengikut server anda.
  9. Sekiranya berjaya, anda akan dibawa ke laman utama bagi pendaftaran kelahiran.
  10. Sila klik Log Masuk sekiranya sudah mendaftar.
  11. Klik Daftar Pengguna Baru sekiranya pertama kali hendak mendaftar.
  12. Bagi pengguna baru, anda perlu mengisi semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat melalui laman Pendaftaran pengguna baru iaitu:
    • Nombor Kad Pengenalan(*)
    • Nama penuh(*)
    • E-mel(*)
    • Nombor Telefon(*)
    • Kod Verifikasi(*)
  13. Tekan Hantar.
  14. Anda akan menerima Notifikasi Pendaftaran Kata Laluan untuk mengaktikan kata laluan melalui E-mel.
  15. Sila semak E-mel anda.
  16. Klik pada pautan dalam kotak berwarna biru di dalam E-mel yang dihantar oleh [email protected] bagi proses pengaktifan akaun anda.
  17. Anda akan dibawa ke laman utama untuk mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan, dan teks pengesahan    yang diberikan.
  18. Tekan HANTAR.
  19. Pengguna akan menerima notifikasi pengaktifan Kata Laluan Telah Berjaya didaftarkan.
  20. Layari laman web JPN dan klik Log Masuk.
  21. Anda akan diberi pilihan untuk memilih cara Log Masuk/Login.
  22. Pilih Login menggunakan kata laluan atau Password.
  23. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  24. Pengguna akan dibawa masuk ke dalam laman utama setelah berjaya Log Masuk.
  25. Anda juga akan menerima QR Code sekiranya ID anda telah berjaya didaftarkan.

PERHATIAN

  • Bahagian (*) adalah wajib untuk diisi.

 

2. Cara isi borang daftar kelahiran online JPN

Ini adalah langkah-langkah untuk mengisi borang daftar kelahiran:

  1. Layari laman web JPN atau anda boleh terus klik pada pautan ini: https://osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php
  2. Pastikan anda membaca semua terma dan syarat yang telah dinyatakan.
  3. Sekiranya setuju, klik pada butang SETUJU untuk meneruskan permohonan.
  4. Pengguna akan menerima borang MAKLUMAT KELAHIRAN untuk dilengkapkan.
  5. Isi maklumat yang diminta.
  6. Klik butang SETERUSNYA.
  7. Lengkapkan bahagian yang diperlukan kemudian klik butang DAFTAR.
  8. Anda akan menerima notifikasi PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA setelah semua maklumat sudah lengkap dan berjaya dihantar.
  9. Klik butang CETAK SLIP.
  10. Pastikan anda muat turun dan mencetak slip permohonan sebagai rujukan kepada pegawai di Kaunter Jabatan pendaftaran Negara yang berdekatan anda.

PERHATIAN

  1. Anda haruslah hadir dalam masa 60 hari dari tarikh kelahiran.
  2. Sila rujuk MANUAL PENGGUNA DAFTAR KELAHIRAN untuk lebih detail di SINI.

 

3. Cara buat temu janji JPN semasa PKP secara online di mytemujanji.jpn.gov.my

Sekiranya anda ingin hadir ke Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara berdekatan semasa PKP, pastikan anda membuat temu janji JPN secara online terlebih dahulu. Temu janji boleh dibuat secara online dan cara-caranya adalah:

  1. Anda perlu melayari laman web yang disediakan untuk membuat temu janji di sini: mytemujanji.jpn.gov.my
  2. Terdapat dua pilihan untuk dibuat, sila klik kotak MULA TEMPAHAN di bahagian kiri.
  3. Baca Terma dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu JPN.
  4. Sekiranya anda setuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan, sila Tick pada kotak yang disediakan.
  5. Klik SETERUSNYA.
  6. Anda perlu memilih Negeri pilihan anda.
  7. Sila pilih Pejabat JPN.
  8. Pilih Perkhidmatan yang anda perlukan.
  9. Tekan pada butang SETERUSNYA.
  10. Sila pilih tarikh temu janji anda. Untuk makluman, tarikh berwarna merah menunjukkan tidak available. Sila pilih tarikh berwarna hitam sahaja.
  11. Klik pada butang Semak.
  12. Pilih Masa untuk waktu temu janji anda.
  13. Klik pada butang SETERUSNYA.
  14. Sila isikan maklumat yang perlu dilengkapkan seperti:
    • Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Nombor Telefon
    • E-mel
  15. Klik pada butang HANTAR.
  16. Slip Tempahan anda akan dipamerkan.
  17. Sila muat turun atau cetak bagi tujuan rujukan Pejabat JPN semasa temu janji anda.

PERHATIAN

  1. Boleh menyemak tempahan di laman utama MyJanjitemu.
  2. Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut atau ingin membatalkan temu janji, sila hubungi: [email protected].

 

Akhir kata

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat cara daftar kelahiran secara online semasa PKP dan mempermudahkan urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment