Cara Daftar GrabMart Merchant (Kedai Runcit, Register Online)


Jika anda mempunyai kedai runcit, kami sarankan anda baca cara daftar GrabMart ini. Konsepnya mudah sahaja. Pelanggan beli barang melalui GrabMart melalui kedai anda dan rider Grab atau Grab driver yang menggunakan kereta akan hantar barangan runcit tersebut kepada anda. Tidak perlu keluar rumah langsung.

Dengan hanya caj penghantaran sebanyak RM5, nampak seperti sangat berbaloi. Tambahan lagi, tidak perlu ada pembelian minimum langsung.

Sedikit mengenai GrabMart

GrabMart adalah perkhidmatan penghantaran barang seharian atas permintaan. Anda kini boleh membeli barangan runcit, makanan bungkusan, produk penjagaan kesihatan, produk kecantikan, hadiah dan banyak lagi melalui aplikasi Grab dan barangan ini akan tiba di rumah anda dalam hanya 30 minit sahaja.

Itu untuk pelanggan. Untuk pengetahuan anda, kedai atau mana-mana perniagaan boleh menggunakan perkhidmatan Grab untuk membantu perniagaan mereka.

Apabila pelanggan menggunakan aplikasi Grab, kedai atau perniagaan anda akan terpapar pada aplikasi Grab, dan pelanggan akan menggunakan perkhidmatan GrabMart untuk mendapatkan barangan selain daripada makanan yang hanya boleh diperoleh di kedai barangan runcit atau di pasar raya. Ini sekaligus membantu anda sebagai peniaga untuk menambah pendapatan, apabila dapat menjalankan perniagaan secara online.

Kelebihan sertai GrabMart Malaysia

Kedai atau perniagaan yang didaftarkan namanya bersama Grab digelar sebagai GrabMart Merchant. Jadi, sebelum anda baca cara daftar GrabMart, apa kata lihat dahulu apakah antara kelebihan menyertai GrabMart.

Kelebihan menjadi GrabMart Merchant adalah seperti berikut:

  • Barangan akan sampai ke rumah pelanggan dalam masa 30 minit daripada waktu pesanan dibuat
  • Membantu anda sebagai peniaga meningkatkan jualan anda
  • Anda sebagai peniaga akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak GrabMart yang pakar, yang akan membimbing bisnes perkembangan bisnes anda
  • Anda mampu mendapat pelanggan yang setia dengan bisnes anda dengan memberi ganjaran kepada pelanggan anda melalui program kesetiaan GrabRewards
  • Sekarang, GrabMart sudah berada di Lembah Kelang, Johor Bahru, Penang, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka dan Ipoh. Akan banyak lagi tempat akan dibuka.

Cara daftar GrabMart Merchant

Untuk mendaftar sebagai GrabMart Merchant, ikuti langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://www.grab.com/my/.
  2. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Grab Malaysia.
  3. Kemudian, pada bahagian atas, tekan pada Be Our Partner. Kemudian, tekan butang Mart Merchant.
  4. Pada laman seterusnya, di bawah Partner With Us (Malaysia), terdapat beberapa ruangan yang perlu anda isikan.
  5. Pada ruangan Business Name, masukkan nama perniagaan anda.
  6. Pada ruangan Facebook Page/Company Website, masukkan nama page Facebook perniagaan anda, atau laman web untuk perniagaan anda (sekiranya ada).
  7. Langkah dan cara daftar GrabMart yang setersunya, pada ruangan Business Category, pilih kategori perniagaan anda.
  8. Pada ruangan Business Type, pilih jenis perniagaan anda, sama ada milikan tunggal, perkongsian atau sebuah syarikat.
  9. Pada ruangan Company Name (SSM), masukkan sekali lagi nama perniagaan anda. Kali ini, mengikut pendaftaran perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  10. Pada ruangan Company Registration Number (SSM), masukkan nombor pendaftaran syarikat anda mengikut SSM.
  11. Pada ruangan Number of Outlet(s), masukkan jumlah cawangan syarikat/perniagaan anda yang anda miliki secara keseluruhan.
  12. Pada ruangan First Name, masukkan nama pertama/panggilan anda.
  13. Pada ruangan Last Name, masukkan nama keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh letakkan nama anda sendiri pada First Name dan Last Name.
  14. Pada ruangan Phone Number, masukkan nombor telefon syarikat anda yang aktif dan boleh dihubungi, ataupun nombor telefon pihak yang bertanggungjawab untuk perniagaan/syarikat anda, seperti nombor anda sendiri.
  15. Pada ruangan Email Address, masukkan emel rasmi perniagaan/syarikat anda, atau emel anda sendiri, sekiranya ada yang bertanggungjawab untuk syarikat anda.
  16. Pada ruangan Business Address, masukkan alamat penuh syarikat/perniagaan anda.
  17. Pada ruangan City, masukkan lokasi bandar untuk perniagaan/syarikat anda.
  18. Pada ruangan Postal Code, masukkan poskod untuk lokasi perniagaan/syarikat anda.
  19. Pada ruangan State, masukkan negeri untuk lokasi perniagaan/syarikat anda.
  20. Pada ruangan Do you have an in-house delivery services?, pilih sama ada syarikat/ perniagaan anda ada menjalankan servis penghantaran sehingga ke dalam rumah pelanggan.
  21. Kemudian, tick pada ruangan reCAPTCHA di bawah.
  22. Kemudian, tekan butang Submit untuk menamatkan proses pendaftaran iaitu langkah dan cara daftar GrabMart yang terakhir.
  23. Pendaftaran anda berjaya.
  24. Dalam masa seminggu, pihak GrabMart akan menghubungi anda untuk menyelesaikan proses pendaftaran perniagaan/syarikat anda untuk menjadi GrabMart Merchant.
  25. Sekiranya tiada masalah, anda akan diminta untuk menghantar katalog barangan untuk perniagaan anda secara online kepada pihak GrabMart.
  26. Selesai fasa akhir ini, perniagaan/syarikat anda akan muncul secara online di aplikasi Grab untuk bahagian GrabMart, dan anda boleh mula menjalankan perniagaan anda sebagai GrabMart Merchant.

Akhir kata

Kami menyambut baik inisiatif Grab yang memperkenalkan GrabMart. Orang ramai yang sudah biasa menggunakan Grab dan Grab Food, tentu sekali tidak mempunyai masalah untuk menggunakan GrabMart.

Dengan mudah, boleh beli barangan seperti Maggi, Milo, Tuna, biskut, ubat-ubatan, sabun, makanan ringan dan macam-macam lagi.

Diharapkan agar perkongsian cara daftar GrabMart ini dapat memberikan lebih keuntungan kepada kedai runcit anda. Rajin-rajin login app Grab untuk dapatkan voucherpromo code dan free delivery.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Daftar GrabMart Merchant (Kedai Runcit, Register Online)”

  1. Want to know more about Grabmart especially related to finance? Can you sales person call me at 012-2032164. TQ

    Reply

Leave a Comment