Cara Daftar Akaun Shopee Malaysia (Sebagai Pembeli)


Bagi anda yang selalu dengar orang cakap tentang Shopee, tapi tak pernah membeli apa-apa barang, berikut ialah cara daftar akaun Shopee. Ringkas sahaja panduannya.

Cara daftar akaun Shopee Malaysia

Sebelum itu, mohon izin maklumkan bahawa ini adalah langkah-langkah pendaftaran akaun Shopee pembeli. Jika anda berminat untuk menambahkan pendapatan dengan menjual, boleh baca cara daftar akaun Shopee sebagai seller.

  1. Muat turun aplikasi Shopee di Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Anda juga boleh melayari https://www.shopee.com.myย menggunakan pelayar web anda.
  3. Buka aplikasi Shopee dan tekan pada menu โ€˜Meโ€™ dan seterusnya tekan pada butang โ€˜Sign Upโ€™. Jika anda menggunakan pelayar web, tekan butang โ€˜Sign Upโ€™ di bahagian atas laman web.
  4. Sila masukkan nombor telefon bimbit anda dan tekan Next. Jika anda ingin wujudkan akaun menggunakan akaun Facebook, Google atau Apple, tekan pada akaun yang anda ingin gunakan.
  5. Masukkan kod Captcha yang terpapar di skrin dan tekan OK.
  6. Masukkan kod verifikasi SMS yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda dan tekan Next.
  7. Masukkan Password pilihan anda. Password mestilah mengandungi 8 hingga 16 huruf kecil dan huruf besar.
  8. Tekan butang Continue untuk mengesahkan pendaftaran akaun.
  9. Anda boleh menetapkan Username dan Emel anda di menu โ€˜Meโ€™ dan pilihan โ€˜My Profileโ€™.
  10. Pendaftaran kini telah selesai.

 

Cara beli barang selepas daftar Shopee

Kalau ingin membeli barang dan buat pembayaran pembelian di Shopee pula, sila rujuk cara beli barang di Shopee.

 

Kenapa beli guna Shopee?

Ada beberapa sebab ramai orang pilih Shopee berbanding Lazada. Antaranya ialah:

  • Kepelbagaian produk pada harga yang sangat berpatutan.
  • Setiap pembelian dilindungi oleh Shopee Guarantee di mana pembayaran anda disimpan oleh sistem kami dan hanya akan dibayar kepada penjual apabila anda menerima produk dalam keadaan yang baik.
  • Kemudahan penghantaran percuma sehingga 5kg di Semenanjung Malaysia dan 1kg di Sabah dan Sarawak.
  • Shopee Mall menyediakan produk-produk berjenama yang tulen pada harga yang sangat berpatutan.
  • Kempen jualan yang memberikan anda diskaun harga yang hebat. ย 7.7 Orange Madness, 9.9 Super Shopping Day, 10.10 Brands Festival, 11.11 Big Sale, 12.12 Birthday Sale, Raya Sale dan Chinese New Year Sale memberikan anda produk-produk pada harga runtuh yang tidak terbanding.

 

Akhir kata

Walaupun panduan ini nampak mudah dan ringkas, kami harap ia dapat membantu mana-mana individu yang kurang mahir. Kami faham, tidak semua orang celik IT.

Apa-apa pun, jika sudah daftar dan mula membeli, perlu pandai bajet. Jangan sampai membeli tak ingat dunia.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment